Kisah benar ini saya petik dari penceritaan Pakteh salah seorang mangsa Memali yang masih hidup sehinggalah buku ini ditulis(1997). Walaupun sekarang Pakteh telah meninggal, kisah benar yang telah diceritakan oleh beliau boleh dijadikan panduan dan pengajaran kepada generasi akan datang.
Pakteh atau nama sebenarnya Mad Piah Yunus merupakan antara orang yang menjadi orang tengah antara pihak polis dengan penduduk kampung pada hari peristiwa berdarah itu berlaku.
November 1985, Kampung Memali yang terletak dalam daerah baling Kedah telah diserang dengan 2 buah kereta kebal, di ikuti dengan fru dan polis hutan yang lengkap bersenjata m16. Dalam operasi yang di namakan operasi hapus itu berlaku atas arahan Dr.Mahadhir Mohamad selaku PM pada masa itu.
Walaupun sudah lebih 24 tahun peristiwa hitam itu berlaku, namun saya merasa terpanggil untuk menceritakan kisah sebenar ini memandangkan masih ramai yang belum tahu kisah sebenar peristiwa ini. Bukan seperti laporan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan pada masa itu yang banyak mengandungi unsur-unsur fitnah terhadap penduduk memali yang terlibat pada masa itu terutama kepada Asyahid Ustaz Ibrahim Libya dan murid-muridnya yang turut terkorban dalam tragedi berdarah tersebut.Asyahid difitnah sebagai penyebar ajaran sesat kepada penduduk kampung sedangkan apa yang sebenarnya ialah konspirasi jahat politik kotor Dr.Mahadhir untuk menjatuhkan PAS.
1984, Dr.Mahadhir demi mempertahankan kuasanya telah mengarahkan polis untuk menangkap beberapa pempinan pas dan penceramah2 yang popular pada masa itu. Antara penceramah pas yang telah ditangkap dibawah akta ISA pada masa itu ialah, Ustaz Bunyamin Yaakub(al marhum), Ustaz Latif Muhammad, Ustaz Abu Bakar Chik, Hj.Mohammad Sabu, Hj.Mahfuz Omar dan Haji Ghazali Hasbullah.
Waran tangkap juga di keluarkan kepada Ustaz Ibrahim Libya tetapi beliau enggan menyerah diri sepertimana kawan-kawan beliau yang lain kerana demi mempertahankan prinsip kebenaran Ustaz Ibrahim enggan menyerah. Beliau kemudian disembunyikan murid-muridnya selama lebih kurang 40 hari sebelum dibawa pulang. Setelah pulang, beliau meneruskan aktiviti dakwahnya namun secara sembunyi di rumahnya. Walaupun sebelum ini beliau sentiasa mengajar di masjid kampung beliau.
Tindakan ini telah diambil kesempatan oleh pihak UMNO dengan menuduh Ustaz Ibrahim mengajar ajaran sesat, akhirnya membawa kepada peristiwa berdarah tersebut.
Pencerita kisah ini dikenali sebagai Pakteh, Nama sebenar Pakteh ialah Mat Piah Yunus. Pakteh mula mendapat pendidikan awak di sekolah rendah Keb.weng,Baling Kedah. Disitulah Pakteh mula berkawan dengan Ustaz Ibrahim Libya, walaupun Pakteh lebih muda dari Ustaz Ibrahim beberapa tahun namun sikap Ustaz Ibrahim yang suka berkawan merapatkan lagi hubungan mereka.
PERSEKOLAHAN
Pakteh meceritakan,sewaktu zaman persekolahannya Ustaz Ibrahim seorang yang periang dan amat suka bersukan. Antara sukan yang menjadi minatnya ialah sepak takraw dan bola sepak sehingga Asyahid Ustaz Ibrahim pernah beberapa kali mewakili sekolahnya dalam pertandingan sukan .Selepas Tamat Sekolah Rendah Pakteh melanjutkan pelajarannya ke Madrasah Yayasan Khairiah,Kg.Pisang Baling Kedah. Namun begitu pakteh hanya sempat belajar sehingga tingkatan 3 sahaja kerana masaalah keewangan.
