Sabtu, 28 November 2009

JEMPUTAN KENDURI KESYUKURAN PERKAHWINAN

ASSALAMUALIKUM...
SAHABAT2 TEMAN2

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI AMAT MENGASIHANI
SAYA ZAIRI AMIR WAHAB DENGAN INI MENJEMPUT SEMUA RAKAN2 TEMAN2 SAHABAT2 KE KENDURI KESYUKURAN WALIMAH SAYA PADA HARI SELASA 1 DISEMBER 2009 bersamaan 14 ZULHIJJAH 1430 ... beralamat di NO 261 KG SRI JAYA, FELDA TELOI KANAN O9300 KUALA KETIL KEDAH..DARULAMAN..

RUMAH SAYA DEKAT DENGAN KLINIK FELDA TELOI KANAN..

SEMUA DIJEMPUT...

Khamis, 26 November 2009

PENGORBANAN YANG DITUNTUT

Bila tibanya I'dulAdha ataupun raya haji atau raya korban... ramai yang bercakap berkaitan bekorban..semua lapisan usia bercakap mengenainya, pelbagai latarbelakang pendidikan juga bercakap mengenainya...dari golongan bawahan sampailah menteri2 1Malaysia.. Maka banyaklah kerbau lembung termasuk kambing dan unta dijadikan sembelihan korban bagi menyemarakan maksud korban pada pikiran masing2.. sapa yang korban banyak binatang haiwan ternakan dialah yang paling hebat.. Makan bersedekah laaaaa ke serata dunia nak bagitau yang dia juga wat korban..

pada area 2000 an ini..kalau time raya korban macam nie sampai terlalu banyak korban, baguslaaa korban tu.. tapi apa tujuan sebenar disebalik ibadah korban...

udhiyyah...dengan maskdud menumpahkan darah binatang dengan menyembelih binatang ternakan sebagai syukur di atas nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia.. 1/3 dari dagingnya disedeqahkan kepada fuqara' dan masakin..1/3 lagi dihadiahkan kepada golongan berada dan 1/3 lagi untuk ahli keluarga... hukumnya sunnat muakkadah, sunat yang sangat2 dituntut.... apa yang penting daripada ibadah korban ini ialah ketaqwaan, kepatuhan dan ketaatan hanya mutlak kepada Allah dan RasulNya.. itulah yang dinilai oleh Allah terhadap ibadah korban yang dilakukan..

perkara yang perlu diberi perhatian..
1. jangan berhutang hanya semata2 untuk menyertai tompok korban
2. jangan terlibat dengan pembaziran
3. agihan daging korban mestilah mengikut kehendak syara'.
4. melakukan ibadah korban dengan penuh kataatan kepada Allah..

janganlah selepas ibadah koraban yang dilakukan kita menjadi manusia yang ingkar kepada Allah, memusuhi peraturan syariatnya... membenci perundangan islam, janganlah sekali2 menjadi manusia suruhan iblis syaitan merosak perjuangan islam yang suci..

oleh itu satu je nak bagitau... kalau lepas korban nie ..DOK SOKONG LAGI UMNGOK apa kajadah...sia2 amalan korbann yang dilakukan...

Jumaat, 20 November 2009

ARAK JUDI PUSAT HIBURAN di KEDAH


PAGI tadi hujan turun xbrenti, nak gi motong tak boleh, rasa tringin plak nak gi lepak di kedai kopi..dah sebulan xjumpa member2 yang dok lepak di kedai kopi, kedai kopi kampung aku jadi tempat media alternatif bagi golongan yang dahagakan maklumat tepat terkini..isu yang dibincangkan plak punya laa bnyak..dari isu kampung, isu kubur, isu masjid sampai lahhh isu negara, isu subsidi beras.. sampai laa isu luar negara pun dibincangkan... sampai isu bonos xde pun dibincangkan juga,, walaupun yang dok sembang tu penoreh getah, pak guard, buruh, penebas rumput... itulah kelebihan kedai kopi kampung..... terasa menarik pagi ni..apa yang dibincangkan ialah berkaitan arak, judi, pusat hiburan di kedah...

persoalanyang ditimbulkan..bila nak tutup kedai nombor ekor judi di kedah... belanjawan baru nie pun xsentuh pun nak tutup kedai judi dan pusat hiburan.. dah dekat dua tahun PAS dan PR perintah KEDAH...arak plak bersepah di mana2 boleh dapat, kawalan yang macamana tak tau laaaa... aku dok dengar saja...sekali sekala tumpang sekaki...pasai dalam bab arak judi pusat hiduran nie aku tak berkompromi dengan mana2pihak..Maksiat haram tetap maksiat...

