Rabu, 28 Oktober 2009

MEMALI..TERSEMAT DALAM INGATAN

Kisah benar ini saya petik dari penceritaan Pakteh salah seorang mangsa Memali yang masih hidup sehinggalah buku ini ditulis(1997). Walaupun sekarang Pakteh telah meninggal, kisah benar yang telah diceritakan oleh beliau boleh dijadikan panduan dan pengajaran kepada generasi akan datang.

Pakteh atau nama sebenarnya Mad Piah Yunus merupakan antara orang yang menjadi orang tengah antara pihak polis dengan penduduk kampung pada hari peristiwa berdarah itu berlaku.

November 1985, Kampung Memali yang terletak dalam daerah baling Kedah telah diserang dengan 2 buah kereta kebal, di ikuti dengan fru dan polis hutan yang lengkap bersenjata m16. Dalam operasi yang di namakan operasi hapus itu berlaku atas arahan Dr.Mahadhir Mohamad selaku PM pada masa itu.

Walaupun sudah lebih 24 tahun peristiwa hitam itu berlaku, namun saya merasa terpanggil untuk menceritakan kisah sebenar ini memandangkan masih ramai yang belum tahu kisah sebenar peristiwa ini. Bukan seperti laporan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan pada masa itu yang banyak mengandungi unsur-unsur fitnah terhadap penduduk memali yang terlibat pada masa itu terutama kepada Asyahid Ustaz Ibrahim Libya dan murid-muridnya yang turut terkorban dalam tragedi berdarah tersebut.Asyahid difitnah sebagai penyebar ajaran sesat kepada penduduk kampung sedangkan apa yang sebenarnya ialah konspirasi jahat politik kotor Dr.Mahadhir untuk menjatuhkan PAS.

1984, Dr.Mahadhir demi mempertahankan kuasanya telah mengarahkan polis untuk menangkap beberapa pempinan pas dan penceramah2 yang popular pada masa itu. Antara penceramah pas yang telah ditangkap dibawah akta ISA pada masa itu ialah, Ustaz Bunyamin Yaakub(al marhum), Ustaz Latif Muhammad, Ustaz Abu Bakar Chik, Hj.Mohammad Sabu, Hj.Mahfuz Omar dan Haji Ghazali Hasbullah.

Waran tangkap juga di keluarkan kepada Ustaz Ibrahim Libya tetapi beliau enggan menyerah diri sepertimana kawan-kawan beliau yang lain kerana demi mempertahankan prinsip kebenaran Ustaz Ibrahim enggan menyerah. Beliau kemudian disembunyikan murid-muridnya selama lebih kurang 40 hari sebelum dibawa pulang. Setelah pulang, beliau meneruskan aktiviti dakwahnya namun secara sembunyi di rumahnya. Walaupun sebelum ini beliau sentiasa mengajar di masjid kampung beliau.

Tindakan ini telah diambil kesempatan oleh pihak UMNO dengan menuduh Ustaz Ibrahim mengajar ajaran sesat, akhirnya membawa kepada peristiwa berdarah tersebut.

Pencerita kisah ini dikenali sebagai Pakteh, Nama sebenar Pakteh ialah Mat Piah Yunus. Pakteh mula mendapat pendidikan awak di sekolah rendah Keb.weng,Baling Kedah. Disitulah Pakteh mula berkawan dengan Ustaz Ibrahim Libya, walaupun Pakteh lebih muda dari Ustaz Ibrahim beberapa tahun namun sikap Ustaz Ibrahim yang suka berkawan merapatkan lagi hubungan mereka.

PERSEKOLAHAN
Pakteh meceritakan,sewaktu zaman persekolahannya Ustaz Ibrahim seorang yang periang dan amat suka bersukan. Antara sukan yang menjadi minatnya ialah sepak takraw dan bola sepak sehingga Asyahid Ustaz Ibrahim pernah beberapa kali mewakili sekolahnya dalam pertandingan sukan .Selepas Tamat Sekolah Rendah Pakteh melanjutkan pelajarannya ke Madrasah Yayasan Khairiah,Kg.Pisang Baling Kedah. Namun begitu pakteh hanya sempat belajar sehingga tingkatan 3 sahaja kerana masaalah keewangan.

Ustaz Ibrahim pula menyambung pelajaran di Sekolah Agama Inttifaqiah,Kg.Charok Putih ,Weng Kedah.Kemudian Ustaz Ibrahim melanjutkan pelajaran ke beberapa tempat pula antaranya Pondok Al-Khairiah Pokok Sena,Seberang Prai,Asyahid juga pernah menuntut di NilamPuri Kelantan sebelum ke Deoban India,Universiti Al-Azhar kemudian ke Libya.

Pakteh pula,walaupun tidak sempat menghabiskan sekolah menengah minat Pakteh untuk belajar masih tinggi. Untuk itu dia mengikuti kuliah-kuliah pengajian di masjid-masjid dan pondok2 pengajian. Antara guru-guru Pakteh ialah Allahyarham Tuan Guru Hj.Omar Zuhdi,pengasas pondok Lanai. Al marhum Tuan Guru Hj Yahya Taha Kupang dan Lebai Yaakub,Pengasas sekolah Agama Carok Putih,Weng.

KERJAYA
Setelah tamat tingkatan tiga Pakteh mula membuat kerja-kerja kampung sehinggalah beliau berkahwin pada usia 18 tahun. Pakteh pernah menjadi pemandu van,menghantar barang-barang runcit.

Hari demi hari ceramah2 asyahid Ustaz Ibrahim mula mendapat sambutan yang menggalakkan, boleh dikatakan hampir setiap malam program ustaz Ibrahim dipenuhi dengan ceramah dari satu tempat ke satu tempat sehingga ke negeri -negeri lain seperti perak, pulau pinang, perlis dan negeri-negeri di pantai timur.

Selalunya apabila ada program ceramah Pakteh adalah orang yang kerab menemani Asyahid ustaz Ibrahim. Kesempatan ini diambil oleh pakteh untuk menambahkanlagi pengetahuannya. Dalam perjalanan ketempat-tempat ceramah pakteh selalu berbincang dengan Ustaz Ibrahim berkenaan dengan isu-isu agama.ini menyebabkan hubungan Pakteh dan Ustaz Ibrahim semakin erat.

Menurut pakteh,ustaz Ibrahim seorang yang tegas,beliau tidak pernah merasa gentar untuk menegur sesiapa sahaja jika dirasakan perkara itu tidak betul. Pada suatu ketika, pengasas Madrasah itifaqiah Carok putih, Lebai Ya'kub merasa tercabar dengan pengaruh asyahid yang mula mengatasinya. Lebih-lebih lagi apabila ustaz Ibrahim mula bertanya tentang pentadbiran dan keewangan madrasah. Bermula dari sini akhirnya tercetuslah perang dingin antara lebai Ya'kub dengan asyahid ustaz Ibrahim Libya.

Akhirnya asyahid tidak lagi dibenarkan mengajar di sekolah tersebut lagi.Beberapa ahli Pas kawasan tersebut mempelawa ustaz Ibrahim untuk mengajar di surau berdekatan. Akhirnya Ustaz Ibrahim membuka M. Islahiah Diniah, Kg.Memali.
Berkat keikhlasan asyahid Ustaz Ibrahim,madrasah tersebut terus mendapat sambutan dari masyarakat tempatan dan orang luar.

Lebai Ya'kub kemudian mengistiharkan diri menyertai Umno menyebabkan penyokong-penyokong pas meninggalkan Lebai Ya'kub dan belajar dengan Ustaz Ibrahim pula. Ustaz Ibrahim Libya mula dikenali umum khususnya berkaitan ketegasan beliau berkaitan perbezaan Fahaman Islam Pas dan Umno. Beliau menerangkan secara terpeinci bagaimana orang yang menyokong pas dapat pahala dan menyokong Umno dapat dosa. Inilah yang menyebabkan pempinan Umno pada masa itu gelisah yang akhirnya membawa kepada percubaan penangkapan beliau dibawah akta ISA.

Setelah lebih kurang 40 hari disembunyikan, masjid tempat asyahid adakan usrah mulai sunyi dari pengajian dan pembelajaran agama dari beliau.

Ini menyebabkan murid-murid beliau menjadi rindu untuk mendengar kuliah dan usrah dari beliau membawa Asyahid pulang kembali secara sembunyi.

Setelah itu Asyahid Ustaz ibrahim meneruskan semula usrah beliau di masjid seperti selalu dilakukannya tetapi kali ini secara sembunyi. Ini di ambil kesempatan oleh kerajaan Umno untuk memfitnah beliau,menuduh beliau mengajar ajaran sesat.Yang akhirnya mencetusnya peristiwa berdarah tersebut.

didalam peristiwa tersebut Pakteh(pencerita), telah terkena 14 das tembakan dari jarak dekat tak sampai 10 meter.tapi apa yang menghairankan orang lain dan Pakteh sendiri ialah walaupun darahnya mengalir begitu banyak,pakteh tidak pengsan atau merasa sakit. Bahkan angota polis yang bertugas menghimpunkan mayat-mayat dan mangsa yang cedera tercengang melihat Pakteh masih lagi melemparkan senyuman kepada mereka. Mungkin inilah satu tanda rahmat Allah kepada orang yang benar-benar ikhlas memperjuangkan agamanya.

Begitu juga kepada petugas hospital,mereka juga hairan bagaimana pakteh langsung tidak merasa sakit dengan kecederaan tersebut.Padahal pesakit yang lain tidak begitu.

Menurut pakteh setelah Asyahid dibawa pulang kembali dari persembunyiannya, rumah Asyahid sentiasa dikawal rapi oleh muridnya secara bergilir-gilir setiap malam.

Ada juga cerita aneh dari pihak polis yang meronda sekitar kampung tersebut,pada malam hari mereka mengatakan pernah melihat sekumpulan orang berjubah putih sedang berada di atas bumbung rumah asyahid. Sesetengah mereka pula mengatakan mendengar suara zikir dan takbir yang sangat kuat apabila mendekati rumah asyahid. Ini menyebabkan usaha untuk menagkap Asyahid menjadi sukar. Tetapi kebenaran cerita ini tidak dapat dipastikan.

Sebelum peristiwa Memali,telah berlaku satu krisis yang agak tegang antara pihak polis dan orang kampung.
Pada malam 20 oktober 1985, satu ceramah telah diadakan di perkarangan Madrasah Islahiah Diniah yang mana penceramahnya ialah Ustaz Awang Bakar dari terengganu dan Ustaz Ibrahim Libya sendiri.

Seperti biasa jika ada ceramah Pas pihak polis akan adakan sekatan jalanraya, dalam satu sekatan menuju kg,Weng pihak polis telah menahan seorang pemandu van kerana menyimpan parang panjang. walaupun sudah dijelaskan oleh pemandu tersebut bahawa parang tersebut memang sentiasa ada di simpan dalam vannya kerana digunakan untuk membuat kerja-kerja kebun, menebas dan sebagainya.
Perkara ini memang biasa di kampung-kampung, malah ada yang menyimpan parang panjang dalam motorsikal.

Kejadian ini menyebabkan beberapa orang kampung yang panas baran telah menawan beberapa orang anggota polis termasuklah Ketua Polis daerah Baling sebagai tebusan. Mereka mahu polis membebaskan pemandu van tersebut barulah mereka membebaskam angota polis tersebut. Akhirnya pihak polis terpaksa akur.

