Rabu, 31 Mac 2010

YB PAS KEBAL KE????




Kekebalan wakil rakyat PAS menjadi kebanggaan pendokong perjuangan PAS…realiti ini tiada siapa pun boleh menafikan sifat amanah dan setiakawan yang ditunjukan.. biarpun pelbagai mehnah cabaran yang terpaksa dilalui untuk mencapai tahap ini…

JIKA ORANG BERTANYA KENAPA TIADA WAKIL RAKYAT PAS TIDAK MENGKHINATI PR.. TIADA MELOMPAT PARTI?????

JAWAPAN INI ADA DALAM SETIAP JIWA PEJUANG PAS..KENAPA DAN MENGAPA.. HANYA ORANG YANG MERASAI MANIS PERJUANGAN SAHAJA TAHU AKAN JAWAPANYAA… HANYA DENYUTAN NADI SAHAJA YANG TAHU …. ALHAMDULILLAH… BERSYUKUR KITA KERANA DIPILIH MENJADI AHLI JAMAAH DAN MENDUKUNG PERJUANGANYA…

Sabtu, 20 Mac 2010

NASIHAT US. NIK ABDUH NIK ABD AZIZI DI PERASMIAN MESYUARAT PEMUDA BALING






Bertempat di Dewan Masjid Ridwaniah Pekan Baling...DEwan Pemuda PAS Kawasab Baling berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke28...Perasmian disempurnakan oleh Ybhg. Ustaz Nik Mohd Abduh Bin Nik Abdul Aziz, AJK Dewan Pemuda PAS Pusat merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Pengkalan Chepa Kelantan.. kehadiran beliau dinanti ramai pemuda2 yang datang dari segenap pelusuk Baling yang memenuhi Dewan Ridwaniah sejak pagi2 lagi...

Ucapanya dinanti...ketika berucap suasana dewan senyap sepi
Antara intipati Ucapan Beliau :
1. Amru bil ma'ruf nahyu anil mungkar (menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran) adalah tanggungjawab mukmin..
2. Di dalam membawa tugas besar ini, kita tidak akan dibiarkan senang dan selesa bersama jamaah. Pelbagai halangan dan rintangan akan dilalui adalah proses tarbiah untuk setiap pejuang.. pelbagai masalah di waktu ini telah meletakan PAS di atas landasan perjuangan yang sebenar.
3. Pelik dan hairan jika dikalangan pendukung gerakan islam bercakap islam atas nama bebas, takut meletakan diri sebagai pendakwah PAS, tetapi sebaliknya lebih selesa dengan gelaran pendakwah bebas.. bercakap dan berdakwahlah atas nama PAS kerana ianya akan memberikan kredit yang besar kepada individu (pahala dan ganjaran Allah) dan perjuangan...
4. tugas kita membetulkan kefahaman masyarakat berkaitan islam.. dengan mengenangahkan islam yang sebenar dan syumul dalam kehidupan..

Selasa, 16 Mac 2010

UMNO PEJUANG BANGSA.. BANGSA MANA????


nak kata pantun dak...syair pun bukan..gurindam pun rasanya tak.. lagu dak juga.. tak kisah laaaa...aku letakan nukilan seorangteman sebagai tatapan sahabat2ku

UMNgOk pejuang bangsa
Bangsa mana???
Bangsa yang bodoh piang..
Sanggup dibeli hanya sekupang dua
Maruah jatiriti tiada walau sekelumit…
Secangkir apatah lagi..

UMNgOk Juara rakyat….
Rakyat mana???
Rakyat buta matahatinya..
Ada mata tak mau melihat…
Ada hati busuk sampai ke usus…
Ada telinga pekak badak

UMNgOK one 1Malaysia
Kroni rasuah bermaharajalela
Duit rakyat macam duit bapak dia
Pada yahudi sembahan puja
Dilantik menjadi memanda tuan penasihat
Jabatan kerajaan dijadikan abdi
Menyusun memperkuda segala segi
Dari tukang cuci sampai hakim bestari
Tu tak kira lagi bapak polisi
Bapak SPeRMa pun ditungangi
Apakejadah pejuang macam nie

Habislah sudah idea modal peluru
Menghujani Ngeri Pakatan Rakyat
Dok kalut cari salah sana salah sinu
Terjumpa pula hutan mengkudu
Punyala terdesak ajak sakai lawan tok guru

Rakyat Bangsa bermaruah
Malu mengakui UMNgOk sebagai pembela
Apatah lagi juara dihati…
Takdak tempat dihati kami untuk UMNgOk
Patut letak saja di TONG SaMPAH

NuKilan : AmiEr al Husainy

Selasa, 2 Mac 2010

"NABI MUHAMMAD DILAHIRKAN OLEH SEORANG PEREMPUAN BUKAN ISLAM" ZAHAZAN MOHAMED


"NABI MUHAMMAD DILAHIRKAN OLEH SEORANG PEREMPUAN YANG BUKAN ISLAM....." INILAH KENYATAAN DARIPADA USTAZ ZAHAZAN MOHAMED KETIKA MENYAMPAIKAN CERAMAH MAULUD YANG DIRAKAMKAN DI MASJID SOLIHIN ALOR SETAR YANG DISISRKAN OLEG KEDAHFM JAM 2 PETANG BERTARIKH 2.03.2010 PADA HARI ISNIN....