kenaikan hasil balak..keuntungan GLC..perolehan batubatan meningkat..semua tu dipuji malahan ada orang UmNgok yang puji YAB Us Azizan perintah kedah.....

bila dengar perbincangan hangat nie, tambah pulak ujan2 renyai..kena plak teh tarik 2gelas..semakin rancak... aku pun xreti nak explain kat depa pasai benda nie.. sapa yang boleh jawab silakan....

bila sampai umah terus aku online..tengok balik perbentangan bajet kedah 2010.. antara yang aku dapat untuk kita kongsi bersama dengan tujuan memperkasakan PAS dari sudut amali dalam memerintah..sama kita bagi cadangan yang membina dan bertujuan baik untuk mendapat keredhoan Allah..

antara kandungannya...
(a) Pihak berkuasa tempatan memperketatkan proses pengeluaran lesen premis perniagaan yang berunsur negatif.
(b) Polis memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kegiatan pusat-pusat hiburan
(c) Jabatan Agama Islam memperkasakan aktiviti pencegahan maksiat.

Perniagaan yang berunsur negetif tu pada bacaan aku laaa..mesti pusat karoke yang ada minah dangdut..kenapa nak diperketatkan..dah tau negatif jangan bagi lesen. jangan buka pintu kepada aktiviti yang berunsur negatif...bukankah pusat2 hiburan negatif tu adalah penyumbang besar kepada jenayah dan keruntuhan moral rakyat.. nak bina insan lagumana kalau satu pihak dok bina..satu pihak lagi peruntuh..sampai bila pun tak siap binaan tu...tolong bagi cadangan dan komen

Jabatan agama kena tangkap sapa yang buat maksiat..pada masa yang sama lesen pusat maksiat dibuka..diberi..diketakan..Jenuh laaa JHEAIK...

apa yaang diharapkan oleh rakyat yang setia kepada PAS kepada kerajaan negeri KEDAH ialah...
1. tutup kedai nombor ekor..jangan diberi lesen opersinya lagi.
2. perketatkan jualan arak, kalau boleh satu kedai untuk satu pekan, ataupun satu kedai untk satu daerah untuk orang bukan islam sahaja.
3. Pusat hiburan seperti pub, kelab malam ditutup terus..jangan perbaharui lesen permis mereka
4. Memeberi perhatian yang serius kepada institusi masjid dan perananya.

HARAP PEMBACA MEMBERI KOMEN..

SyGPAS4eVer

Ahad, 15 November 2009

UMNO CIPTA ISU, KITA PLAK LAYAN



Di dalam sistem demokrasi yang dasarnya sapa banyak dia yang akan menang, sapa yang banyak nombor dialah juara, sapa yang sikit dia akan kalah. itulah percaturan sistem yang ada dalam membentuk kerajaan di 1Malaysia. Walaupun yang dapat undi banyak tu bodoh, bahlul, mangkuk hayun, otak kepala lutut, baghal, unta baghdad ka, dia tetap akan dilantik menjadi pimpinan 1Malaysia..itulah hakikatnya terpaksa ditelan oleh rakyat 1Malaysia.. sapa yang dapat undi sikit walaupun dia bijak bistari, cerdik, hansome, cantik, berpemikiran jauh...bijaksana dia tetap tidak layak menjadi pimpinan 1Malaysia kerana dia dapat undi sikit... rasa-rasanya betoi ka kaedah yang kita guna selama ini...

kita toksah cakap banyak laa bab tu, kita kira sekarang kita terpaksa berhadapan dengan situasi sebegini..jadi maknanya golongan yang cerdik, pandai, bijak mesti mendapatkan undi banyak untuk memimpin..

satu lagi..dalam demokrasi mesti pandai mencipta peluang dan merobek musuh.. yang paling cekap dalam bab nie pada pandangan aku ialah UmNgok laaa... kita tengok dengan beberapa isu semenjak Pak JiB jadi PM 1Malaysia.. banyak sungguh dia cipta isu, perang saraf UmNgok berjaya.. bermula dengan UG, pastu masalah di Negeri takluk Pakatan Rakyat dibesar-besarkan, xabih2 sampailah isu krisis kepimpinan Pakatan Rakyat dan terakhir Isu Bai'ah serta isu kelantan...