Selepas kejadian malam itulah pihak polis terutama Ketua Polis Daerah Baling, dikatakan berdendam dengan penduduk kampung menyebabkan polis mula memusuhi penduduk setempat. Peristiwa malam itu tidak dapat diikuti oleh Pakteh, dia tidak meninggalkan rumah pada malam itu kerana isterinya sedang sakit tenat. Tapi dia telah mengarahkan anaknya, Yusuf untuk menggantikan nya mengikuti program ceramah tersebut. Begitulah rutin Pakteh,dia tidak mahu ketinggalan untuk menuntut ilmu samada melalui kuliah di masjid atau program ceramah.

Beberapa hari sebelum kejadian berdarah itu berlaku,Pakteh seakan dapat merasakan sesuatu, dia menjadi serba salah kerana pada masa yang sama Isterinya sedang sakit. Patutkah dia meninggalkan Isterinya terlantar di rumah. Bagaimanapun dua hari sebelum tragidi tersebut, Pakteh bertawakal kepada Allah dan bertekad untuk pergi. Rasa rindunya kepada gurunya sudah tidak dapat di bendung lagi.

Cerita-cerita tentang keganasan polis yang kedengaran menambahkan lagi kebimbanganya terhadap keselamatan sahabat yang juga gurunya Asyahid Ustaz Ibrahim Libya. Sebelum meninggalkan rumah beliau sempat berpesan kepada Isterinya agar menjaga anak-anak.

18 November 1985, Kelihatan semakin kerab pihak polis mengadakan rondaan di kampong Memali. sesetengahnya sudah tidak bergerak seolah-olah mereka akan berkubu di situ, semakin lama semakin banyak kereta polis memasuki kampung Memali. Selepas Maghrib orang kampung dapat tahu bahawa pihak polis mula berkemah di kawasan berhampitran rumah Asyahid Ustaz Ibrahim Libya.

Ustaz Ibrahim menerima berita itu dengan tenang dan kuliah pada malam itu di teruskan seperti biasa. Pada malam itu Ustaz Ibrahim menyatakan pada murid-muridnya yang beliau tidak akan menyerah diri walau apa pun yang berlaku. Beliau menegaskan yang pihak polis hanya boleh menyentuh tubuhnya setelah tubuhnya menjadi mayat.

Bagaimanapun suasana pada malam itu seperti biasa cuma kadang-kadang di kejutkan dengan kehadiran orang-orang tertentu yang meminta Asyahid Ustaz Ibrahim menyerah diri. Pada malam itu Pakteh berkawal di kedai yang tidak jauh dari rumah ustaz Ibrahim,Disamping berbincang mereka berzikir sambil membayangkan apa akan berlaku esok hari.

Keesokan harinya, sebelum subuh Pakteh datang semula ke rumah Ustaz Ibrahim untuk persiapan solat subuh berjemaah dan kuliah yang akan di adakan selepas solat seperti hari-hari sebelumnya.

Setelah itu, Lebih kurang jam 7.00 pagi, kelihatan kereta polis semakin bayak di kawasan rumah Asyahid Ustaz Ibrahim. Terdapat juga beratus - ratus anggota polis hutan (PPH)atau sekarang di kenali sebagai PGA yang terdiri dari anggota lelaki dan wanita. Kelihatan juga van dan trak dari unit FRU dalam jumlah yang cukup ramai dan sebuah kereta perisai seolah-olah kampung Memali menjadi medan perang.

Kerana bimbangkan keselamatan Ustaz Ibrahim orang kampung mula berkumpul beramai-ramai di rumah Ustaz Ibrahim, Ustaz Ibrahim mengingatkan mereka supaya jangan ada antara mereka yang memulakan angkara tidak baik, sikap mereka hanyalah mempertahankan diri, Orang ramai kelihatan tenang tanpa ada sebarang kekacauan.

Sebelum ini mereka tidak pernah terlintas untuk berhadapan suasana begini,Ustaz Ibrahim tidak pernah melatih murid-murid nya secara militan. sebelum ini Asyahid Ustaz Ibrahim ada memiliki senapang patah RELA.yang digunakan di kebun. Untuk mengelakkan keadaan bertambah gawat Ustaz Ibrahim telah menyerahkan senapang itu kepada polis. Tidak terlintas dihatinya untuk bergaduh dengan sesiapa apatah lagi dengan pihak polis. Apa yang beliau lakukan ialah menyampaikan kebenaran.

Melihat kepada jumlah anggota polis yang ramai lengkap bersenjata, diiringi kereta kebal. Orang -orang kampung terpaksa mempertahankan diri walaupun hanya dengan memegang pisau dapur dan lastik. Ada 2-3 orang yang memegang parang panjang yang biasanya di gunakan di kebun. Pada fikiran mereka pada masa itu, pasti pihak polis akan menyerang kampung mereka itu.

seperti yang pernah di ceritakan oleh Pakteh, Lebih kurang jam 8 pagi, setiap penjuru rumah Ustaz Ibrahim mula di kepung polis. Kereta perisai sudah berada di hadapan pintu pagar rumah Asyahid dan bersedia merempuh bila2 masa saja.

Tidak berapa lama, kedengaran loceng dari trak FRU. Pihak polis kemudian meminta orang-orang kampung serah diri. Seruan itu di sambut dengan laungan takbir yang bergema dari orang-orang kampung. Tanpa mempedulikan nasib kanak-kanak kecil yang ada bersama dengan ibu bapa mereka, pihak polis kemudian telah melepaskan gas pemedih mata kearah orang-orang kampung.

Berbagai usaha dilakukan oleh orang kampung untuk menghadapi situasi tersebut. Ada yang menutup mata dengan serban basah, ada yang membasuh muka di perigi berdekatan, ada juga yang mengambil kain basah menutup bom asap yang belum meletup.

Dalam situasi tersebut tiba-tiba seorang kanak-kanak perempuan telah pengsan , mulutnya berbuih, orang-orang kampung menyangkakan dia telah mati. Salah seorang penduduk kampung, Cikgu Syafie hilang sabar apabila menyangka kanak-kanak perempuan itu telah mati dan telah meluru kearah pihak polis dengan parang panjang.

Belum sempat dia bertindak, cikgu syafie telah di tembak dalam jarak yang cukup dekat. Walaupun rebah kemudian dia bangun semula dan kali ini,cikgu Syafie sekali lagi di tembak berkali-kali sehingga gugur sebagai syahid pertama peristiwa berdarah tersebut.

Hampir dua jam,pihak polis masih lagi melepaskan berpuluh bom asap, tanpa mempedulikan nasib kanak-kanak yang ada di situ. Orang kampung sibuk bergelut dengan kepulan bom asap tersebut. Hampir 12.30 tengahari,baru lah pihak polis menghantar wakil untuk berunding dengan orang kampung.

Pakteh mewakili penduduk kampung dan pihak polis diwakili Pengarah Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam pada masa itu 'Dato'Yahya Yeop'.

Pakteh menyatakan dengan tegas kepada Dato' Yahya Yeop, "tak ada apa yang hendak dirundingkan lagi sedangkan pihak polis telah membunuh seorang penduduk kampung(cikgu Syafie). Kenyataan Pak Teh menyebabkan Dato' Yahya Yeop terdiam seketika,dia mengakui memang ada kebenaran kata-kata pakteh tersebut. kemudian Dato'Yahya Yeop berkata "Kami nak 4 orang Penjenayah yang ada di sini serah diri". "siapa?' sergah pakteh, "er-er-errr..,Dato'Yahya tidak dapat menjawab lalu memanggil ketua polis baling yang berada tidak jauh dari situ, "siapa nama penjenayah tu.Mana waran tangkapnya?"Tanya dato'Yahya Yeop kepada ketua Polis baling.

Ketua polis Baling membaca nama-nama yang tercatit pada waran tangkap tu, "Mohd.Ali bin Yatim,Ramli bin Che Mid,Yusuf bin che Mid,dan Ibrahim bin Mahmud(Ustaz Ibrahim Libya)

kata pakteh"Mereka bertiga tak ada di sini encik,Ustaz Ibrahim ada tapi dia tak mahu serah diri, Encik, Ustaz Ibrahim tu tokguru kami, Dia tak ada apa-apa salah, dia tak membunuh orang. Dia hanya mengajar orang kampung buat baik, berdakwah. Kalau encik tangkap dia dimana lagi kami nak mengaji. Janganlah tangkap dia encik"
"Saya tak tahu berkenaan perkara tu ,Kalau saya tahu perkara sebenar tentu saya tak datang. Saya di arah untuk datang tangkap penjenayah"Dato' Yahya Yeop mula rasa serba salah.

"Encik, kalau masa dulu kerajaan boleh berunding dengan Chin Peng di Baling ni dengan tidak tumpah darah. Komunis tu bunuh orang kita, ramai askar, polis yang mereka bunuh, tapi kerajaan boleh berunding dengan baik", Pakteh berhujjah.

Dato'Yahya hanya memandang kearah Pakteh setelah mendengar hujjah Pakteh, kemudian berkata"Saya nak awak bertemu dengan ustaz awak,mintak dia serah diri saja". Pakteh kemudian menemui Ustaz Ibrahim menceritakan perbincangan tersebut. Asyahid Ustaz Ibrahim tetap dengan pendiriannya.Pakteh sekali lagi bertemu dengan Dato' Yahya. "Hah..! ,apa kata ustaz awak?' "Ustaz Ibrahim kata dia tidak akan serah diri kerana dia tidak melakukan apa-apa kesalahan"

"Kalau begitu baiklah, saya bagi tempoh kepada awak semua 5 minit untuk serah diri.Selepas itu kalau berlaku apa-apa bukan lagi menjadi tanggungjawab saya. Sama ada hidup atau mati penjenayah ini tetap kami akan ambil" Kata Dato' Yahya Yeop sambil beredar dari situ. "Kami berserah kepada Allah"balas Pakteh

Baru beberapa langkah pakteh menoleh ke belakang, Pakteh mendengar pintu pagar telah di rempuh dengan kereta kebal mula bergerak di hadapan rumah Ustaz Ibrahim. Diikuti beratus-ratus anggota polis dan unit UTK bersiap sedia untuk melepaskan tembakan.

Melihat situasi yang makin tegang Pakteh mengarahkan muslimat dan kanak-kanak berundur ke bahagian belakang rumah

Beberapa anggota polis dilihat cuba menembak salah seorang penduduk kampung(Paksu Man) Demi mempertahankan Paksu Man, Pakteh meluru ke arah polis dengan parang panjang di tangan. Kemudian bumyi tembakan tidak henti-henti kedengaran disambut dengan laungan takbir dari penduduk kampung.

Bermulalah sejarah hitam keganasan polis di Malaysia di bawah arahan UmnGok dan Bee eNd.

Pakteh sudah tidak peduli lagi dengan hujan peluru yang meluru berpusu-pusu kearahnya. Demi membela kebenaran, demi Islam dia sanggup menghadapi apa saja. Tiba-tiba Pakteh merasakan dirinya lemah. Parang ditangannya mula terlepas. Darah mula mengalir dari tangan dan angota badanya.Pak Teh terkena peluru polis. Pak Teh cuba berlutut tapi akhirnya dia rebah ketanah.

