Ahad, 1 April 2012

BIAR LAAAAA... BAGI UMNO NGOK SERONOK SAT


Bendera umno mula kelihatan di sluruh segenap penjuru terutama di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.. lebih-lebih lagi di Kawasan Parlimen milik pakatan rakyat. sebagi contoh di kawasan baling.. terutama kubu kuat PAS di parit panjang...

inilah peluang masanya untuk kita bagi peluang untuk umno ngok bergembira sebentar sebelum menghembus nafas TERAKHIR selepas pru 13.... kita kena berlapang dada... orang dah nak mampuih memang mcm tu perangai dia lebih-lebih lkagi bila yang nak mati tu org jahat...

petugas-petugas PAKAATAN RAKYAT TAK PERLU RISAU... BIAR LAAA UMNO PERASAN SORANG2 DIA....BAGI DIA PELUANG BERGEMBIRA SEBELUM PUKULAN KO PRU 13 NANTI... UMNO NGOK AKAN MAMPUIH SELEPAS PRU 13

Ahad, 4 Mac 2012

krisisn KEDAH... uSTAZ fADHIL nOOR dalam kenaNGAN.


KEMELUT PENTADBIRAN KEDAH......... TERKENANG MURABBI AGUNG GERAKAN ISLAM MALAYSIA AL MARHUM AL MUJAHID DATO' HJ FADHIL NOOR...semoga Allah merahmatinya......
Dengan kemelut yang berlaku di KEDAH.... sebentar lagi akn diumum keputusan hasil pertemuan mahabbah pimpinan PAS pusat dan negeri..... aku begitu yakin dengan kemelut yang berlaku ini... krisis yang membara... umpama sekam yang akan meruntuhkan gunung yang besar.... aku sangat yakin..ahlai-ahli PAS kedah pasti terkenang dan teringatkan susuk tubuh seorang lelaki yang berjiwa besar Ustaz Fadhil Noor..... PAS kedah pernah dilanda krisis tabong memali dan krisis kepercayaan sesama pimpinan di era 80-an dan 90-an... Allah membereikan kedah permata yang berharga untuk menangani krisi itu dengan baik waktu itu.. alhamdulillah... syukur......

Meluat.. cemuih dan jemu... dok dengaq macam-macam pasai PAS Kedah.. Kalau boleh aku pun tak mau post bab ni..Sat lagi depa kata tak wala'... Tapi kalau dah cempera macam ni nak dok diam lagi.. kami bukan nk tau sapa salah sapa betoi..? kami bukan nak amik tau masalah peribadi hgpa.. Kami bukan nak amik tau sapa keras sapa lembut.......yg kami tau... kami nak hgpa diam n tutup mulut di media... ITU SAHAJA...!!!!

kontroversi berkenaan Exco kerajaan Negeri Kedah pada masa ini amat menyedihkan rakyat Kedah... ibarat mak dengan pak bergadoh berkelahi jangan la depan anak2... di manakah letaknya maruah sekalian pimpinan. Harap ke depan ni xjadi dah benda lagu ni... marahkan nyamuk jangan la sampai nak bakaq kelambu. Kalaulah Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor masih ada tentulah beliau orang yang amat sedih dengan keadaan ini... setelah bersusah payah dan berhempas pulas untuk mendapatkan Kedah begini kesudahan nya...

Pokok tu rimbun elok ja... Daun2 hijau.. Tapi sebenaqnya yang dok rimbun elok kat pokok tu dedalu.. Habaq dah kat tuan pokok, buang dedalu tu sebelum pokok tu mampoih, tapi tuan pokok kata timing tak kena la nak buang sebab nak masuk pertandingan pokok cantik... Kalau buang dedalu tu nampak tak elok pulak pokok aku.. Kalah la aku nanti... Nasib hang la tuan pokok wey.... Tobat lahom la hang kalah sbb yg cantik rimbun tu bkn pokok tapi dedalu.. Kalau masuk pertandingan dedalu, hang boleh menang la....

Dalam dunia ni mana ada masalah yang tak boleh selesai.... tapi dok biaq saja bagi jadi lagi panjang buatkan org makin cemuih.... tiap kali ceramah lancarkan derma jihad... pak long, pak lang, pak cik, mak cik, adik kakak yg dok motong buat bendang gagah bagi seringgit dua untuk perjuangan Islam tapi yg memimpin ikut suka dia ja.... tak kira sapa la... belah sana belah sini.... pakat elok2... orang bawah bagi amanah kat pemimpin untuk pimpin org bawah sebab orang atas tu cerdik pandai semuanya.... dengaq sama la pandangan org lain... betoi la hangpa pandai... tapi tak semuanya hangpa betoi.... Jangan sampai org sendiri pon meluat dah la....

carilah titik pertemuan yang boleh menemukan.... jangan dok kalut berkelaie lagi... tunpukan ke arah jentera pilihanraya negeri, kawasan, mtd dan upu....