UmNgok bermain isu, media haramjadah pun mulalah mengupah penulis2 upahan untuk membuka ruang memancing ahli2 PAS dan PR untuk sama2 turut serta menghangatkan keadaan, orang kita plak bukan taktau perangai depa, pantang dicucuk kira nak menjawab saja, sembang di merata-rata tempat, hangatkan isu yang dibaangkit di dada akhbar.. sejak kita menguasai beberapa negeri jarang sangat dok bincang cara memperkuatkan/memperkasakan parti.. banyak sembang bab isu..walaupun memang dok tau dah isu tu mainan UmNgok 1Malaysia.

UMNO BN MENCIPTA ISU UNTUK MELALAIKAN KITA, KITA PLAK DOK PULUN LAYAN, tak abih2, sehinggalah apabila daftar pemilih FASA ke4 dikeluarkan barulah kita sedar dan insaf. TENGOK DAFTAR PEMILIH DAFTAR FASA KEEMPAT KHUSUSNYA DI NEGERI2 PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH...UMNO BN ka PR yang banyak mendaftarkan pengundi baru untuk PRU ke 13 nanti....mai aku nak tolong jawab...jawabnya UMNO BN paling banyak mendaftarkan pengundi baru untuk PRU ke 13. sebagai contoh seperti yang dinyatakan oleh Senator Yusuf Hussain.. di Parlimen Baling UMNO BN mendaftarkan lebihkurang 500 pengundi baru untuk PRU ke 13, manakala PAS tak sampaipun seratus..NAHHHH.. tengok apa UmNgok dah buat... dalam dok kita kelamkabut layan isu ciptaan UmNgok 1Malaysia, depa dok pulun daftar pengundi baru yang kompom akan undi UmNgok pada PRU nanti..

sahabat2 di PERAK juga mungkin merasai perkara ini apabila melihat FASA ke4 daftar pemilih yang dipamerkan umum..

Manakala kita....apadah jadiii...dok syok sendiri...JANGAN LAYAN ISU CIPTAAN UMNO, berusaha mencari pengundi baru yang kompom sokong Pakatan Rakyat untuk didaftarkan sebagai pemilih PRU nanti...

SELAMAT BEKERJA MENYUSUN STRATEGI MENDAPATKAN SEBERAPA BANYAK PENGUNDI MENYOKONG PAKATAN RAKYAT...dengan undi bangak PR akan memimpin, barulah kepimpinan negara ini diberikan kepada mereka yang cerdik pandai adil dalam memerintah mengikut syariat Allah... teruskan berusaha,... Jauhkan Negara ini dari tangan2 bahlol unta baghdad.

Isnin, 9 November 2009

MEMAHAMI UCAPAN PRESIDEN TGHA



Sabtu 7hb November 2009 menjadi titik sejarah pertemuan dengan tujuan merongkai kemelut yang berlaku.. siapa puncanya..tak tahu...apa sebabnyaa...tak tahu,,,macam mana boleh terjadi..tak tahu... tak tahu bukan bermakna tak tahu apa benda yang berlaku, tak tahu dengan maksud bermacam2 cerita kedengaran dari pelbagai sumber media..media IT, media blog2, media haramjadah.. media politik... entah mana satu yang betul.. sukar untuk mempercayai berita sekarang nie walaupun ianya datang dari teman rapat..memang benarlah di akhir zaman ini banyak fitnah dan kabar angin yang membinasakan diri, keluarga, masyarakat dan negara termasuk jamaah..

oleh itu, sempena seminar yang diadakan itu, marilah kita berlapang dada, membuka fikiran, menutup ruang fitnah, mulakan hidup baru memastikan jamaah dan perjuanganya terhindar dari tangan2 jahat dan hati2 yang busuk.. baru 2hari berlalu, masih ada yang bercakap bersembang tentang UG, selcat, dll... SUDAH LAAAAAAAAAAAAAAAA

oleh itu saya mengajak diri dan teman2 untuk kita menghayati ucapan Datok Seri Presiden Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang....semoga kita mencapai memperoleh titik pertemuan....