PakTeh menceritakan, walaupun dalam keadaan begitu dia masih lagi sedar dan tidak pengsan. Tidak berapa lama kemudian bunyi tembakan berhenti. Setelah reda tembakan dari pihak polis, Pak Teh dapat mendengar bunyi tangisan anak-anak kecil yang mungkin juga terkena tembakan atau menagisi kematian ayah atau ibu mereka. Juga dapat kedengaran di telinga Pak Teh suara tangisan dari wanita. Dalam situasi begitu Pakteh hanya berdoa mengharapkan pertolongan Allah.

Badannya sudah tidak bermaya lagi dan tidak berdaya untuk berdiri. Namun begitu menurut PakTeh dia tidak terasa sakit atau dahaga cuma merasa sedikit kebas pada badannya. Biasanya orang yang terkena peluru akan merasa dahaga kerana belerang yang ada dalam peluru itu boleh membakar bahagian badan. Pakteh sendiri merasa hairan kenapa dia tidak merasa sakit bila terkena peluru.Mungkin ini adalah pertolongan Allah kepada orang yang Ikhlas seperti PakTeh.

Waktu terbaring di situ suasana sedih mula menghantui Pak Teh,bukan sedih kerana dirinya tetapi mengenang kepada nasib kanak-kanak yang kehilangan ibu atau ayah yang ditembak. Bagaimana dengan nasib orang-orang kampung yang kehilangan saudara mara selepas ini. Tidak pernah terfikir pada fikiran PakTeh pihak kerajaan yang yang di ketuai oleh seorang Islam yang juga berasal dari negeri Kedah sanggup berbuat demikian kepada orang yang seagama, dan sebangsa dengan mereka.

Dalam cuaca panas itu tiba-tiba hujan renyai-renyai mulai turun seakan membelai tubuh-tubuh yang tumbang. Kemudian PakTeh dapat merasakan seseorang mendekati tubuhnya, Polis itu memohon maaf kepada PakTeh dan memberitahu bahawa bukan dia yang menembak PakTeh. Suaranya agak tersekat-sekat dan dari cara percakapannya PakTeh dapat merasakan ada simpati dari angota Polis ini terhadap dirinya. Polis itu kemudiannya menyapu ubat pada luka-luka di badan PakTeh dan kemudiannya mengangkat Pakteh dan meletakkan ke serambi rumah Ustaz Ibrahim.

PakTeh masih terbaring di serambi rumah Ustaz Ibrahim, dia hanya mampu melihat apa yang berlaku sambil berdoa jika dia ditakdirkan mati pada hari itu biarlah dia diterima oleh Allah sebagai seorang yang syahid disisiNya. Satu demi satu rakan-rakannya rebah kebumi, jumlah yang terkorban dan yang cedera sudah tak terbilang lagi.

Setelah beberapa ketika barulah tembakan dari pihak polis mula berhenti. Kini bunyi tangisan dan ratapan anak-anak kecil dan wanita kematian ayah dan suami. Termasuklah suara yang amat Pak Teh kenali iaitu suara dari Isteri Ustaz Ibrahim Sendiri.

Tahulah Pakteh bahawa gurunya dan temannya itu telah terkena tembakan.
Rebahlah seorang mujahid di hadapan isteri. Dengan segera Asyahid dipangku oleh isterinya .Dengan lembut dia mengusap dahi suaminya ,bersama titisan darah merah dari tubuh suaminya bercampur airmata isteri tersayang.

"Sudah sampai apa yang abang doakan selama ini, bersyukurlah, mengucaplah" kata isteri Asyahid Ibrahim Libya. "Abang kena apa?""Kena tembak" "Alhamdulillah"

Itulah antara suasana yang dapat dilihat oleh Pak Teh didepan matanya sendiri.

"Serah diri,serah diri,Sergah seorang polis sambil menghala kearah Isteri Ustaz Ibrahim.

Orang-orang kampung yang tidak cedera diarahkan menyerah dan di bawa menaiki trak polis yang sedah sedia menunggu. Ada di kalangan penduduk kampung yang cuba membantu rakan yang cedera dihalang oleh pihak polis bahkan dihentak M16.

Pak Teh yang terbaring menghala kearah pintu pagar dapat menyaksikan pihak polis mengusung orang kampung yang mati, antaranya rakannya yang juga Gurunya yang di kasihi Asyahid Ustaz Ibrahim Libya.

Kemudian ada seorang anggota polis menghala kearah Pak Teh sambil berkata "Janggut ni hidup lagi". Pakteh yang dalam keadaan lemah kerana sudah banyak kehilangan darah hanya mampu membiarkan tubuhnya diusung dan dicampakkan kedalam trak polis bersama dengan syuhada’ memali (orang-orang kampung yang telah meninggal).

Selepas itu Pak Teh dibawa ke Hospital Besar Alor Star untuk dirawat selama Lebihkurang sebulan sebelum di hantar ke Kem Kamunting selama 2 tahun.

(kisah ini aku amik terus dari laman blog http://www.loveperak.blogspot.com , dengan sedikit pembetulan dan panambahan…penulisnya ijoks2009.)

Kisah ini sepatutnya sudah cukup untuk menginsafkan pihak berkuasa. Apa yang berlaku di memali sepatutnya boleh menimbulkan kesedaran agar keganasan mereka tidak berulang lagi. Namun apabila isu ini ditimbulkan lagi, apa kejadah jenis manusia yang tak berhati perut, manusia syaitan durjana yang menjadi tali barut jahanam UmnGok 1Malaysia.
KOSMO perlu memohon maaf, esok solathajat dan Qunut Nazilah di Madrasah Islahiah Kg Memali kepada mereka yang memfitnah dan mengaibkan peristiwa memali..

Baca dan ambillah pengajaran..wahaii orang2 yang ada hati dan perasaan…

Selasa, 27 Oktober 2009

MEMALI... JANGAN KAITKAN DENGAN AJARAN SESAT

MEMALI… Peristiwa bersejarah yang tersemat indah dalam diari pejuang…….
Enam laporan polis dibuat ke atas pengarang akhbar KOSMO, Zulkifli Manzor pada 26hb oktober 2009 muka surat 11 di bawah tajuk “Jangan Pandang Rendah Ajaran Sesat”.. 6 laporan polis tersebut dibuat oleh PAS kawsan baling, dewan muslimat, dewan pemuda,waris syuhada dan penduduk memali. Kebiadaban ZUL perlu diajar..

Keesokan harinya, 27hb Oktober 2009 Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dan DPPBaling menyerahkan memo bantahan kepada ibu pejabat akhbar tersebut di Alor Setar sebagai membantah Pengarang mengaitkan peristiwa memali dengan ajaran sesat…Ketua DPPNK Ustaz Ahmad Yahya dibawa ke balai polis untuk memberikan keterangan, beliau dibebaskan jam 6 petang.

Pengarang, Zulkifli Manzor dalam tulisannya menyebutkan, …”Kemudian berlaku peristiwa memali pada 19 November 1985 yang mengorbankan 18 orang dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain di Kampung Memali Baling Kedah. Dalam kejadian tersebut, pertempuran berlaku di antara pihak berkuasa dengan penduduk kampungyang cuba mempertahankan ketua mereka, Ibrahim Libya daripada ditahan… itu adalah catatan hitam yang menunjukkan bagaimana ajaran sesat mampu mengundang bencana dalam institusi kemasyarakatan sekiranya tidak dibendung pada peringkat awal..”

Tulisan ini sangat-sangat menyentuh hati dan perasaan rakyat khususnya kaum keluarga peristiwa memali serta penduduk Baling yang mengetahui peristiwa sebenar memali.. penulis nie pun nak ikut jejak Zam yang dahulunya pernah menimbulkan isu memali kononnya nak mengaitkan PAS dengan pengganas dan penjenayah…ditayangkan semula..dihidupkan semula fitnah yang sedang tidur….

Siapa Zulkifli Manzor yang berani mengaitkan peristiwa memali dengan ajaran sesat? Sapa bagi dia kebenaran nak keluarkan Fatwa? Kenapa dia sendiri tak jelaskan 55 ajaran sesat yang diwartakan oleh JAKIM? Kenapa nak kaitkan dengan Peristiwa Memali?...ko pun pun cakap pandai je ZUL, aku ada la buku JAKIm tu, ko kira pun salah, jakim keluarkan 58 ciri2 ajaran sesat, yang ko sebut 55 apasal..yang tiga lagi tu letak kat mana..termasuk ko skali ke….

PAS akur dengan beberapa keputusan yang dibuat oleh Kerajaan berkaitan isu Memali diantaranya..larangan mengadakan ulangtahun memperingati peristiwa Memali.. sejak larangan tersebut dikeluarkan, PAS akur dengan keputusan serta berserah kepada Allah untuk menghukum kepada orang yang melakukan kezaliman terhadap keluarga peristiwa memali..

Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Allah melaknat sesiapa yangmengerakkan Fitnah yang sedang Tidur”. Hadis ni pernah dibaca oleh Ustaz Fadhil Noor dalam parlimen sewaktu zam melalui kementerian penerangan menayangkan semula peristiwa memali nak kaitkan dengan keganasan..sudah dijelaskan panjang lebar oleh al Marhum.. tapi jenis penulis upahan UmnGok nie tak serik2 tak faham2..macam orang tak sekolah..oleh sebab itu aku setuju sangat dengan tindakan DPPBaling mengadakan solat hajat dan qunut nazilah kepada sesiapa yang memfitnah peristiwa memali malam jumaat ni di Madrasah Islahiah Memali..pakat pi ramai2..kita mengadu pada Allah untuk menghukum mereka…

Aku nak jelaskan yang disebut Jakim dalam bukunya “Penjelasan Terhadap 58 ciri2 Ajaran Sesat di Malaysia”, pengarangnya ialah Haji Abdul Hamid @ Yusiff Bin Yunus..antaranya…
1. Mempercayai bahawa semua agama adalah sama
2. Memansuhkan Syariat islam dan membuat syariat baru.
3. Menghalalkan apa2 yang diharamkan Allah


Itu sebahagian sahaja yang aku sebut..takat 3 tu pun akau rasa kita semua dah tau sapa yang sesat.. yang pertama pernah diucapkan oleh Rais Yatim sewaktu krisis islam liberal dan menjadi amalan SIS…yang kedua tu keja UmnGok.. yang ketiga pun sama gak laaaaaa….

Ahad, 25 Oktober 2009



Alhamdulillah… itulah yang diharapkan… semoga kita semua dirahmati…
Sujud syukur kepada Allah dengan kenyataan Naib Presiden PAS YB Salahuddin Ayub.. Beliau mendedahkan hasil pertemuan dengan YAB Tuan Guru Nik Abdul Azizi bahawa EGM tidak perlu dibincangkan lagi.. ianya akan dibawa ke Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat…

Bagi ahli bawahan di cawangan kami menerima pengkhabaran ini dengan penuh tanda syukur kepada Allah.. Alhamdulillah..kami memberi sepenuh thiqah kepercayaan kepada pimpinan PAS Pusat untuk menentukanya, apa jua keputusan mesyuarat akan kami terima..keputusan melalui syura’ musyawwarah akan diberkati…amin….

Penin dok pikiar, serabut perut dengan kemelut yang berlaku akhirnya dirungkaikan dengan kenyataan YB Salahuddin.. harap-harap ianya tidak hangat2 kuihpau… jangan hanya sekadar sebagai alasan ingin menenangkan ahli yang bercelaru sampai ada yang dok temenung melengung atas tangga rumah tak pi mana2.. takmau cakap ngan sapa2 sejak timbul isu EGM nie…pi tang mana pun dok cakap benda nie…samapai ada sorang ustaz tu yang dulu dok berapi bagi kuliah, bila isu nie timbul dua tiga hari nie, kuliah dia pun macam tazkirah hamid osmad kat sik waktu dulu, macam ubi lembik….