Ustaz Ibrahim pula menyambung pelajaran di Sekolah Agama Inttifaqiah,Kg.Charok Putih ,Weng Kedah.Kemudian Ustaz Ibrahim melanjutkan pelajaran ke beberapa tempat pula antaranya Pondok Al-Khairiah Pokok Sena,Seberang Prai,Asyahid juga pernah menuntut di NilamPuri Kelantan sebelum ke Deoban India,Universiti Al-Azhar kemudian ke Libya.
Pakteh pula,walaupun tidak sempat menghabiskan sekolah menengah minat Pakteh untuk belajar masih tinggi. Untuk itu dia mengikuti kuliah-kuliah pengajian di masjid-masjid dan pondok2 pengajian. Antara guru-guru Pakteh ialah Allahyarham Tuan Guru Hj.Omar Zuhdi,pengasas pondok Lanai. Al marhum Tuan Guru Hj Yahya Taha Kupang dan Lebai Yaakub,Pengasas sekolah Agama Carok Putih,Weng.
KERJAYA
Setelah tamat tingkatan tiga Pakteh mula membuat kerja-kerja kampung sehinggalah beliau berkahwin pada usia 18 tahun. Pakteh pernah menjadi pemandu van,menghantar barang-barang runcit.
Hari demi hari ceramah2 asyahid Ustaz Ibrahim mula mendapat sambutan yang menggalakkan, boleh dikatakan hampir setiap malam program ustaz Ibrahim dipenuhi dengan ceramah dari satu tempat ke satu tempat sehingga ke negeri -negeri lain seperti perak, pulau pinang, perlis dan negeri-negeri di pantai timur.
Selalunya apabila ada program ceramah Pakteh adalah orang yang kerab menemani Asyahid ustaz Ibrahim. Kesempatan ini diambil oleh pakteh untuk menambahkanlagi pengetahuannya. Dalam perjalanan ketempat-tempat ceramah pakteh selalu berbincang dengan Ustaz Ibrahim berkenaan dengan isu-isu agama.ini menyebabkan hubungan Pakteh dan Ustaz Ibrahim semakin erat.
Menurut pakteh,ustaz Ibrahim seorang yang tegas,beliau tidak pernah merasa gentar untuk menegur sesiapa sahaja jika dirasakan perkara itu tidak betul. Pada suatu ketika, pengasas Madrasah itifaqiah Carok putih, Lebai Ya'kub merasa tercabar dengan pengaruh asyahid yang mula mengatasinya. Lebih-lebih lagi apabila ustaz Ibrahim mula bertanya tentang pentadbiran dan keewangan madrasah. Bermula dari sini akhirnya tercetuslah perang dingin antara lebai Ya'kub dengan asyahid ustaz Ibrahim Libya.
Akhirnya asyahid tidak lagi dibenarkan mengajar di sekolah tersebut lagi.Beberapa ahli Pas kawasan tersebut mempelawa ustaz Ibrahim untuk mengajar di surau berdekatan. Akhirnya Ustaz Ibrahim membuka M. Islahiah Diniah, Kg.Memali.
Berkat keikhlasan asyahid Ustaz Ibrahim,madrasah tersebut terus mendapat sambutan dari masyarakat tempatan dan orang luar.
Lebai Ya'kub kemudian mengistiharkan diri menyertai Umno menyebabkan penyokong-penyokong pas meninggalkan Lebai Ya'kub dan belajar dengan Ustaz Ibrahim pula. Ustaz Ibrahim Libya mula dikenali umum khususnya berkaitan ketegasan beliau berkaitan perbezaan Fahaman Islam Pas dan Umno. Beliau menerangkan secara terpeinci bagaimana orang yang menyokong pas dapat pahala dan menyokong Umno dapat dosa. Inilah yang menyebabkan pempinan Umno pada masa itu gelisah yang akhirnya membawa kepada percubaan penangkapan beliau dibawah akta ISA.
Setelah lebih kurang 40 hari disembunyikan, masjid tempat asyahid adakan usrah mulai sunyi dari pengajian dan pembelajaran agama dari beliau.