Ahad, 19 Februari 2012

SYIAH MUSUHKU......??????sir i2


Kesimpulan yang dapat saya buat mengenai sikap beberapa ulama’ yang tidak tetap pendirian mereka terhadap Syiah ini, merupakan kejayaan besar Syiah di dalam memerangkap para ulama’ Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan menggunakan umpan yang bersalutkan Taqiyah (تقية ) iaitu tipu muslihat tanpa ada sebab dharurat).

Syiah berjaya memerangkap ulama’ tersebut dan berjaya di dalam misi mereka, sekurang-kurangnya menjadikan para ulama’ itu serba salah di dalam menyatakan sikap mereka secara tegas berhubung masalah Syiah ini.

Mengapakah kita “pandai-pandai” pula berusaha mendekatkan Sunni dengan Syiah?, walhal Raulullah s.a.w. yang lebih tahu bahkan lebih menyayangi umatnya telah berpesan dan memerintahkan umatnya agar memerangi golongan Syiah Rafidhah ini, kerana merekalah sebenarnya golongan musyrikin yang berpura-pura memeluk Islam.

Nampaknya kita inilah umat Rasulullah s.a.w. yang paling malang kerana mendakwa berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah tetapi hakikatnya membelakangkan kedua-duanya sekali. Rasulullah s.a.w. sendiri menyatakan bahawa merekalah sebenarnya Musyrikin, tetapi kita pula menyatakan : “Tidak!!! Merekalah penganut-penganut daripada mazhab-mazhab yang suci dan diakui oleh Islam”.

Apa yang menghairankan ialah bagaimanakan mereka yang ber‘title’kan ulama’ ini rupa-rupanya masih tidak tahu membezakan di antara percanggahan aqidah dengan percanggahan mazhab (furu’). Padahal hanya satu hakikat sahaja andainya diletakkan di hadapan mereka, tentulah mereka tidak akan terkeliru sehingga boleh berusaha menyatukan dua fahaman yang jelas bertentangan dari sudut aqidah.

Perbezaan dari segi mazhab tidaklah membenarkan penganut sesuatu mazhab untuk mengkafirkan orang-orang yang bukan daripada mazhabnya. Orang-orang bermazhab Syafei, tidak pernah menuduh pengikut-pengikut mazhab Hanafi apatah lagi mengkafirkan mereka. Begitu juga sebaliknya. Inilah dia PERBEZAAN MAZHAB!!

Keadaan seperti ini (perbezaan mazhab secara harmoni) tidaklah didapati di kalangan Sunni dan Syiah kerana Syiah sendiri mengatakan orang yang tidak beriman kepada Imam dua belas ataupun salah seorang daripada mereka adalah LEBIH SESAT daripada iblis!! (Ikmaluddin oleh ibnu Bawaih Al-Qummi, hal : 13).

Menurut syiah juga, orang yang tidak menerima Imam dua belas sebagai Imam, bermakna dia masih belum mengenal Allah dan sesat, (Al-Usul Min Al-Kafi oleh Al-Kulaini, jilid 1, hal : 180-181). Lebih daripada itu, golongan Syiah juga beriman bahawa tidak akan masuk syurga sesiapa yang tidak mengenali (mempercayai) Imam dua belas, (Al-Kafi, jilid 1, hal : 184).

Sedangkan Ahli Sunnah pula tidak mempercayai semua ini menganggap bahawa beriman kepada kemaksuman orang lain – sesudah Nabi Muhammad SAW adalah SESAT !! Ertinya, Syiah menuduh Ahli Sunnah sebagai golongan yang sesat manakala Ahli Sunnah pula menuduh mereka sebagai golongan yang sesat. Bagaimanakah mereka daripada kedua-dua kelompok yang bersengketa ini boleh didamaikan dan diperdekatkan?

Ahli Sunnah menyatakan bahawa para sahabat r.a adalah generasi contoh. Mereka semuanya adil, tidak perlu lagi disiasat latar belakang mereka sebaik sahaja diketahui mereka adalah golongan sahabat r.a, malahan apa sahaja yang diceritakan oleh mereka akan diterima. Sebaliknya, Syiah pula menyatakan bahawa semua sahabat telah murtad sepeninggalan Nabi SAW, kecuali beberapa orang sahaja, (Rijalul Kasyi oleh At-Thusi, jilid 1, hal : 6 dan Al-Kafi oleh Al-Kulaini, jilid 8, hal : 246).

Sesungguhnya usaha mendekatkan Sunni dengan Syiah bermakna mengumpulkan dua perkara yang mustahil untuk dikumpulkan. Alasannya ialah, Ahli Sunnah menyatakan bahawa SYIRIK andainya sesuatu sifat Allah Taala itu diberikan kepada selainNya, sedangkan Syiah pula tidak demikian. Mereka mengatakan bahawa para Imam itu mengetahui segala perkara ghaib sama ada yang dahulu ataupun sekarang (Al-Kafi, jilid 1, hal : 261).