Saya yakin ramai yang tersenyum semula, kembali ceria dengan kenyataan Naib Presiden PAS itu… hargai perasaan, air mata, peluh keringat, tenaga bakti kami di cawangan….walaupun bukan maksud kami ingin dihargai..tetapi sikap pimpinan kekadang boleh datangkan mood bekerja……

Satu jamaah, satu jasad, satu roh, satu landasan perjuangan,

Sabtu, 24 Oktober 2009

USTAZ NASHA BERSUARA


Kemelut yang melanda jamaah kini semakin mendapat perhatian, ianya bermula dari tulisan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang mengkritik dan mencadang beberapa perubahan yang perlu dilakukan oleh PAS, tulisannya dijawab oleh Naib presiden PAS Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Ustaz Idris, Setiausaha Agong Dato’ Mustafa Ali serta beberapa pimpinan yang lain.. setelah itu, perkara ini menjadi lebih hangat dengan kenyataan Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz mencadangkan supaya PAS mengadakan Mesyuarat Agung Khas EGM dengan beberapa cadangan perubahan pimpinan PAS peringkat Pusat dan menentukan halatuju isu Kerajaan Perpaduan UG...

Kami ahli-ahli PAS peringkat cawangan telah lama memerhati perkara ini, namun tidak pernah mengenengahkan isu yang sememangnya akan meninggalkan kesan buruk kepada jamaah. Memberikan sepenuh keyakinan kepada pimpinan tertinggi untuk membuat keputusan terbaik untuk jamaah, meletakan harapan besar kepada Majlis Syura Ulama’ untuk memandu jamaah ke jalan kebaikan dengan keilmuan kepakaran, pengalaman dan situasi politik semasa. Lagipun pimpinan tertinggi lebih memahami apa yang berlaku jika nak dibandingkan dengan kami yang berada di cawangan.

Namun pada hari ini kami terpaksa bersuara setelah melihat gelagat yang tak menyenangkan, meluahkan perasaan kami yang menghadapi pelbagai karenah rakyat bawahan, demi mengembalikan kecerian, mawaddah kasih sayang sesama ahli jamaah, luahan kami ini juga beralasan sama dengan alasan Tuan Guru Nik Aziz demi menyelamatkan jamaah, Bermula sebelum muktamar tahunan lagi perkara ini menjadi kecoh ribut… antara kesalahan pimpinan tertinggi yang ahli bawahan cawangan perhatikan:

1. Mengeluarkan pandangan yang menyentuh dasar parti atau perkara penting melibatkan jamaah tidak melalui musyawwarah. Kenyataan atas dasar indivdiu dengan mengenepikan kebersamaan yang menjadi tunjang jamaah. Sehinggakan ianya menjadi liputan hangat yang diambil kesempatan oleh musuh.
2. Mempertikaikan pimpinan tertinggi dengan kenyataan terbuka.
3. Ketidakpuasan hati didedahkan tanpa merujuk kepada pihak yang selayaknya serta mengapi-apikan permusuhan sesama sendiri.
4. Hilangnya thiqah (kepercayaan atau husnuzzon) kepada pimpinan.
5. Tidak menggunakan saluran mesyuarat untuk menyatakan pandangan pribadi terhadap sesuatu isu serta membuat pendedahan melaui media yang menyebabkan semakin keroh hubungan.
6. Perkara yang perlu ditutup semasa mesyuarat didedah kepada khalayak dengan menyebarkan kepada kawan2 teman2 atau bersembang di kedai kopi.
7. Menerima maklumat pimpinan atau jamaah di kaki lima jalan, tepi longkang atau di kedai kopi untuk pendedahan umum.


Ini hanyalah sebahagian yang terpaksa dinyatakan atas alasan menjaga jamaah.

Hari ini baru saya terbaca kenyataan Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang ingin mengurai kemelut yang berlaku. Saya amat tertarik dengan kenyataan beliau yang menyebutkan bahawa keputusan yang melibatkan dasar jamaah mestilah diputuskan dalam majlis syura ulama’. Jamaah ini bukan hak individu….sejuk hati mendengarnya….mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan kepada beliau untuk menghadapi situasi ini dengan tarbiah dan kepakaran yang dimiliki…

Sebagaimana sayangnya pimpinan kepada Jamaah begitulah juga dengan kami yang berada di cawangan2 seluruh Malaysia, sayangnya kami kepada PAS, bekerja memastikan PAS adalah peneraju kebangkitan rakyat… Ketika UmNgok membina kekuatan parti dan organisasi memancing semula hati rakyat..di kala itu kita bergelut bertikam lidah memukul sahabat seperjuangan sendiri.. kenapa perkara ini berlaku dalam jamaah yang kita sayangi…sama-samalah kita fikir usaha bekerja untuk ISLAM dengan wadah jamaah PAS….

Jumaat, 23 Oktober 2009

LUAHAN HATI AHLI CAWANGAN..BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL

ADAKAH BENAR IANYA DATANG DARI TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

Berat rasanya untuk menulis. Bimbang jika akal ini masih terkeliru. Benarkah Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNAA) yang menulis perkara tersebut… Saya masih cuba bersangka baik bahawa Tuan Guru diserabutkan oleh pandangan-pandangan sekeliling yang masih membesar-besarkan isu “perpaduan melayu Islam” atau “pimpinan pas yang pro umno”.

Terasa amat terkilan apabila TGNAA yang memulakan kehangatan ini. Mula-mula dulu, isu “kerajaan perpaduan”, kemudian isu “ustaz Nasha” sekarang timbul pula isu yang baru… Bagi TGNAA yang berada di peringkat atasan atau pembesar-pembesar PAS Kelantan mungkin tak rasa apa-apa menimbul dan membesarkan perkara-perkara seperti ini, tetapi bagi kami ahli PAS di peringkat bawahan amat terasa kesannya. Lemah rasa nak menggerakkan aktiviti tarbiyah jika pimpinan sendiri bercelaru. Tak upaya rasanya nak menggerakkan organisasi cawangan mahu pun kawasan apabila tengok karenah pimpinan yang sepertinya bertelagah.

Dalam kesempatan ini, saya ingin komen beberapa perkara :

1. Jangan ada sesiapa yang marah kalau ramai ahli yang kritik atau tegur TGNAA selepas ini kerana tulisan beliau sendiri telah mendatangkan dalil bahawa harus malah dituntut untuk mengkritik dan menegur pemimpin malah Nabi sendiri pun ditegur oleh Allah s.w.t.

2. TGNAA lebih merujuk kepada tulisan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang menulis tentang - antara factor kekalahan PAS di Bagan Pinang ialah isu-isu di Selangor disamping adanya pimpinan PAS yang dilihat pro-UMNO dengan menyebut beberapa nama seperti Dr Hasan Ali, Ust Nasha dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi (TGHAA). Sedangkan pandangan tersebut telah dijawab dan disangkal oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden), Dato’ Mustafa Ali (Setiausaha Agung), Ustaz Idris Ahmad (Ketua Penerangan) yang merupakan anggota dewan harian PAS Pusat.
3. Lebih menarik untuk dibincangkan bahawa pandangan Prof Dr Abdul Aziz Bari ini selari (atau mungkin merujuk) kepada beberapa pandangan pimpinan PAS seperti Dr Dzulkifli (yang tidak lagi dilantik sebagai Pengarah PPP) dan Ir Khalid Samad (dipecat dari jawatan Timb Pesuruhjaya PAS Selangor) yang memang kita ketahui sangat kontroversi di kalangan ahli PAS. Di sinilah menariknya untuk dibuat kajian.

4. Saya rasa, dari sekadar menerima pandangan Anual Bakri dan beberapa pembesar PAS Kelantan dalam isu ada pimpinan PAS yang Pro-UMNO ini, ada baiknya juga TGNAA dan ahli PAS sekalian membuat beberapa penelitian terhadap maklumat-maklumat berikut (maaf jika tidak berdasarkan siasatan rapi, cuma sekadar pandangan macam Prof Dr Aziz Bari juga) :

- Seperti adanya perancangan tertentu dari kalangan pimpinan baru PAS (yang timbul selepas era reformasi) yang tidak “sejiwa” dengan pimpinan yang sebati dengan PAS semenjak dari awal seperti Dr Dzulkifli (bekas pimpinan IRC), Dr Mujahid Yusuf Rawa (JIM/alami), Dr Lo’ Lo’ (JIM), Dr Mariah (JIM), Dato Jaafar Kamaruddin (ABIM-Pro-Anwar) dan lain-lain.

- Dr Dzulkifli dan Dr Mujahid Yusud Rawa adalah orang kuat IRC/JIM/alami yang terlibat dengan program “Indimaj” – penggabungan antara jamaah fikrah ikhwan di Malaysia. Mereka ini memang ada krisis dengan jamaah mereka yang sebelumnya kerana mempelopori pendekatan yang kononnya “dinamik” sementara geng-geng yang pro fikrah Ikhwan ni ingin menjaga ketulinan jamaah. Sekarang mereka bawa masalah dalam PAS juga dengan idea “dinamik” kononnya.

- Dr Mariah juga bermasalah dengan PAS kawasannya menurut sumber yang saya perolehi. Dia sepertinya hanya beranggapan PAS ini adalah sebuah gerakan politik bukan gerakan tarbiyah. Dia hanya melibatkan diri dengan aktiviti politik PAS, tetapi tidak terlibat dengan usrah kawasan atau muslimat PAS.

5. Jika kita meneliti dari masa ke semasa perkembangan dalam PAS, kita juga akan dapat melihat bila timbulnya isu puak Erdogan dan puak Erbakan dalam PAS. Ia bermula dari lawatan rasmi Pimpinan PAS ke Turkey. Di sana Dr Dzul bersama Hanifa Maidin telah mengadakan dialog dengan AKP dan Refah. Dr Dzul menyatakan bahawa jika situasi di Turki berlaku di Malaysia, PAS akan memilih cara pendekatan AKP pimpinan Erdogan. Benarkan PAS akan memilih pendekatan tersebut atau Dr Dzul sahaja? Ikhwan Muslimin pun ada mengkritik, menegur dan memberi nasihat kepada AKP yang dilihat agak liberal dalam pendekatannya yang dibimbangi akan melangkahi prinsip Islam.

6. Dalam pemilihan pimpinan PAS tahun 2004 di Kelantan, tersebar ketika itu adanya gerakan dari kumpulan ini yang diistilahkan oleh sesetengah perwakilan sebagai “anai-anai” yang mengangkat Ustaz Nasharuddin bagi mencabar Ustaz Hasan Syukri selaku Timbalan Presiden. Pada waktu itu, mereka melihat Ustaz Nasharuddin sebagai anak didik Ustaz Fadhil Noor adalah “pembuka jalan” kepada mereka di dalam tampuk kepimpinan PAS. Pada ketika itu juga “mereka” mencalonkan Ustazah Azizah dari Pahang untuk mencabar Ustazah Fatimah (isteri Ustaz Harun Taib) selaku ketua muslimat. Anda boleh melihat sewaktu Ustazah Azizah menjadi ketua muslimat, wajah siapa yang lebih menonjol dalam harakah dan program muslimat, kalau tidak wajah Dr Mariah dan gengnya.