Ini menyebabkan murid-murid beliau menjadi rindu untuk mendengar kuliah dan usrah dari beliau membawa Asyahid pulang kembali secara sembunyi.
Setelah itu Asyahid Ustaz ibrahim meneruskan semula usrah beliau di masjid seperti selalu dilakukannya tetapi kali ini secara sembunyi. Ini di ambil kesempatan oleh kerajaan Umno untuk memfitnah beliau,menuduh beliau mengajar ajaran sesat.Yang akhirnya mencetusnya peristiwa berdarah tersebut.
didalam peristiwa tersebut Pakteh(pencerita), telah terkena 14 das tembakan dari jarak dekat tak sampai 10 meter.tapi apa yang menghairankan orang lain dan Pakteh sendiri ialah walaupun darahnya mengalir begitu banyak,pakteh tidak pengsan atau merasa sakit. Bahkan angota polis yang bertugas menghimpunkan mayat-mayat dan mangsa yang cedera tercengang melihat Pakteh masih lagi melemparkan senyuman kepada mereka. Mungkin inilah satu tanda rahmat Allah kepada orang yang benar-benar ikhlas memperjuangkan agamanya.
Begitu juga kepada petugas hospital,mereka juga hairan bagaimana pakteh langsung tidak merasa sakit dengan kecederaan tersebut.Padahal pesakit yang lain tidak begitu.
Menurut pakteh setelah Asyahid dibawa pulang kembali dari persembunyiannya, rumah Asyahid sentiasa dikawal rapi oleh muridnya secara bergilir-gilir setiap malam.
Ada juga cerita aneh dari pihak polis yang meronda sekitar kampung tersebut,pada malam hari mereka mengatakan pernah melihat sekumpulan orang berjubah putih sedang berada di atas bumbung rumah asyahid. Sesetengah mereka pula mengatakan mendengar suara zikir dan takbir yang sangat kuat apabila mendekati rumah asyahid. Ini menyebabkan usaha untuk menagkap Asyahid menjadi sukar. Tetapi kebenaran cerita ini tidak dapat dipastikan.
Sebelum peristiwa Memali,telah berlaku satu krisis yang agak tegang antara pihak polis dan orang kampung.
Pada malam 20 oktober 1985, satu ceramah telah diadakan di perkarangan Madrasah Islahiah Diniah yang mana penceramahnya ialah Ustaz Awang Bakar dari terengganu dan Ustaz Ibrahim Libya sendiri.
Seperti biasa jika ada ceramah Pas pihak polis akan adakan sekatan jalanraya, dalam satu sekatan menuju kg,Weng pihak polis telah menahan seorang pemandu van kerana menyimpan parang panjang. walaupun sudah dijelaskan oleh pemandu tersebut bahawa parang tersebut memang sentiasa ada di simpan dalam vannya kerana digunakan untuk membuat kerja-kerja kebun, menebas dan sebagainya.
Perkara ini memang biasa di kampung-kampung, malah ada yang menyimpan parang panjang dalam motorsikal.
Kejadian ini menyebabkan beberapa orang kampung yang panas baran telah menawan beberapa orang anggota polis termasuklah Ketua Polis daerah Baling sebagai tebusan. Mereka mahu polis membebaskan pemandu van tersebut barulah mereka membebaskam angota polis tersebut. Akhirnya pihak polis terpaksa akur.
Selepas kejadian malam itulah pihak polis terutama Ketua Polis Daerah Baling, dikatakan berdendam dengan penduduk kampung menyebabkan polis mula memusuhi penduduk setempat. Peristiwa malam itu tidak dapat diikuti oleh Pakteh, dia tidak meninggalkan rumah pada malam itu kerana isterinya sedang sakit tenat. Tapi dia telah mengarahkan anaknya, Yusuf untuk menggantikan nya mengikuti program ceramah tersebut. Begitulah rutin Pakteh,dia tidak mahu ketinggalan untuk menuntut ilmu samada melalui kuliah di masjid atau program ceramah.