TGHA memulakan ucapan dengan memetik ayat al Quran surah al Maidah, maksudnya..."Wahai orang2 yang beriman, sesiapa yang menyeleweng di kalangan kamu dari agamaNya (iaitu ISLAM) nescaya Allah akan mendatangkan satu golongan yang mengasihi Allah dan Allah mengasihi mereka, mereka bersifat merendah diri terhadap orang2 yang beriman, dan menunjukan kemulian kehebatan terhadap orang2 yang menentang islam, mereka berjihad menegakan agama Allah, mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela, itu adalah kurnia Allah kepada sesiapa yang dihendakinya, sesungguhnya Allah maha Luas kurniaNya dan Maha mengetahui. dan seseungguhnya yang menjadi wali (pembantu) kamu ialah Allah, RasulNya, dan orang2 yang beriman yang mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan tidak takut melainkan Allah. dan sesiapa yang berwalikan Allah dan Rasulnya serta orang2 yang beriman mereka itulah golongan Allah (parti Allah) sesungguhnya parti Allah itulah akan beroleh kemenangan.."

PAS telah didirikan atas dasar dengan ciri2 berikut...
1. menegakan islam dan mnyeru kearahnya seperti yang dilakukan oleh Rasulullah, mengislamkan masyarakat dan negara dari pelbagai sudut.
2. mewujudkan saf kumpulan islam yang teguh, ukhuwwah islamiah yang jitu.
3. sedia berjihad secara fahaman dan tindakan
4. memberikan wala' sepenuhnya kepada Allah dan RasulNya.

Di ketika ini PAS dilihat dari segenap penjuru oleh semua golongan, samada rakan sahabat, atau musuh.

menjadikan seluruh ahli bertanggungjawab memperkasakan Jamaah dengan mengajak orang islam menyertai jamaah kitadan mengajak bukan islam untuk menjadi penyokong. bertenaggungjawab memperkenalkan keadilan islam dalam masyarakat.

1. Majlis Syura Ulama.. menjaga jamaah supaya tidak menyimpang dari ajaran ISLAM.
2. Dewan Harian..jentera pentadbiran parti dan kepimpinan
3. Lajnah2 .. sebagai agihan gerakerja jamaah dengan melihat keperluan yang berlaku untuk melebar luaskan dakwah dan kefahaman islam dalam gerakerja
4. kelab penyokong..sebagai wadah mengeratkan PAS dengan masyarakat bukan islam untuk memahamkan mereka berkaitan keadilan islam. dan islam tidak pernah menzalimi rakyatyangbukan islam serta wajib memberikan hak kepada mereka..

PAS parti yang berpengalaman luas dalam politik negara, tidak pernah tunduk kepada tukaran harta benda dan kemewahan demi memperjuangkan islam...PAS pernah bersendirian berhadapan musuh, PAS pernah dikhianati kawan, PAS pernah bergabung dengan parti lain seperti Angkapan Perpaduan Ummah, dan diwaktu ini bersama dengan Pakatan Rakyat.. kita bersama2 parti lain kerana PAS memilih Muwajahah Silmiah dan kita telah menegasakan bahawa kita akan memperkasakan parti jamaah PAS dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pakatan Rakyat..

muhasabah pada seminar ini dikumpulkan atas 4 perkara.
1 berdiri di atas kekuatan yang ada
2. menguatkan kekuatan PAS
3. keterbukaan mengadakan hubungan dengan semua Pihak
4. menjadikan setiap teguran dan kritikan sebagai mematangkan kita

SEkalilagi TGHA mengulangi kenyataan muktamar IPOH dan SHah Alam untuk kita memperkuatkan hubungan PAKATAN RAKYAT

ulasan gua : CANTIK UCAPAN PRESIDEN... kita amati betul2...yangsudah tu sudah laa..bina kekuatan kita..masa bekerja..semua ada kelemahan..olehitu uruskan kelemahan yang ada dengan bijak..

Jumaat, 6 November 2009

INTIPATI PERBAHASAN WAKIL NEGERI


sedikit catatan ringkan intipati perbahasan SEMINAR PAS

wakil Kedah..Pak Cop Husin
mengharapkan pimpinan pusat tutup buku isu UG..
(beliau menyerahkan memorandum perhubungan PAS kedah kepada Presiden)

Wakil Selangor Us. Salahuddin Muhyi
PAS Selangor tidak mempunyai masalah, kerajaan negeri PK tidak mempunyai masalah seperti sangkaan sesetengah pihak.
PAS selangor melahirkan ketidakpuasan hati dengan sikap sesetengah pimpinan yang mendedahkan masalah parti dalam blog2..
setiap pimpinan ada kelemahan kerana kita bukan sempurna, tetapi menjadi tangungjawab yang besar kepada kita untuk menguruskan kelemahan tersebut dengan bijak, musuh sentiasa mencari ruang, jangan biarkan musuh mengambil kesempatan atas kelemahan yang ada.
harakah adalah lidah rasmi parti..ucapan penuh presiden sewaktu perbahasan parlimen baru2 ini tidak diberi liputan meluas oleh harakah..sedangkan isu dan perbahasan yang menarik dari PAS diketepikan sendiri oleh harakah..