7. Tetapi, setelah Ustaz Nasharuddin memegang jawatan tersebut, beliau rupanya tidak dapat dimanfaatkan oleh “geng anai-anai” tersebut lantaran beliau adalah pemimpin yang faham dan melalui tarbiyah jamaah semasa di peringkat kampusnya dahulu. Akhirnya kumpulan ini merancang agenda seterusnya. Namun Alhamdulillah, ahli PAS yang ditarbiyah dengan tarbiyah PAS menyedari rentak tari yang semakin tampak sumbangnya itu. Dalam pemilihan 2006 juga di Kelantan (rasanya), ahli yang pro tarbiyah PAS ini mencalonkan Ustazah Nuridah Salleh dan Wan Hasrina bagi mencabar Ustazah Azizah dan Dr Lo’ Lo’. Dr Mariah telah dikalahkan di peringkat kawasan lagi. Sementara untuk menunjukkan PAS ini tidak boleh dikawal oleh “anai-anai” tersebut, pihak pro Tarbiyah PAS ini mencalonkan Ustaz Harun Taib bagi mencabar Ustaz Nasharuddin walaupun sebenarnya mereka tidak pun berhasrat menaikkan Ustaz Harun sebagai Timbalan Presiden. Pencalonan itu hanya sebagai petunjuk dan amaran kepada puak “anai-anai” ini.

8. Geng “anai-anai” ini kemudiannya menyusun kembali agenda mereka. Nampaknya, mereka tidak mungkin mampu menggugat pemimpin senior dalam PAS yang sejati dan sebati ini. Maka idea “dinamik” mereka itu tidak dapat dilaksanakan. Pendekatan seterusnya ialah dengan menonjolkan “pemimpin muda” lain dalam PAS yang boleh dikawal oleh mereka. Dato’ Husam Musa adalah tokoh yang dilihat sebagai peluang mereka seterusnya. Selain dari dokongan pembesar-pembesar Kelantan, Husam adalah “penyejuk mata” kepada TGNAA. Orang yang mungkin dilibatkan sama dalam permainan ini ialah Annual Bakri, selaku pembantu dan pendamping TGNAA. Selepas PRU 2008, dengan jawatan sebagai ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri, YB-YB geng anai-anai ini merangka kembali agenda besar mereka. Ketika inilah menonjolnya seorang tokoh lama PAS yang sebelumnya “bertapa” kemudian dengan kemenangan sebagai AP Shah Alam, merasa besar kepala apabila di kelilingi oleh “anai-anai” ini.

9. Dalam pemilihan PAS 2009, agenda mereka ialah menaikkan tokoh-tokoh baru ini. Perancangan pertama menurunkan Ustaz Nasharuddin dan bonusnya ialah jika boleh menjatuhkan TG Haji Abdul Hadi. Demi menjaga sentimen ahli PAS yang sangat kasih terhadap Tok Guru Haji Abdul Hadi, maka mereka melalui Husam Musa dan pembesar PAS Kelantan beserta sentimen kenegerian Kelantan-Terengganu telah secara halus melibatkan TG Nik Abdul Aziz. Mereka memanfaatkan sepenuhnya kekangan yang ada pada TG Nik Abdul Aziz yang sering uzur serta sikap sangat percaya beliau kepada orang bawahannya di Kelantan, untuk mencapai hasrat dan cita-cita mereka. Di sini barulah TG Nik Abdul Aziz terlibat. Kalau ahli PAS sekalian mendampingi Tuan Guru dengan dekat, tuan-tuan akan menyedari kekangan ini. Mungkin inilah jua yang cuba diluahkan oleh anak beliau, Nik Abduh dalam tulisannya yang kontroversi dulu, tetapi beliau dihentam hebat. TGNAA sebenarnya sangat uzur. Lihatlah ketika beliau menyampaikan kuliah di Masjidnya setiap selepas Subuh Jumaat. Tidak sedikit dari urusan kerjanya diwakilkan kepada pembantu-pembantunya di Kelantan. Beliau memang sudah sesuai untuk berehat. Tetapi, situasi PAS dan rakyat di Kelantan masih memerlukan pengaruh beliau. Tidak perlulah kita membesarkan tentang kroniknya PAS Kelantan dengan “klik” dan “puak”nya. Malah ada pemerhati yang memberi pandangan bahawa factor kekalahan wakil PAS dalam Muktamar yang lepas adalah kerana “klik” sesame Kelantan inilah, bukan kerana factor luar. Masalah ini memerlukan perlunya TGNAA di Kelantan.

10. Saya sangat bersangka baik bahawa TGNAA, Dato’ Husam Musa, Ir Khalid Samad, Dr Hatta dan klain-lainnya bukanlah pemain wayang kulit sebenar. Bagi saya mereka ini orang baik yang mungkin secara tidak disedari, terpengaruh dengan geng anai-anai tadi. Pemain yang sebenar adalah penama anai-anai yang saya sebutkan tadi. Mungkin sahaja mereka menafikan. Kalau mereka nafikan, ini bermakna mereka semakin sebati dengan anai-anai tadi…

11. Pada pandangan saya, Muktamar Khas tidak perlu diadakan kerana ahli telah membuat keputusannya dalam muktamar yang lepas. Yang terpilih sudah terpilih. Hormatilah keputusan ahli. Ahli telah menghantar isyarat yang jelas bahawa mereka masih inginkan TG Haji Abdul Hadi memimpin PAS. Mereka masih mahukan Ustaz Nasharuddin memimpin PAS. Ahli juga telah memberi isyarat bahawa mereka suka dengan pimpinan yang komit dan setia seperti Ustaz Tuan Ibrahim, Saudara Salehuddin Ayub, Mahfuz Omar, Ustaz Idris, Ustaz Nasarudin Tantawi, Ustazah Nuridah dan sebagainya. Tunggulah tahun 2011, kita buat pemilihan baru.

12. Maafkan saya kerana tegur menulis perkara ini yang mungkin berbentuk kritikan dan mungkin berbentuk pembongkaran isu dalaman parti. Saya berani berbuat demikian kerena saya mencontohi teladan yang telah ditunjukkan oleh TG Nik Abdul Aziz. Dulu saya hanya memendamnya dan mendiamkan diri kerana mencontohi TG Haji Abdul Hadi, hari ini saya cuba pula mencontohi TG Nik Abdul Aziz dalam berterus terang dan menegur.

Saya tidak tahu apa hasil dari tulisan ini. Saya harap ada sesuatu yang dapat kita beri perhatian, khususnya ahli-ahli PAS. Semoga tulisan ini tidak menggemparkan seperti gemparnya tulisan Tok Guru tersebut…. Maafkan saya. Assalamualaikum wrt.- Oleh SetiaPemuda Detik Daily

Khamis, 22 Oktober 2009

KRISIS TULISAN PROF Dr AZIZ VS USTAZ IDRIS AHMAD

Mencari Jalan tengah Antara dua tulisan tokoh yang dikagumi…
Dua tiga hari ini ramai peminat blog akan mendapat komen yang berbeza melalui dua tulisan tokoh yang dikagumi dalam negara kita..

Pertama: Tulisan Prof Dr Abdul Azizi Bari yang mempersoalkan tindakan Presiden PAS TGHA yang mesti kena bertindak terhadap pimpinan PAS yang mirip kepada umno serta mengugat kestabilan, andaian yang dibuat oleg blogger, Dr Aziz Bari menyatakan bahawa TGHA adalah pro kepada Umno. Andaian ini dibuat mungkin atas suasana politik semasa dan bacaan politik oleh Prof..Dan menjatuhkan hukuman kekalahan PAS di bagan Pinang kepada tokoh ulama

Kedua: Tulisan Balas terhadap kenyataan Dr Aziz Bari oleh Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad yang menyangkal dakwaan Prof Dr Aziz dengan hujjah yang tersendiri, serta mempertahankan Datok Seri Presiden TGHA dengan mengemukakan pengalaman hasil pengamatan dan hubungan arkab dengan Datok Seri Presiden…

Dua tulisan ini banyak mendapat respon dari rakan2 blogger, daripada ramai2 sahabat2 yang komen, tertarik saya terbaca 2 artikel kes ini dari dua sahabat yang sangat kita kenali, Sdr Aris Awang dan Ust Zulkarnain…saya harap anda semua cari artikel ini dan baca sehabis tulisan 2 org sahabat kita ini…

Bagi saya..hasil daripada tulisan Prof Dr Aziz dan Ustaz Idris ini, apalah salahnya kita sebagai ahli PAS mencari jalan tengah..jangan sampai kita terpedaya dengan jarum dan api yang dimainkan oleh musuh untuk memisah memecahkan rasa hormat dan percaya kepada mereka yang jauh pengalaman dan keilmuan dari kita..ini bukan bermakna kita boleh terima apa sahaja yang didatangkan dari tokoh besar sebegini..yang saya maksudkan ialah mencari jalan tengah dalam memahami maksud tulisan 2 tokoh ini serta mencari jalan terbaik untuk mementapkan jamaah.

Tulisan yang menyokong Dr aziz dan menghentam tulisan ustaz idris, yang satu lagi menyokong ustaz idris dan menghentam Dr aziz, apa kesudahan dari sikap kita yang sedemikian, kita bimbang kesempatan ini dicanang oleh UmnGok untuk menyerang kita..

Pandangan Prof Dr Aziz perlu dilihat sebagai muhasabah dan pandangan yang perlu diteliti untuk membetulkan kesilapan yang mungkin ada dalam saf kepimpinan parti, perlu dilihat sebagai perkara positif untuk menguatkan pegangan kita terhadap asas dasar perjuangan PAS. Dr Aziz mungkin melihat dari segi tindakan serta kelakuan beberapa pimpinan PAS yang lebih berminat dengan pimpinan UmNgok daripada usaha keras menguatkan Pakatan Rakyat di semua negeri… bagi saya pandangan Dr Aziz Bari adalah kenyataan yang bukan menghentam tetapi atas alasan bimbang dan besar harapan beliau kepada Pimpinan PAS menerajui kebangkitan rakyat… perlu ada orang akademik pakar yang menegur dan memerhati PAS dari dekat dan jauh serta memberikan pandangan untuk memperbaiki kelemahan dari apa yang dilihat supaya Harapan yang Besar kepada PAS tidak disia-siakan.. Namun sebagai manusia biasa Prof Dr Aziz tidak sepatutnya melabelkan nama2 pimpinan PAS sebagai pro Umno serta meletakan sebab kekalahan PAS di Bagan Pinang kepada beberapa tokoh dalam PAS..juga tidak adil jika meletakan pimpinan PAS selangor menjadi libaliti kepada PAS… sebelum menjatuhkan hukuman tak sepatutnya seorang hakim itu menjatuhkan hukuman dengan mendengar sebelah pihak tanpa mendapat keterangan dan kepastian dari tertuduh…dapatlah keterangan dari mereka yang berhak memberikan penjelasan..soal jamaah bukan soal yang boleh diambil di kaki lima jalan atau di lorong2 sempit..

Tulisan Ustaz Idris selaku Ketua Penerangan PAS Pusat mempertahankan Datuk Seri Presiden juga adalah tindakan yang tepat, Tahniah diucapkan kepada Ustaz Idris..dengan hujjah yang dikemukakan oleh beliau memberikan jawapan dari setiap perkara yang ditimbulkan oleh Dr Aziz. Ustaz Idris memilih jalan dan cara jawapan yang tepat dengan menggunakan tulisan untuk menjawap tulisan..Tahniah sekali lagi kepada Ustaz Idris..