Beberapa hari sebelum kejadian berdarah itu berlaku,Pakteh seakan dapat merasakan sesuatu, dia menjadi serba salah kerana pada masa yang sama Isterinya sedang sakit. Patutkah dia meninggalkan Isterinya terlantar di rumah. Bagaimanapun dua hari sebelum tragidi tersebut, Pakteh bertawakal kepada Allah dan bertekad untuk pergi. Rasa rindunya kepada gurunya sudah tidak dapat di bendung lagi.
Cerita-cerita tentang keganasan polis yang kedengaran menambahkan lagi kebimbanganya terhadap keselamatan sahabat yang juga gurunya Asyahid Ustaz Ibrahim Libya. Sebelum meninggalkan rumah beliau sempat berpesan kepada Isterinya agar menjaga anak-anak.
18 November 1985, Kelihatan semakin kerab pihak polis mengadakan rondaan di kampong Memali. sesetengahnya sudah tidak bergerak seolah-olah mereka akan berkubu di situ, semakin lama semakin banyak kereta polis memasuki kampung Memali. Selepas Maghrib orang kampung dapat tahu bahawa pihak polis mula berkemah di kawasan berhampitran rumah Asyahid Ustaz Ibrahim Libya.
Ustaz Ibrahim menerima berita itu dengan tenang dan kuliah pada malam itu di teruskan seperti biasa. Pada malam itu Ustaz Ibrahim menyatakan pada murid-muridnya yang beliau tidak akan menyerah diri walau apa pun yang berlaku. Beliau menegaskan yang pihak polis hanya boleh menyentuh tubuhnya setelah tubuhnya menjadi mayat.
Bagaimanapun suasana pada malam itu seperti biasa cuma kadang-kadang di kejutkan dengan kehadiran orang-orang tertentu yang meminta Asyahid Ustaz Ibrahim menyerah diri. Pada malam itu Pakteh berkawal di kedai yang tidak jauh dari rumah ustaz Ibrahim,Disamping berbincang mereka berzikir sambil membayangkan apa akan berlaku esok hari.
Keesokan harinya, sebelum subuh Pakteh datang semula ke rumah Ustaz Ibrahim untuk persiapan solat subuh berjemaah dan kuliah yang akan di adakan selepas solat seperti hari-hari sebelumnya.
Setelah itu, Lebih kurang jam 7.00 pagi, kelihatan kereta polis semakin bayak di kawasan rumah Asyahid Ustaz Ibrahim. Terdapat juga beratus - ratus anggota polis hutan (PPH)atau sekarang di kenali sebagai PGA yang terdiri dari anggota lelaki dan wanita. Kelihatan juga van dan trak dari unit FRU dalam jumlah yang cukup ramai dan sebuah kereta perisai seolah-olah kampung Memali menjadi medan perang.
Kerana bimbangkan keselamatan Ustaz Ibrahim orang kampung mula berkumpul beramai-ramai di rumah Ustaz Ibrahim, Ustaz Ibrahim mengingatkan mereka supaya jangan ada antara mereka yang memulakan angkara tidak baik, sikap mereka hanyalah mempertahankan diri, Orang ramai kelihatan tenang tanpa ada sebarang kekacauan.
Sebelum ini mereka tidak pernah terlintas untuk berhadapan suasana begini,Ustaz Ibrahim tidak pernah melatih murid-murid nya secara militan. sebelum ini Asyahid Ustaz Ibrahim ada memiliki senapang patah RELA.yang digunakan di kebun. Untuk mengelakkan keadaan bertambah gawat Ustaz Ibrahim telah menyerahkan senapang itu kepada polis. Tidak terlintas dihatinya untuk bergaduh dengan sesiapa apatah lagi dengan pihak polis. Apa yang beliau lakukan ialah menyampaikan kebenaran.
Melihat kepada jumlah anggota polis yang ramai lengkap bersenjata, diiringi kereta kebal. Orang -orang kampung terpaksa mempertahankan diri walaupun hanya dengan memegang pisau dapur dan lastik. Ada 2-3 orang yang memegang parang panjang yang biasanya di gunakan di kebun. Pada fikiran mereka pada masa itu, pasti pihak polis akan menyerang kampung mereka itu.
seperti yang pernah di ceritakan oleh Pakteh, Lebih kurang jam 8 pagi, setiap penjuru rumah Ustaz Ibrahim mula di kepung polis. Kereta perisai sudah berada di hadapan pintu pagar rumah Asyahid dan bersedia merempuh bila2 masa saja.