SAYA MENDENGAR KETIKA PULANG DARI SEKOLAH DAN SANGAT TERSINGGUNG DAN TERGURID DENGAN KENYATAAN INI....RAMAI YANG MENDENGARNYA....

APA YANG SAYA KETAHUI BAHAWA DI DALAM SEBUAH BUKU YANG DIKARANG OLEH IMAM AL BAIHAQI YANG BERTAJUK "UMMAHATUN NABI" MENJELASKAN BAHAWA KETURUNAN NABI DI SEBELAH AYAH DAN IBUNYA ADALAH DARI KELUARGA YANG BERSIH (THOHIR).. BERSIH DARI SEGI AQIDAH DAN AKHLAK YANG KEJI... MANAKALA DI DALAM KITAB KIFAYATUL AWAM ADA MENYEBUTKAN "WAJIB KITA BERIMAN DAN MEYAKINI BAHAWA SESUNGGUNHNYA NABI mUHAMMAD SAW DI PINDAHKAN DARI BENIH LELAKI YANG BERSIH (THOHIR) KEPADA RAHIM PEREMPUAN YANG BERSIH (THOHIRAH).

BAGI SAYA INI ADALAH PERKATAAN YANG SANGAT BIADAP...

MOHON KOMEN DARI TEMAN-TEMAN....

Isnin, 1 Mac 2010

RASULULLAH MENGHADAPI PELBAGAI KARENAH UMMAH


Ungkapan pepatah arab ada menyebut….”manusia itu tetap manusia, di mana dia berada atau di di waktu mana dia hidup”.. manusia tetap manusia.. yang berbeza zaman, pakaian, masa dan tamadun kebendaan berubah..tapi yang dinamakan manusia itu tetap manusia.. tak pernah berubah.. kerenah dan pengangai kelakukan watak manusia berterusan tak berubah-ubah….

Sebab itulah JAHILIYYAH adalah satu ungkapan dari segi bahasanya adalah masa waktu sebelum dibangkitkan Nabi Muhammad menjadi rasul.. maksud jahiliyyah yang melibatkan zaman dan masa, namun maksud JAHILIYYAH dari segi jahiliyyah dan peradaban adalah watak manusia dan perangai kelakuan manusia yang menolak kebenaran keadilan dengan memilih kebatilan kepalsuan kezaliman.

Oleh itu..tidak heran pelik dan ajaib lah apabila watak perangai JAHILIYYAH itu muncul di zaman ini seperti bunuh anak sendiri, zina menjadi perkara biasa, arak diteguk tanpa rasa bersalah dsgnya.. WATAK JAHILIYYAH ITU AKAN ADA ORANG YANG MEMPERJUANGKANYA…. Orang memilih pilihan yang salah walaupun pilihan itu memang benar2 salah dan mendapat kejian… semata-mata hendakan matlamat tercapai… matlamat kecelakaan… bahkan di masa ini watak jahiliyyah semakin melampau2 melebihi jahiliyyah dan lebih dasyhat dari jahiliyyah… sehingga super jahiliyyah pun ada…

Oleh kerana manusia itu akan terpesona dengan kehidupan jahilyyah maka Allah berikan kitab panduan kepada umat islam dan mengutus rasul untuk membimbing mereka menuju kejayaan yang sebenar di dunia dan kebahagian di hari akhirat…

Rasulullah telah dididik oleh Allah dan memperelokkan didikanNya kepada Baginda..Empat golongan manusia didampingkan mereka dengan Rasulullah sebelum baginda dilantik menjadi Rasul..

1. Keluarga Halimatul Saadiah.. yang hidup di pendalaman, taraf pendidikan yang sangat rendah, miskin serbaserbi….
2. Dikembalikan kepada Bonda tercinta Saidatina Aminah..seorang ibu tunggal yang hidup sederhana
3. Abdul Muthalib.. seorang yang berpelajaran, pengarauh yang besar di semenanjung arab, pemimpin makkah yang sangat berkuasa..digeruni ketegasanya..dihormati, keputusannya tidak boleh dibantah…
4. Abu Thalib..seorang yang sederhana, berpengaruh, mempunyai tangungan yang ramai..Baginda banyak membantu pertanian dan perniagaan Abu Thalib…

Empat manusia ini mempunyai latar belakang yang berbeza, taraf pendidikan, harta benda , pengaruh dan kuasa…Oleh yang demikian, Allah yang Maha Bijaksana telah mendidik Nabi Muhammad untuk memdampingi 4 golongan ini sebagai persiapan Baginda menghadapi karenah manusia yang pelbagai, Oleh itu dalam menyampaikan Rislah Islam, Baginda berjaya menghadapi semua golongan, apa jua taraf mereka, kedudukan mereka, taraf pendidikan mereka… baginda berjaya menghadapimereka dan berjaya menyampaikan risalah Allah kepada semua manusia…