Bagi kita, janganlah mengeruhkan keadaan seperti disebut oleh Sdr Aris Awang, ustaz idris membalas penerajang dengan penampar..apa maksudnya..kalau bukan untuk mengeruhkan keadaan…
Berlapang dadalah apabila dikritik, ditegur,

Yakinlah, semua kepimpinan PAS di Pusat dan negeri telah memainkan peranan dan tugas yang baik seperti amanah yang diberikan jamaah..

Bagi saya, saya mengucapkan terima kasih kepada Prof Dr Aziz Bari serta berhati-hati apabila menyentuh soal jamaah, dan ucapan tahniah kepada Ustaz Idris…

Rabu, 21 Oktober 2009

terCalaR SPRM yang dah calaR2

banyak benda dah terjadi dalam negara kita nie, bila pakai pakar tempatan je mesti ada benda silap..dulu masa highlandTower runtuh pun kena pakar Asing baru laaa jumpa mangsa tetimbus, dulu masa ekonomi merudum pun kena guna khidmat pakar ekonomi asing, nak beli heli pun kena pakai pakar asing,... kes mendiang teoh beng hock, bila pendedahan dibuat pakar forensik asing barulah nampak kesamaran yang selama ini ditutup....apa nak jadi dengan 1Malaysia..

SHAH ALAM, 21 Okt [8.35 pm] - Seorang ahli patologi terkenal Thai, Dr Porntip Rojanasunan memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa terdapat 80 peratus kemungkinan homisid dan 20 peratus kemungkinan bunuh diri dalam kes kematian pembantu politik Teoh Beng Hock (foto). Ketika memberi keterangan dalam bahasa Inggeris, wanita itu berkata Teoh mengalami beberapa kecederaan sebelum jatuh dan mati selepas disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor. Beliau berkata kecederaan ke atas Teoh termasuk tusukan di bahagian dubur, kesan melelas di paha dan lebam cekek di leher, dan ini tidak sejajar dengan keadaan jatuh dari tempat tinggi. Pakar berusia 54-tahun itu, yang diminta oleh kerajaan Selangor untuk memberi keterangan mengenai sebab kematian Teoh, berkata hasil siasatannya berdasarkan laporan autopsi, Dr Khairul Azman dan Dr Prashant Naresh Samberkar serta gambar bedah siasat yang dibekalkan kepadanya. Teoh, pembantu politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, dijumpai mati pada 16 Julai di tingkat 5, Plaza Masalam selepas memberi kenyataan dalam kes mengenai dakwaan salahguna peruntukan negeri di pejabat MACC Selangor yang terletak di bangunan yang sama. Dr Porntip kini Ketua Pengarah Institut Sains Forensik Pusat, Kementerian Kehakiman, Thailand, dan mempunyai 27 tahun pengalaman dalam bidang sains forensik. Pakar Thai itu tiba di mahkamah pada jam 8.50 pagi. Beliau turut mengadakan tayangan slaid bagi membantu mahkamah memahami keterangannya. "Dari gambar post-mortem, saya dapati ada kesan lebam di bahagian kanan leher, yang kami (pakar patologi) panggil ''handle bruise'', dan kecederaan ini selaras dengan kecederaan disebabkan cekekan," kata Dr Porntip yang telah mengendali lebih 10,000 bedah siasat. Beliau berkata kecederaan itu tidak dinyatakan dalam laporan autopsi disediakan oleh Dr Khairul Azman dan Dr Prashant, yang telah diberikan kepadanya untuk diperiksa.

dari :pahangonline.blogspot.com

putra Raja 1Malaysia

PUTRA 1MALAYSIA TAK DOK DIAM SETELAH DIKARATE
Setelah menggemparkan 1Malaysia dengan berita Ketua Putra anak Raja 1Malaysia dikarate tengkok dengan ilmu dalaman pada PRK N.31 bagan Pinang… Dato’ Azeez kini menyusun perancangan baru dengan mengumpulkan 5juta ahli putra2 anak Raja 1Malaysia.. termasuklah sasaran budak2 sekolah dan lepasan sekolah yang berminat menyertai Putra anak raja 1Malaysia… perkara ini dikabarkan oleh sumber yang boleh dipercayai..Ini kerana ingin mengambil hati bakal Putra anak raja 1Malaysia dengan pelbagai Tawaran yang disediakan, termasuklah skim2 yang mengiurkan (skim dan tawaran akan dinyatakan kemudian).. kemuncaknya ialah dengan menubuhkan Bank Putra 1Malaysia menawarkan pinjaman pembiayaan pendidikan, perniagaan, pribadi dsbnya…

So..sahabat2 pemuda..teruskan kerja kita mendepani cabaran menongkah arus deras menuju puncak memartabatkan islam… wahaiii anak-anak…sayangi islam dan perjuanganyaaa…

Isnin, 19 Oktober 2009

hindarKan DiRi MeJadi PenYeBab

JanGan KITA yaNg PeNyebaBnYa

Muhasabahlah diri kita dengan seadil-adilnya, bukakan matahati, lapangkan kepala, bersihkan diri dengan wuduk, renung sedalam-dalamnya dalam hati sanubari…. Adakah kita menjadi penyebab rakan2 sahabat2 semakin jauh dari jamaah, sukar untuk diajak bersama-sama memikul amanah, ataupun oleh kerana sababat tidak bersama kita ataupun tidak nampak waktu program, kita dengan mudah menghukum sahabat2… ADAKAH KITA MENJADI PENYEBAB SAHABAT2 SEMAKIN JAUH DARI JAMAAH?? Insafilah diri… renungkan salah silap dengan hati yang terbuka…..
Al Ustaz Mustafa Masyhur (beliau adalah mursyidul am Ikhwan Muslimun, meninggal pada tahun yg sama dengan Us.Fadhil Noor, mursyidul am Ikhwan sekarang ialah Syeikh Hamdi Aqif), beliau berkata dalam bukunya min fiqh al dakwah, “adalah menjadi satu dosa jika sekiranya kita menjadi penyebab orang semakin jauh dengan jamaah dan amal islami, oleh itu peliharalah adab dan akhlak. Kebajikan yang berterusan apabila kita menjadi penyebab orang meminati perjuangan islam serta ingin menyertainya sehinggalah dia berjaya memahamkan islam kepada manusia”.

Sama-sama membina kekuatan Jamaah.. bekerja, berfikir untuk menguatkan jamaah adalah tanggungjawab.

insaFilah dengan N.31 BP

Kekalahan PAS di Bagan Pinang merupakan peringatan Allah kepada kita, supaya kita tidak leka, tidak syok sendiri…. Inilah masanya untuk PAS menyusun strategik dan pendekatan yang lebih baik menghadapi pilihanraya bila2 masa pun, bersedia di mana jua keadaan. Kekalahan ini menginsafkan kita, kekuatan yang dimiliki, pengaruh yang ramai, program yang banyak serta mendapat sambutan, tidak memenangkan jika tidak diizinkan Allah… so pergantungan dan taqarrub kepada Allah di mana situasi kita berada adalah tersangat penting….
Saya paparkan sedikit analisa sahabat yang menyertai petugas ke n.31 Bagan pinang
1. Bagan Pinang mengajar kita jangan syok sendiri, berbangga dengan kekuatan sehingga mengabaikan kekuatan yang sebenar adalah dari Allah.
2. Kita terikut dengan rentak yang dimainkan UBN, sehinggakan hampir semua propaganda UBN kita layan sehingga program temui semua pengundi terjejas dan siri penerangan rumah ke rumah sangat sedikit.
3. Sangat yakin dengan kemenangan dengan result PRK sebelum ini di semenanjung berpihak pada PR.
4. Parti2 dlm PR nak menonjolkan diri, pakat nak tunjuk teror… nak cipta nama…

Pengajaran di Bagan Pinang akan menyatukan kita menyusun sof menghadapi UMNGOK khususnya di 1Baling.

Jumaat, 16 Oktober 2009

saYANGI dAsAR PERjUANgAN iSLAM

KEMBALI KE DASAR PERJUANGAN KITA…
(hasil liqa’ bulanan DPPB 16 oktober 2009 di MPKB)

Ketika berjaya menawan Baitul Maqdis di Ilya’ Palestin, tentera islam bergembira dan merayakan kemenangan tersebut dengan satu keraian, Panglima Tentera Islam, Abu Ubaidah A’mir Ibnu Jarrah menyedari bahawa Amirul Mukminin Saidina Umar Ibnu al Khattab tidak bersama mereka, lalu beliau keluar mencari Amirul mukminin, didapati Saidina Umar berada di kemahnya, sedang sujud, sujudnya sangat lama… setelah selesai, Abu Ubaidah menghampiri Umar.. yaa subhanallah.. amirul mukminin menangis…air mata membasahi pipi, Amirul mukminin menangis di malam kemenangan, kenapa menangis di malam kemenangan, impian orang islam untuk bersembahyang bertakbir bertahmid bertasbih di Masjid al Aqsa menjadi kenyataan pada hari ini… orang yahudi nasara serta pendita dan paderi mereka tunduk kepada pemerintahan islam di bawah kepimpinan Amirul Mukminin Umar al Khattab….. Amirul Mukminin sendiri yang membuka Baitul Maqdis….. kenapa tidak bergembira..

Abu Ubaidah bertanya, “kenapa engkau menangis di malam kemenangan ini wahai amirul mukminin”, jawab Saidina Umar, “aku bimbang jika sekiranya dibentangkan kepada kamu dunia, kamu leka denganya, menyebabkan kamu berbalah sesama sendiri”….khutbah pertama Saidina Umar di Baitul Maqdis, saya yakin sahabat semua pernah mendengarnya iaitu, “KITA ADALAH SATU KAUM YANG DIMULIAKAN ALLAH DENGAN ISLAM, JIKA SEKIRANYA KITA MENCARI SELAINNYA KITA AKAN MENDAPAT KEHINAAN DARI ALLAH”. Itulah dasar yang sangat jelas diletakkan oleh Saidina Umar memperingati tentera islam dan umat seluruhnya bahawa jangan sampai dengan anugerah kemenangan yang diberikan Allah kepada kita, menyebabkan kita lupa dasar perjuangan islam yang kita perjuangakan selama ini.

Dasar yang diletakkan oleh pimpinan kita dalam bahtera perjuangan PAS ini adalah jelas, Al Quran, Hadis, Ijmak & Qias. Ke arah menegakkan daulah islamiah, kerajaan islam, segala sistem yang memerintah dan mentadbir negara mestilah tunduk kepada Allah dan Rasul. Syariat islam memerintah dan memandu kehidupan manusia. Keyakinan kita, syariat islam yang terbaik, sistem islam yang paling sesuai, islam berjaya merentasi zaman dan waktu, islam is the way of life……

Di dalam berpolitik, kita mengejar kemenangan, bekerja bertungkus lumus memikat pengundi untuk menyokong perjuangan islam. Sokongan yang ramai akan memenangkan parti islam… kemenangan perjuangan kita adalah untuk memartabatkan syariat islam…. Kerana islam itu ad din dan ad daulah, agama yang mengatur kehidupan dan agama yang memerintah mentadbir… namun jangan sampai kita gadaikan dasar perjuangan setelah mencapai kemenangan… al Qardawi menyebutkan dalam risalah as sohwah al islamiah, “Uslub atau cara pendekatan dakwah berubah mengikut kesesuaian masa, zaman dan tempat. Tetapi prinsip dasar perjuangan islam yang di dokong ikhwan al muslimun tidak pernah berubah…”
Oleh:sayangPAS4ever
Sambungngan lain kali

Mengenai perkara ini saya berminat untuk mengambil intipati tulisan buku al Qardawi yang bertajuk al Ikhwanul Muslimun ba’da murur thamanina a’man yurashidu as sohwah – al harakah al Islamiah al A’lamiah (Ikhwan al Muslimun setelah berlalunya 80 tahun memimpin kebangkitan gerakan islam dunia). Sebagai maklumat untuk kita semua pendokong gerakan islam.