Tidak berapa lama, kedengaran loceng dari trak FRU. Pihak polis kemudian meminta orang-orang kampung serah diri. Seruan itu di sambut dengan laungan takbir yang bergema dari orang-orang kampung. Tanpa mempedulikan nasib kanak-kanak kecil yang ada bersama dengan ibu bapa mereka, pihak polis kemudian telah melepaskan gas pemedih mata kearah orang-orang kampung.
Berbagai usaha dilakukan oleh orang kampung untuk menghadapi situasi tersebut. Ada yang menutup mata dengan serban basah, ada yang membasuh muka di perigi berdekatan, ada juga yang mengambil kain basah menutup bom asap yang belum meletup.
Dalam situasi tersebut tiba-tiba seorang kanak-kanak perempuan telah pengsan , mulutnya berbuih, orang-orang kampung menyangkakan dia telah mati. Salah seorang penduduk kampung, Cikgu Syafie hilang sabar apabila menyangka kanak-kanak perempuan itu telah mati dan telah meluru kearah pihak polis dengan parang panjang.
Belum sempat dia bertindak, cikgu syafie telah di tembak dalam jarak yang cukup dekat. Walaupun rebah kemudian dia bangun semula dan kali ini,cikgu Syafie sekali lagi di tembak berkali-kali sehingga gugur sebagai syahid pertama peristiwa berdarah tersebut.
Hampir dua jam,pihak polis masih lagi melepaskan berpuluh bom asap, tanpa mempedulikan nasib kanak-kanak yang ada di situ. Orang kampung sibuk bergelut dengan kepulan bom asap tersebut. Hampir 12.30 tengahari,baru lah pihak polis menghantar wakil untuk berunding dengan orang kampung.
Pakteh mewakili penduduk kampung dan pihak polis diwakili Pengarah Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam pada masa itu 'Dato'Yahya Yeop'.
Pakteh menyatakan dengan tegas kepada Dato' Yahya Yeop, "tak ada apa yang hendak dirundingkan lagi sedangkan pihak polis telah membunuh seorang penduduk kampung(cikgu Syafie). Kenyataan Pak Teh menyebabkan Dato' Yahya Yeop terdiam seketika,dia mengakui memang ada kebenaran kata-kata pakteh tersebut. kemudian Dato'Yahya Yeop berkata "Kami nak 4 orang Penjenayah yang ada di sini serah diri". "siapa?' sergah pakteh, "er-er-errr..,Dato'Yahya tidak dapat menjawab lalu memanggil ketua polis baling yang berada tidak jauh dari situ, "siapa nama penjenayah tu.Mana waran tangkapnya?"Tanya dato'Yahya Yeop kepada ketua Polis baling.
Ketua polis Baling membaca nama-nama yang tercatit pada waran tangkap tu, "Mohd.Ali bin Yatim,Ramli bin Che Mid,Yusuf bin che Mid,dan Ibrahim bin Mahmud(Ustaz Ibrahim Libya)
kata pakteh
"Mereka bertiga tak ada di sini encik,Ustaz Ibrahim ada tapi dia tak mahu serah diri, Encik, Ustaz Ibrahim tu tokguru kami, Dia tak ada apa-apa salah, dia tak membunuh orang. Dia hanya mengajar orang kampung buat baik, berdakwah. Kalau encik tangkap dia dimana lagi kami nak mengaji. Janganlah tangkap dia encik""Saya tak tahu berkenaan perkara tu ,Kalau saya tahu perkara sebenar tentu saya tak datang. Saya di arah untuk datang tangkap penjenayah"Dato' Yahya Yeop mula rasa serba salah.