WAKIL Johor
Pimpinan PAS pusat mengambil masa yang lama terhadap isu yang dibangkit seperti isu selcat di selangor, isu penjualan arak..kenapa perlu mengambil masa yang lama untuk menygeluarkan kenyataan rasmi isu yang dibangkitkan..sebab itulah ramai yang mengambil peluang mengulas isu berbangkit..

Niat baik Mursyidul am dengan mengeluarkan kenyataan terbuka terhadap pimpinan telah tersalah tempat..tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan terbuka tanpa perbincangan ataupun melalui Syura Ulama'...

Naib Presiden tidak sepatutnya diberi tanggungjawab selaku pengerusi Lajnah Disiplin PAS, cadangan johor supaya Pengerusi Lajnah Disiplin dan AJKnya dilantik di kalangan veteran PAS seperti Ustaz Hasab Syukri,,Dr daeng Sanusi, Ustaz Idris Pahang dsgnya..

Kepada 2Tuan Guru Mursyidul am dan Datok Seri Presiden... jangan menyusahkan ahli dengan percanggahan pendapat yang merugikan jamaah.. ahli2 sayang kepada keduanya..

Muslimat
direndam tak basah,dijemur tak kering, dibuang ke laut menjadi pulau, dilempar ke langit menjadi jet pejuang... (korang ulas sendiri laaaa..aku pun xbrapa paham)

ok..takat nie dulu....server slow
SayangPAS4eveR

Khamis, 5 November 2009

PERHATIAN....PESERTA SEMINAR POLITIK PAS



Saya tertarik dengan tulisan seorang rakan kita di Kubang Pasu, semoga cacatanya memberikan sesuatu kepada peserta seminar nanti, kita ada kekuatan kita tersendiri, kekuatan itu tidak ada pada orang lain. anugerah kekuatan ini anugerah Allah kepada perjuangan Islam.. jangan sampai kita mendahulukan orang yang tidak pernah merasai kemanisan perjuangan ini menyentuh keyakinan kita pada pimpinan.. sayangilah perjuangan ini..selamat membaca

Seminar Politik Pas Pusat yang akan diadakan pada hari Sabtu, 7 November depan yang menghimpun seluruh kepimpinan parti semua peringkat adalah suatu tindakan pro aktif yang boleh menjadi medan perbincangan strategik parti bagi mengharungi cabaran di masa kini dan akan datang. Di samping pastinya ia juga sebagai landasan yang terbaik dalam usaha menyatupadukan kepimpinan dan ahli-ahli Pas serta memperkasakan tubuh badan Pas itu sendiri.

Namun disebalik kebaikan penganjuran program tersebut terdapat sedikit kepelikannya, apabila pihak penganjur mengundang orang luar yang telah membuat pengakuan secara terang bahawa dia bukan ‘orang parti’ untuk memberi ucapan maupun wacananya di program tersebut selama 30 minit. Orang yang dimaksudkan membuat pengakuan bahawa bukan ‘orang parti’ tersebut ialah Dr Abddul Aziz Bari.

Dalam kontesk Pas, siapakah Dr Abdul Aziz Baru ini ? Adakah dia seorang individu yang telah diberi tanggungjawab oleh parti ataupun pemimpin-pemimpin Pas tertentu untuk memberi pandangan dan mengkritik pemimpin tertinggi dan pemimpin kanan Pas secara sesuka hati. Kuasa kritikan yang ada kepadanya sehingga memperlekehkan Presiden Pas, di samping mengaitkan kekalahan Pas di Bagan Pinang adalah disebabkan oleh beberapa kepimpinan Pas yang lain.

Walaupun Pas secara prinsipnya mengalu-alukan serta mendukong konsep kebebasan bersuara kepada seluruh manusia termasuklah Dr Aziz Bari, namun apakah tindakan Dr Aziz Bari yang memperlekehkan kepimpinan Pas dengan hanya memberi hujah yang dangkal dan naïf melalui media massa boleh dipandang ringgan oleh ahli Pas yang berfikiran waras dan rasional. Sehinggakan kritikannya tersebut hampir mencetuskan krisis kepimpinan dalam Pas.