Khamis, 15 Oktober 2009

TIaDa nOkTah pERjUaNgAn iNi

Assalamualaikum...Salam perjuangan untuk semua, semoga kalian sihat sejahtera mendapat rahmatNya sepanjang masa, mendapat petunjuk hidayah dariNya di atas semua tindakan demi melihat syariat Allah memerintah dan memandu kehidupan manusia seluruhnya...

sejak 2 artikel ana disiarkan di blog kerdil ini, alhamdulillah syukur kepada Allah, ana menerima banyak teguran, kritikan komen pendapat dari rakan2 yang melihat masa depan islam dan perjuanganya lebih penting serta memerlukan mahar yang tinggi untuknya, ramai rakan2 sahabat2 yang inginkan pepecahan persengketaan permusuhan dendam kesumat dalam jamaah dinyahkan, dinyahkan jauh-jauh-jauh... alhamdulillah syukur kepada Allah... doa rabitah yang dibaca setiap perjumpaan liqa' membuahkan hasil yang sangat berharga.. hati-hati ini bersatu berhimpun kerana kasihsayangMu, bertemu mematuhi arahan ketaatanMu, bersatu bertekad hanya untuk dakwah agamaMu, terikat ikatan janji untuk menjulang agamaMu...aminnnn...

ana teringat kata2 al marhum Ustaz Fadhil Noor sewaktu mengiringi beliau melawat tembok BERLIF di Sinai, Egypt.. tembok berlif yang dibina oleh tentera jerman sewaktu Peperangan 6th Oktober tidak dapat dimusnahkan kecuali dengan menggunakan bom seperti di Hiroshima... namun dengan takdir Allah tembok ini musnah dengan pancutan air oleh tentera islam yang dipimpin oleh seorang ulama yang bernama syeikh hafiz salamah (sorang pimpinan ikhwannul muslimin yg dilantik sebagai ketua komander untuk menghadapi israel).. diwaktu itu tentera islam di pasak kekuatan dengan roh ukhuwwah islamiah yang jitu....(nati cite len..panjang bro...)

Ustaz Fadhil berkata, "kita bukan sahaja disuruh untuk menjadi islam sahaja, bahkan kita disuruh untuk berkerja beramal bertugas pikir untuk menguatkan islam, pikir macamana cara untuk menguatkan islam dan meletakan islam di atas. enta faham ka ndak???" ana dan rakan buat-buat kerot muka (tanda tak brapa faham), ustaz menambah lagi, "kita nie bukan nak jadi orang PAS saja, kita kena pikir bekerja beramal untuk memperkuatkan PAS..kuat pas sorang2 dia saja xjadi lagu tu....", sorang teman bertanya, "kalau macam tu ustaz..kami nak bantu PAS mcmana.." Ustaz menjawab.."mengaji sungguh-sungguh, faham diri enta semua berkaitan islam, itulah sumbangan terbesar enta pada PAS.." pada masa tu ana tak berapa faham ungkapan al marhum.. sekarang barulah faham sikit2 dengan bantuan teman2...

berfikir macamana untuk menguatkan PAS, adakah pepecahan, persengketaan, bermusuhan, saling hina menghina, kutuk mengutuk, dok belaga hang aku, ADAKAH SEMUA INI AKAN MENGUATKAN PAS????? jawapan itu pasti ada dalam dada kita semua, sama2 berusaha, berdoa bermunajat.....

oleh:SayangPAS4ever
akan bersambung lain kali

Selasa, 13 Oktober 2009

kepda HULUBALANG persengketaan

KEMBALIKAN RASA KASIH DAN HORMAT…..
Di dalam melayari bahtera perjuangan ini pasti pelbagai dugaan, cubaan & halangan akan ditempuhi di hadapan,asam garam perjuangan.. namun perlu diingat perjalanan ini tidak masam dan masin berpanjangan selama lamanya. Di sebalik asam garam yang merupakan sunnah orang berjuang, akan tersemat madu yang amat manis, asam garam adalah manis bagi seorang pejuang, manis yang hanya akan dirasai oleh orang yang memiliki kekentalan semangat waja perjuangan…penat letih pokai wang ringgit adalah mahar yang perlu dibayar oleh orang yang berada atas landasan perjuangan ini,

Begitulah indah hidup seorang pejuang..

Tetapi..jika jamaah ini tidak lagi dipedulikan, tarbiah anggota diabaikan, sulaman nur tidak lagi jadi panduan, pepecahan dibiar menjalar, persengketaan tiada noktah, nasihat teguran dianggap mencabar kewibaan, tunggu lah…..tunggulah hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan… tunggu laaaaa..
Perkara ini akan menyebabkan seorang pejuang menitiskan air mata, terlalu sukar diterima kesumat ini berada di landasan perjuangan yang suci, cahayanya semakin malap dengan sikap anggota…..

Perbalahan, persengketaan, demdam kesumat dalam jamaah ini akan mengakibatkan pepecahan yang semakin parah… akan terjadi 6 golongan, per1 golongan yang menyokong A, per2 golongan yang menyokong B, per3 golongan yang tak mau amik peduli langsung A&B, per4 golongan yang terasa kecewa dengan sikap ini dan mengambil jalan tidak mempedulikan jamaah, per5 golongan yang sentiasa berusaha mencari titik pertemuan untuk mengembalikan keharmonian dalam jamaah..per6 golongan yang menghentan kedua2 pihak.

Dimanakah kita berada…..dimanakah kita berada, saya menyeru rakan2 seperjuangan marilah kita menjadi golongan yang ke5, mencari titik pertemuan antara kita, kita mengakui setiap kita ada kesilapan dan kelemahan, alangkah indahnya..jika kelemahan yang ada pada pihak A dapat ditampung dengan kebaikan pihak B, kelemahan dan kekurangan pihak B dapat ditampung dibaiki dengan kelebihan yang ada pada pihak A… itulah hakikat jamaah yang sebenar, saling bantu membantu, tolong menolong, menutup kelemahan sahabat dengan kelebihan yang ada pada sahabat yang lain, berlapang dada dengan kelemahan diri dan berusaha memperbaiki kelemahan tersebut..itulah kemanisan perjuangan,

Jangan letakan diri kita lalat hijau yang merosakkan ikan…jadilah seperti garam yang memelihara ikan dari busuk dan semakin menyedapkan isinya yang tawar.. Jangan jadikan diri kita sebagai hulubalang kepada persengketaan ini….

Oleh : sayangPAS4ever
Bersambung lagi akan datang

Isnin, 12 Oktober 2009

BERBANGGAKAH KITA DENGAN PEPECAHAN INI

Mencari titik pertemuan yang semakin hilang….semakin jauh dan semakin kabur

Adakah perbalahan permusuhan perseteruan akan selamanya terjadi di dalam satu landasan perjuangan, ketika bapak PM melaungkan 1Malaysia Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan… kita memandang sinis ucapan keramat PM 1Malaysia nie..bahkan ucapan ini secangkir pun tidak terpahat di hati..ibarat menyimbah air ke daun keladi, ibarat menimba air dengan raga plastik..lansung tidak terkesan.. dengar kata berjuta ringgit dihabiskan untuk kempen 1Malaysia nie..kononya nak memahamkan rakyat yang sememangnya takan mengambil faham…buat dono je…

Kenapa ketika Umno 1Malaysia bertungkus lumus mengambil hati rakyat dengan istilah2 yang direka cipta, dengan slogan2 dekat hampiri rakyat.. Program2 ziarah untuk memaut semula hati rakyat yang semakin jauh dengan umno, mengamit simpati penduduk kota dan desa, tiba-tiba peluang ini kita gunakan untuk semakin jauh dengan ikhatan ukhuwwah yang sudah pun terpacak sekian lama..kita sendiri yang mencipta jurang pemisah antara ahli2 pimpinan2 jamaah untuk terus saling menyalahkan antara satu sama lain..melihat kepentingan individu (bidu-bidu kata sorang teman) lebih penting dari kepentingan jamaah…

Seronokah kita dengan permusuhan ini, berbanggakah kita dengan pepecahan yang semakin sukar untuk disatukan, retak yang menanti masa untuk pecah berderai bertaburan…

Adauhai rakan-rakan, teman-teman seperjuangan, saya amat yakin, tersangat yakin, ramai yang merindui saat2 kita bekerja seperti dulu, berat sama dipukul, ringan sama dijinjing, hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama-sama…………(sambung seniri laaa), kelemahan diri ditutup dengan kelebihan pada anggota jamaah lain…setiap manusia ada kelemahan, kelemahan itu perlu dibantu dengan kelebihan yang ada pada teman2 yang lain…

Oleh : SayangPAS4ever
Bersambung di lain kali

Muslimah Berpurdah Menemui Rasulullah

Muslimah berpurdah datang menemui Rasulullah SAW

Abu Daud meriwayatkan daripada Qais bin Syammas r.a bahawa beliau berkata,“Telah datang seorang perempuan berpurdah yang dikenali sebagai Ummu Khallaad kepada Nabi SAW. Beliau bertanyakan Rasulullah SAW mengenai anaknya yang terbunuh. Sebahagian daripada sahabat r.a berkata kepadanya, Kamu datang bertanya tentang anak kamu sedangkan awak menutup muka (berpurdah)?. Beliau menjawab, “Jikalau malang telah menimpa anakku, ia tidak akan menimpa maluku.

Rasulullah SAW tidah menyuruh perempuan itu menanggalkan purdahnya.

Hadis ini disebut oleh Imam al Haitami di dalam kitab majma’ al zawaid jilid 10 ms 192. Dia menyatakan bahawa Imam at Tabarani meriwayatkan hadis ini dengan sanadnya yang baik. Hadis ini juga disebut dalam sunan Abu Daud di dalam bab Jihad hadis bernombor 2488.

Jumaat, 9 Oktober 2009

SPR AUTA DIKESAN...KEMUNGKINAN PENIPUAN BERLAKU PADA PENGUNDIAN POS

YB Salahuddin Ayub sedang membandingkan 2 dokumen yg berbeza kepada media di Sidang Media pagi tadi. Lain yg diberi, lain yg diguna pakai di tempat pengundian dilakukan (undi Pos)
PAS menuntut Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menghentikan serta merta proses pembuangan undi pos kerana badan pelaksana itu tidak menggunakan daftar pemilih rasmi yang sah.Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pagi tadi menegaskan tindakan SPR itu bertentangan dengan Peraturan 14A Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya) 1981.Statut tersebut berbunyi: “Daftar Pemilih yang dikemukakan kepada calon pada hari penamaan calon HENDAKLAH merupakan naskah sahih daftar pemilih yang akan digunakan oleh pegawai pengurus dan ketua tempat mengundi mana-mana tempat mengundi pada hari mengundi…”Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian meragui proses penyerahan Sampul Keutamaan yang dipercayai bertentangan dengan peraturan 14A, yang lain kerana tiada pengarahan bertulis kepada pengundi-pengundi yang gagal dikenal pasti.Ujarnya lagi, terdapat beberapa kes di mana isteri kepada pegawai tentera yang sebenarnya tidak mempunyai kad pengenalan tentera pun, terdapat dalam senarai daftar pemilih undi pos.Dalam kes yang berkaitan, Salahuddin juga menjelaskan bahawa terdapat beberapa pegawai tentera yang dikenali sebagai penyokong tradisi Pakatan Rakyat, turut digugurkan dari senarai daftar pemilih tidak rasmi yang digunakan SPR di dalam Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDAR) semalam.Bagaimanapun, Salahuddin berkata, proses pembuangan undi awam boleh dilaksanakan seperti biasa pada 11 Oktober depan.