"Encik, kalau masa dulu kerajaan boleh berunding dengan Chin Peng di Baling ni dengan tidak tumpah darah. Komunis tu bunuh orang kita, ramai askar, polis yang mereka bunuh, tapi kerajaan boleh berunding dengan baik", Pakteh berhujjah.Dato'Yahya hanya memandang kearah Pakteh setelah mendengar hujjah Pakteh, kemudian berkata"Saya nak awak bertemu dengan ustaz awak,mintak dia serah diri saja". Pakteh kemudian menemui Ustaz Ibrahim menceritakan perbincangan tersebut. Asyahid Ustaz Ibrahim tetap dengan pendiriannya.Pakteh sekali lagi bertemu dengan Dato' Yahya. "Hah..! ,apa kata ustaz awak?' "Ustaz Ibrahim kata dia tidak akan serah diri kerana dia tidak melakukan apa-apa kesalahan"
"Kalau begitu baiklah, saya bagi tempoh kepada awak semua 5 minit untuk serah diri.Selepas itu kalau berlaku apa-apa bukan lagi menjadi tanggungjawab saya. Sama ada hidup atau mati penjenayah ini tetap kami akan ambil" Kata Dato' Yahya Yeop sambil beredar dari situ. "Kami berserah kepada Allah"balas Pakteh
Baru beberapa langkah pakteh menoleh ke belakang, Pakteh mendengar pintu pagar telah di rempuh dengan kereta kebal mula bergerak di hadapan rumah Ustaz Ibrahim. Diikuti beratus-ratus anggota polis dan unit UTK bersiap sedia untuk melepaskan tembakan.
Melihat situasi yang makin tegang Pakteh mengarahkan muslimat dan kanak-kanak berundur ke bahagian belakang rumah
Beberapa anggota polis dilihat cuba menembak salah seorang penduduk kampung(Paksu Man) Demi mempertahankan Paksu Man, Pakteh meluru ke arah polis dengan parang panjang di tangan. Kemudian bumyi tembakan tidak henti-henti kedengaran disambut dengan laungan takbir dari penduduk kampung.
Bermulalah sejarah hitam keganasan polis di Malaysia di bawah arahan UmnGok dan Bee eNd.
Pakteh sudah tidak peduli lagi dengan hujan peluru yang meluru berpusu-pusu kearahnya. Demi membela kebenaran, demi Islam dia sanggup menghadapi apa saja. Tiba-tiba Pakteh merasakan dirinya lemah. Parang ditangannya mula terlepas. Darah mula mengalir dari tangan dan angota badanya.Pak Teh terkena peluru polis. Pak Teh cuba berlutut tapi akhirnya dia rebah ketanah.
PakTeh menceritakan, walaupun dalam keadaan begitu dia masih lagi sedar dan tidak pengsan. Tidak berapa lama kemudian bunyi tembakan berhenti. Setelah reda tembakan dari pihak polis, Pak Teh dapat mendengar bunyi tangisan anak-anak kecil yang mungkin juga terkena tembakan atau menagisi kematian ayah atau ibu mereka. Juga dapat kedengaran di telinga Pak Teh suara tangisan dari wanita. Dalam situasi begitu Pakteh hanya berdoa mengharapkan pertolongan Allah.
Badannya sudah tidak bermaya lagi dan tidak berdaya untuk berdiri. Namun begitu menurut PakTeh dia tidak terasa sakit atau dahaga cuma merasa sedikit kebas pada badannya. Biasanya orang yang terkena peluru akan merasa dahaga kerana belerang yang ada dalam peluru itu boleh membakar bahagian badan. Pakteh sendiri merasa hairan kenapa dia tidak merasa sakit bila terkena peluru.Mungkin ini adalah pertolongan Allah kepada orang yang Ikhlas seperti PakTeh.
Waktu terbaring di situ suasana sedih mula menghantui Pak Teh,bukan sedih kerana dirinya tetapi mengenang kepada nasib kanak-kanak yang kehilangan ibu atau ayah yang ditembak. Bagaimana dengan nasib orang-orang kampung yang kehilangan saudara mara selepas ini. Tidak pernah terfikir pada fikiran PakTeh pihak kerajaan yang yang di ketuai oleh seorang Islam yang juga berasal dari negeri Kedah sanggup berbuat demikian kepada orang yang seagama, dan sebangsa dengan mereka.