Di sini saya cuma nak menimbulkan persoalan kepada pihak penganjur apabila menjemput Dr Aziz Bari datang ke seminar untuk memberi pandangan maupun wacananya. Apapun alasan yang bakal diberikan oleh pihak penganjur, saya tetap mengatakan keterlibatan Dr Aziz di dalam seminar tersebut adalah tidak wajar dan sama sekali tidak diperlukan oleh Pas kerana ia bukan sahaja bukannya ‘orang parti’ tetapi secara jelas ia bersikap negative kepada beberapa kepimpinan Pas termasuklah Presiden dan Timbalan Presiden Pas.

Perlekehannya ke atas Presiden Pas, saya kira cukup mendukacitakan ahli-ahli Pas kecuali bagi mereka-mereka tertentu yang mungkin mahukan Dr Aziz Bari ataupun pihak luar berbuat begitu kepada Presiden Pas. Ahli Pas yang rasional saya yakin ia amat tersentuh dengan perbuatannya itu.

Oleh itu, saya juga beranggapan bahawa kesediaan pihak penganjur mengundang Dr Aziz Bari adalah suatu kesilapan besar serta berpotensi menimbulkan masalah baru kepada Pas di masa depan.

Perlu diingatkan kepada pihak penganjur bahawa Pas tidak perlu kepada wacana ataupun kritikan dari ‘orang bukan parti’ seperti Dr Aziz Bari terhadap kepimpinannya kerana ahli-ahli Pas sendiri mampu untuk memikir dan menilai kepimpinannya sendiri. Dalam sejarah Pas, belum pernah berlaku ‘orang bukan parti’ begitu berkuasa dalam memberi pandangan dan teguran kepada Pas sehinggakan menyebabkan Mursyidul Am Pas melenting dan hampir- hampir mencetuskan krisis kepimpinan serta perpecahan dalam parti.

Nampaknya, kritikan dan perlekehan terhadap Presiden Pas dan pemimpin kanan Pas lain yang dilakukan oleh Dr Aziz Bari begitu berkuasa sekali sehinggakan ia diajak sama turut serta dalam seminar politik Pas pada Sabtu ini. Mungkinkah seminar politik ini nanti memberi kesempatan kepadanya untuk memperlekehkan pemimpin Pas di depan para peserta yang terdirin kepimpinan Pas dari seluruh negara.

Akhirnya, pihak penganjur sewajarnya membatalkan undangan tersebut, sebaliknya mengundang tokoh-tokoh dan kepimpinan PAS itu sendiri di dalam memberi pandangan maupun kritikan di atas apa jua isu di dalam seminar politik yang akan diadakan tersebut. Biarlah tokoh dan pemimpin Pas sahaja yang memberi pandangan mereka, barulah pengisian seminar tersebut benar-benar menghasilkan suatu perbincangan dan keputusan yang tulen dan memenuhi matlamat ia diadakan.

Oleh Bashir Hj Ismail
Ahli PAS Kubang Pasu

Ahad, 1 November 2009

TELADANI SEJARAH IKHWAN al MUSLIMUN



Selepas 80 tahun IKHWAN al MUSLIMUN sebagai peneraju GERAKAN ISLAM seluruh dunia.
Peluang yang ada ini, ingan saya berkongsi bersama sahabat seperjuangan tentang tulisan Prof. Dr Yusuf Abdullah al Qardhawi yang bertajuk “Ikhwan al Muslimun ba’da murur thamanina a’aman yurashidus sohwah al harakah al Islamiah al A’lamiah”.. yang bermaksud Ikhwan al Muslimun setelah 80 tahun mengerakkan kebangkitan gerakan islam dunia”..

Buku yang saya beli hampir 7 tahun dulu dibelek2 semula, maklumlah isu hangat yang diperkatakan di waktu ini menyebabkan runtunan hati saya terpanggil untuk membaca dan berkongsi bersama rakan seperjuangan..apakah ikhwan al muslimun pernah berhadapan dengan mehnah dan isu kepimpinan, kepercayaan, tohmahan, ahli yang bermacam2 kepala otak..dan lagi..dan lagiii..