Tegasnya lagi, jika SPR tidak membatalkan proses pengundian Pos serta merta, akan mengganggu keabsahan keputusan pilihanraya N31 itu kelak.Ditanya tentang tindakan PAS serta Pakatan Rakyat seterusnya, Salahuddin menjelaskan bahawa suatu pasukan perundangan sedang membuat semakan akhir.Pakatan Rakyat dan PAS juga dijadualkan bertemu SPR dalam masa terdekat, sama ada di sini (Bagan Pinang) atau di Putrajaya.Semalam, PAS mencadangkan SPR membuat injunksi, sehingga kedua-dua daftar pemilih N31 benar-benar putih.Pendedahan terbesar tersebut, menjadikan SPR tidak mempunyai alasan untuk menolak segala cadangan PAS sebelum ini.
SUMBER :rakan2 blogger

Khamis, 8 Oktober 2009

PENGHARAMAN PURDAH

PENGHARAMAN PURDAH ATAS ALASAN KESELAMATAN…

“Pengharaman purdah atas alasan keselamatan dan kesempatan yang diambil oleh pihak tertentu untuk memalsukan identiti”

Menggunakan istilah pengharaman adalah suatu yang sangat perlu diteliti, ianya akan menyebabkan pandangan serong masyarakat terhadap muslimah yang memakai purdah. Walaupun isu ini remeh bagi sesetengah orang, namun perlu diingat bahawa syariat Allah yang berkaitan halal haram serta melonggarkan hukum ini bersesuaian masa tempat perlu dilihat kepada maslahah untuk islam.. bukanya hanya memberikan alasan sahaja.
Berkaitan purdah.. fokuskan mengenai muamalah lelaki dan perempuan dan keharusan yang diletakan oleh syariat supaya mengenali antara satu sama lain dalam memudahkan urusan dengan maksud boleh melihat wajah perempuan ketika bermuamalah seperti berjualbeli, sewaan, gadaian, wasiat, kehakiman dan sebagainya..namun perlu dingingat keizinan ini hanyalah untuk melihat wajah sekadar mengenali tuan empunya badan untuk berurusan untuk mengelak berlakunya penipuan atau pemalsuan, setelah dikenali dan diyakini tiada penipuan dengan tuan empunya urusan maka ketika itu, muslimah itu berhak untuk menutup kembali wajahnya.. tidak boleh dipaksa untuk membuka wajah sepanjang masa berurusan..
Sebagai contoh yang disebutkan oleh al Qardawi, bahawa seorang hakim boleh memerintahkan seorang wanita yang terlibat dalam perbicaraan berkaitan kehakiman supaya mempamerkan wajahnya untuk mengenal pasti identiti individu yang terlibat dalam kes..setelah dikenal pasti, wanita itu berhak menutup kembali wajahnya tanpa halangan, hak wanita tersebut untuk mendedahkan wajahnya atau membukanya sepanjang perbicaraan.
Persoalan ini diketengahkan supaya kita tidak terseret dengan kehendak mainan musuh global yang melabelkan muslimah yang berpurdah jahat, jumud, tidak bertamadun serta sangat mengerikan.. fukaha’ telah menjelaskan terperinci persoalan ini supaya kita sebagai muslim mukmin menyanjungi menghormati kehendak muslimah yang ingin menjaga pandangan kita dari panahan iblis laknatullah..

“masyarakat merasa kurang selesa dengan wanita berpurdah”.
Adakah alasan ini sesuai untuk menyalahkan wanita berpurdah, sangat dangkal, sepatutnya masayarakat itu yang perlu disalahkan, masyarakat yang tidak memahami perkara yang sepatutnya mereka fahami,
Patutkah kita menghalang muslimah yang berpegang dengan agamanya daripada memakai purdah sedangkan di sana masih ramai wanita2 islam yang mendedahkan aurat, menampakan tubuh mereka yang tidak diizin oleh syariat. Sedangkan pakaian2 yang menampakan tubuh, atau menyifatkan tubuh badan wanita atau tidak menutup selain dari muka, tangan, kaki yang terdiri daripada anggota badan yang lain merupakan pengharaman secara ijmak. tidak berani menegur mereka atas alasan kebebasan individu (bidu-bidu), padahal soal muslimah yang berpurdah tidak pula dinyatakan kebebasan. Berpurdah adalah kebebasan yang diberikan oleh syarak..terpulang nak memakainya atau tidak, jangan meletakan diri kita lebih besar dari syariat…

Bersambung esok..insyaAllah
Wanita berpurdah datang menemui Rasulullah SAW mengadu hal mengenai anaknya yang terbunuh..

Rabu, 7 Oktober 2009

pandangan al Qardawi berkaitan purdah bida'ah hanya budaya

PURDAH….
Al-Azhar haram purdah
Ulama Mesir dakwa amalan bukan kehendak IslamKAHERAH: Imam al-Azhar, Muhammad Sayyed Tantawi, bercadang mengharamkan penuntut wanita memakai purdah ketika berada di dalam kampus dengan memberikan alasan keselamatan.Akhbar al-Masry al-Youm melaporkan, cadangan Muhammad tercetus ketika dia melawat sebuah sekolah menengah awal minggu ini.“Purdah tidak ada kena mengena dengan Islam, sebaliknya hanya budaya,” katanya.
Muhammad kemudian mengumumkan akan mengeluarkan arahan melarang penuntut wanita memasuki Universiti al-Azhar jika mengenakan purdah. “Purdah bukan ajaran Islam. Saya lebih tahu mengenai agama berbanding ibu bapa kamu,” katanya.Sementara itu, sumber berkata, polis menerima arahan lisan melarang pelajar wanita memasuki al-Azhar, selain menguatkuasakan arahan sama di sekolah menengah dan beberapa dormitori universiti di
Kaherah. Arahan itu dilihat sebahagian daripada kempen kerajaan membanteras pengaruh golongan konservatif tegar di Mesir.Seorang ulama, Abdel Moati Bayoumi, berkata ulama al-Azhar akan menyokong Muhammad jika dia mengeluarkan perintah itu. “Kami sependapat purdah bukan kehendak agama.“Taliban memaksa wanita memakai purdah dan fenomena itu semakin menular.“Kini sampai masanya ia dibanteras,” katanya. - AP

Laporan harian metro 7hb oktober 2009 ini dibaca oleh kebanyakkan rakyat 1Malaysia, saya merasa terpanggil untuk menyingkap semula hasil bacaan saya mengenai isu ini yang pernah dijelaskan oleh Prof Dr Yusuf al Qardawi di dalam risalah tarsyid berkaitan isu purdah ini secara ilmiah. Alhamdulillah risalah ini saya simpan dengan baik.. isu ini pernah diutarakan oleh Prof Bahauddin yang menulis dalam Akhbar al Ahram (di antara akhbar yang terlaris di Mesir) setelah beliau menyatakan bahawa berpurdah ini menyusahkan serta memberi tanggapan buruk kepada islam, seterusnya beliau dengan musah menyebutkan bahawa berpurdah adalah amalan bida’ah dholalah (perkara baru yang direka bertentangan dengan syariat islam)..serta beliau menyebutkan seorang syeikhul azhar ketika itu merestui pandanganyaa..
Prof Dr Yusuf al Qardawi menyatakan bahawa syeikhul azhar ketika itu ialah Syeikh Jaad al Haq.. al Qardawi menghubungi Syeikh Jaad al Haq meminta penjelasan, Syeikh Jaad al Haq menyatakan bahawa itu ialah Buhtanun A’zim (pembohongan yang besar)…
Begitulah nama syeikh azhar sejak dulu dijadikan mainan pihak tertentu menguatkan hujjah batil mereka, sampailah ke hari ini sekali lagi kemungkinan besar nama syeikh azhar digunakan untuk tujuan jahat.kemungkinan…xpasti…

“Purdah tidak ada kena mengena dengan Islam, sebaliknya hanya budaya,” katanya.
Pandangan ini adalah pandangan yang sangat tidak ilmiah dan tidak objektif.. al Qardawi menjelaskan tidak seorang pun di kalangan ulama islam di zaman lampai atau moden yang menyatakan pengharaman memakai penutup muka pada perempuan2 islam melainkan ketika berihram sahaja. Perselisihan pendapat pemakaian purdah ini hanyalah kepada hukum wajib, sunat dan harus.

Al Qardawi menyebutkan lagi bahawa pendapat yang mengharamkan purdah ini tidak diketahui asalnya serta ianya lahir dari orang yang bukan ahli dalam syariat.

Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan, syariat islam ini berat tetapi tidak membebankan, isu purdah adalah perkara khilafiah yang tidak boleh dibesar-besarkan, tidak salah jika seorang muslimat mendedahkan mukanya, kerana ini adalah pendapat yang kuat, juga tidak salah seorang muslimah ingin menutup mukanya kerana ada maslahahnya. Tetapi menjadi kesalahan jika memaksa seseorang muslimah yang berpurdah mendedahkan mukanya atau memaksa seseorang menutup mukanya.
Memaksa golongan yang tidak berpurdah memakai purdah dan memaksa golongan berpurdah menanggalkan purdah adalah dua perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Meraikan pendapat selagi ada hujah syarak adalah sangat2 baik. Sekian terima kasih
Perbahasan ini terlalu panjang dalam Risalah Tarsyid-Niqab lil muslimah oleh Prof Dr Yusuf Abdullah al Qardawi…

Isnin, 5 Oktober 2009

suara rakyat akan memalukan umno di bagan Pinang

Asalamualikum... salam sejahtera
sejak mengenali blog..terasa betapa hebatnya hebahan maklumat buat tatapan rakyat untuk mencari kebenaran dan kepastian isu yang dikuasai pihak tertentu, terima kasih blogger2 yang tak jemu2 menyalurkan media tepat pasti untuk tatapan rakyat yang tau bahasa... tapi yang pasti masih ramai yang dok nganga lagi terutama geng dok berkhiblatkan utusan meloya dan brita heran.. geng macam nie sudah nak hempuk, rebuih sampai abih air dalam kawah, xhempuk2 juga, tapi jangan tauk.. simpan je bagi lembu makan..kaidak pun buat tukun ikan kat kolam..

sejak pilihanraya ke 12 berlaku berlaku PRK, tujuh dimiliki oleh PK manakla UBN hanya 1, Bagan Pinang adalah maruah umno.. jika kalah..toksah dok cakap laaaaa.....

Sabtu, 3 Oktober 2009

kesian anak raja sorang nie

al kisah.....anak raja sorang nie mengadu kena penumbuk dengan 9 petugas pas