Dalam cuaca panas itu tiba-tiba hujan renyai-renyai mulai turun seakan membelai tubuh-tubuh yang tumbang. Kemudian PakTeh dapat merasakan seseorang mendekati tubuhnya, Polis itu memohon maaf kepada PakTeh dan memberitahu bahawa bukan dia yang menembak PakTeh. Suaranya agak tersekat-sekat dan dari cara percakapannya PakTeh dapat merasakan ada simpati dari angota Polis ini terhadap dirinya. Polis itu kemudiannya menyapu ubat pada luka-luka di badan PakTeh dan kemudiannya mengangkat Pakteh dan meletakkan ke serambi rumah Ustaz Ibrahim.
PakTeh masih terbaring di serambi rumah Ustaz Ibrahim, dia hanya mampu melihat apa yang berlaku sambil berdoa jika dia ditakdirkan mati pada hari itu biarlah dia diterima oleh Allah sebagai seorang yang syahid disisiNya. Satu demi satu rakan-rakannya rebah kebumi, jumlah yang terkorban dan yang cedera sudah tak terbilang lagi.
Setelah beberapa ketika barulah tembakan dari pihak polis mula berhenti. Kini bunyi tangisan dan ratapan anak-anak kecil dan wanita kematian ayah dan suami. Termasuklah suara yang amat Pak Teh kenali iaitu suara dari Isteri Ustaz Ibrahim Sendiri.
Tahulah Pakteh bahawa gurunya dan temannya itu telah terkena tembakan.
Rebahlah seorang mujahid di hadapan isteri. Dengan segera Asyahid dipangku oleh isterinya .Dengan lembut dia mengusap dahi suaminya ,bersama titisan darah merah dari tubuh suaminya bercampur airmata isteri tersayang.
"Sudah sampai apa yang abang doakan selama ini, bersyukurlah, mengucaplah" kata isteri Asyahid Ibrahim Libya. "Abang kena apa?""Kena tembak" "Alhamdulillah"
Itulah antara suasana yang dapat dilihat oleh Pak Teh didepan matanya sendiri.
"Serah diri,serah diri,Sergah seorang polis sambil menghala kearah Isteri Ustaz Ibrahim.
Orang-orang kampung yang tidak cedera diarahkan menyerah dan di bawa menaiki trak polis yang sedah sedia menunggu. Ada di kalangan penduduk kampung yang cuba membantu rakan yang cedera dihalang oleh pihak polis bahkan dihentak M16.
Pak Teh yang terbaring menghala kearah pintu pagar dapat menyaksikan pihak polis mengusung orang kampung yang mati, antaranya rakannya yang juga Gurunya yang di kasihi Asyahid Ustaz Ibrahim Libya.
Kemudian ada seorang anggota polis menghala kearah Pak Teh sambil berkata "Janggut ni hidup lagi". Pakteh yang dalam keadaan lemah kerana sudah banyak kehilangan darah hanya mampu membiarkan tubuhnya diusung dan dicampakkan kedalam trak polis bersama dengan syuhada’ memali (orang-orang kampung yang telah meninggal).
Selepas itu Pak Teh dibawa ke Hospital Besar Alor Star untuk dirawat selama Lebihkurang sebulan sebelum di hantar ke Kem Kamunting selama 2 tahun.
(kisah ini aku amik terus dari laman blog http://www.loveperak.blogspot.com , dengan sedikit pembetulan dan panambahan…penulisnya ijoks2009.)
Kisah ini sepatutnya sudah cukup untuk menginsafkan pihak berkuasa. Apa yang berlaku di memali sepatutnya boleh menimbulkan kesedaran agar keganasan mereka tidak berulang lagi. Namun apabila isu ini ditimbulkan lagi, apa kejadah jenis manusia yang tak berhati perut, manusia syaitan durjana yang menjadi tali barut jahanam UmnGok 1Malaysia.
KOSMO perlu memohon maaf, esok solathajat dan Qunut Nazilah di Madrasah Islahiah Kg Memali kepada mereka yang memfitnah dan mengaibkan peristiwa memali..
Baca dan ambillah pengajaran..wahaii orang2 yang ada hati dan perasaan…