Di awal muqaddimah Dr al Qardawi mencerikan detik bagaimana beliau tertarik untuk mengetahui seorang lelaki yang sering dikunjungi ayahnya setiap hari selasa.. al Qardawi mencerikan, “sewaktu aku bersama bapaku di sebuah masjid di Ismailiah (nama tempat), seorang lelaki duduk dikelilingi orang ramai, hampir2 memenuhi masjid ismailiah yang besar itu, aku mendengar ucapannya…sangat menarik, bahasa yang mudah difahami segenap lapisan…setelah selesai orang ramai bersalaman, aku juga turut bersalaman….itulah kali pertama aku melihatnya…” setelah aku mendapat tempat di Ma’ahad Azhar (Sek Men Azhar Kaherah) aku tidak lagi berpeluang mendengar syarahannya pada setiap selasa…

“Sehinggalah sampai waktu cuti..aku berpeluang mendengar syarahanya lagi, harapan ku hampa, apabila aku mengetahui dari bapaku, bahawa lelaki itu ditembak….dan beliau gugur sebagai syahid”.

Lelaki itu ialah Imam Hasan al Banna..sejak itulah al Qardawi sangat berminat untuk mengenali lelaki ini, siapa dia sebenarnya, apakah kesalahanya sehingga dia ditembak..apakah yang diperjuangkan… apakah setelah beliau dibunuh perjuangannya juga berkubur…..

Awal Muqaddimah menceritakan ketabahan, keyakinan, kesabaran, thabat (teguh pendirian) yang dimiliki oleh as syahid mengamit ingatan bacaan saya berkaitan ketabahab kesabaran juga yang dimiliki oleh pejuang PAS terdahulu menubuhkan PAS… al qardawi menyenaraikan di muqaddimah beberapa perkara penting yang pernah dilalui oleh ikhwan muslimun sepanjang 80 tahun berlalu…

1. IKHWAN MUSLIMUN pernah dicabar untuk membuktikan dasar dan perjuangan yang dibawanya adalah benar..
2. IKHWAN MUSLIMUN pernah digelar sebagai pengganas
3. IKHWAN MUSLIMUN pernah cuba dihancurkan oleh talibarut israel arab yang menyelinap masuk menjadi ahli yang baik kononya, tetapi membuat propaganda melagakan pimpinan serta menghilangkan kepercayaan ahli kepada pimpinan dan jamaah.
4. IKHWAN MUSLIMUN pernah diharamkan, dan pemerintah mesir menyenaraikannya sebagai pengkhianat negara.
5. IKHWAN MUSLIMUN pernah dihalang menyertai pilihanraya dengan kuasa mahkamah atas alasan pertubuhan tidah sah, manakala penubuhanya tidak pernah dibenarkan.
6. IKHWAN MUSLIMUN terpaksa menggunakan tiket parti lain untuk menyertai pilihanraya, menggunakan parti bebas, pasti buruh (hizbul amal), menggunakan lambang tapak tangan dengan slogan “al islam huwal hal” islam adalah penyelesaian….
7. IKHWAN MUSLIMUN menggunakan pendekatan yang berbeza bertepatan kesesuaian masa dan tempat tetapi tidak pernah mengadaikan dasar dan prinsip..
8. IKHWAN MUSLIMUN pernah dikhianati kawan.. seperti Jamal Abdul Nasir yang dulunya pernah bersama ikhwan, tetapi berubah setelah ditawarkan jawatan penting tentera, kemudian sebagai ketua tertinggi tentera seterusnya sebagai presiden mesir.. semasa beliau menjadi presiden banyak pimpinan ikhwan yang ditangkap dipenjara dan ada yang dibunuh..

Ini adalah sebahagian perkara yang pernah ditempuh ikhwan muslimun sebagai sebuah gerakan yang mantap..ujian yang datang sebagai proses mematangkan perjuangan yang suci ini serta sebagai azimat yang sangat penting menghadapi cabaran semasa yang lebih mencabar…

Oleh itu jangan bimbanglah…apabila PAS diuji.. PAS menghadapi sesuatu isu, kerana perjuangan yang benar2 suci akan diuji oleh Allah..Sunnatullah untuk pejuang agamaNya.
insyaAllah… huraian satu persatu akan menyusul untuk dikongsi bersama..pahit maung yang pernah dihadapi ikhwan akan menjadi azimat menyalakan obor perjuangan supaya ianya sentiasa menyala dan menyinari Alam dengan NUR Allah….Cahaya hidayah Allah..