Para Imam juga boleh menghalalkan apa yang diharam oleh Allah Taala dan juga boleh mengharamkan apa yang diharuskan oleh Allah Taala, (Al-Kafi, jilid 1, hal : 441 & jilid 6, hal : 208)

Para Nabi adalah terpelihara daripada melakukan syirik kepada Allah menurut keyakinan Ahli Sunnah, walhal Syiah menyatakan di dalam kitab Usul Al-Kafi, bab : Usul Wa Arkan bahawa Nabi Adam a.s memiliki dua rukun syirik iaitu tamak dan dengki, manakala iblis la’natulllah hanya memiliki satu sahaja rukun syirik iaitu takbur, (Usul Kafi jilid 2 halaman 289 dan Kitab Hayatul Qulub jilid 2 halaman 49).

Syiah juga menyatakan bahawa Rasulullah SAW telah melakukan syirik (semoga Allah melaknat syiah). Diriwayatkan bahawa Imam Al-Baqi’ telah disoal mengenai maksud firman Allah SWT di dalam Surah Az-Zumar ayat 65 yang bererti :

“Andainya kamu hai Muhammad melakukan syirik!…”. Maka dijawab olehnya : Tafsirannya ialah andainya kamu hai Muhammad menentukan wilayah-kekhalifahan-orang selain walayah Ali sesudahmu, maka akan terhapuslah amalanmu dan pastilah engkau akan masuk daripada kalangan mereka yang rugi. (Al-Kafi, jilid 1, hal : 427, Tafsir Shafi, jilid 2, hal : 474, Tafsir Al-Qummi, jilid 2, hal : 25, Nurul Tsaqalain, jilid 4, hal : 112 dan Tafsir Al-Burhan jilid 2, hal : 25).

Dan telah terbukti sendiri di dalam kitab-kitab Syiah bahawa Nabi SAW telah bersabda kepada Saidina Hafsah r.a : “Bahawa Abu Bakarlah yang akan memegang jawatan khalifah selepasku, selepasnya pula adalah ayahmu………”, (Tafsir Al- Qummi jilid 2 hal : 386, Tafsir As-Shafi, jilid 2, hal : 716). Ertinya mereka sendiri menuduh Nabi SAW sebagai seorang musyrik dengan sabda tadi (hakikatnya itu adalah hadis palsu).

Bukankah dengan menerima konsep mereka dan menerima mereka (Syiah) sebagai satu aliran di dalam Islam dengan menerima konsep syirik itu di dalam Islam dengan tuduhan sedemikian rupa terhadap kekasih Allah, Rasulullah SAW telah melakukan syirik sedangkan Islam adalah agama Tauhid yang tulen!!??

Ahli Sunnah menyatakan bahawa (كنتم خير أمة أخرجت للناس) ertinya: “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan………..”. Akan tetapi Syiah telah mengubah kalimah (أمة خير) yang bererti “umat” kepada kalimah (خير أئمة ) iaitu “para imam”. Ini bermaksud bahawa Syiah mempunyai Al-Quran selain daripada Al-Quran yang kita imani pada hari ini. Andainya kita mahu menerima Syiah ini maka kita juga mestilah menerima qiraat mereka kononnya!!? Walhal tiada satu aliran pun di dalam qiraat di sisi Ahli Sunnah hatta qiraat Syadzzah sekalipun yang menerima cara pengubahan kaimah tersebut.

Mengapakah alim ulamak kita tidak menyebut qiraat Jaafariah mereka andainya benar qiraat mereka dianggap sah? Apakah kita menyangka ulamak kita begitu jahil sehingga tidak mengerti dan mengenali qiraat Imam Jaafar As-Sodiq sampai sanadnya kepada Rasulullah SAW ataupun alim ulamak kita itu sememangnya tidak menerima perubahan kalimah sebagai satu qiraat yang sah?, ataupun sememangnya ianya dianggap satu penyelewengan yang dilakukan oleh Syiah !!??

Ini hanyalah satu contoh sahaja dan terlalu banyak lagi contoh yang seumpama ini boleh dikemukakan dari kitab-kitab Syiah sendiri. Jadi dengan menerima syiah sebagai salah satu aliran Islam bererti secara tidak langsung kita telah memperbodohkan para ulamak Islam terdahulu yang menjadi tempat rujukan golongan Ahli Sunnaj wal Jamaah. Adakah ini yang sepatutnya kita lakukan walhal kita mendakwa bahawa kitalah Ahli Sunnah wal Jamaah sedangkan kita baru sahaja beberapa tahun mengenali Syiah lalu memandang semua pendapat ulamak Islam yang menjadi sandaran dan rujukan Ahli Sunnah sekian lama itu sebagai suatu yang tidak layak dianggap sebagai rujukan dan panduan di dalam methodologi ilmu-ilmu Islam !!??

Lihatlah betapa beraninya seorang yang dipanggil sebagai orang alim tersohor menyatakan bahawa sesiapa dari kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah yang berfatwa bahawa Syiah adalah kafir dia adalah Ahli Sunnah jadian!!

Adakah alim itu berani menuduh bahawa Iman Baihaqi r.a sebagai Ahli Sunnah celup atau jadi-jadian walahal Imam yang mulia itu menerusi kitabnya Al-Asma’ wa Sifat hal : 192 telah menyatakan : “Syiah yang mengkafirkan para sahabat r.a adalah kafir!!??”.

Adakah Qhadi Iyadh r.a akan kita labelkan sebagai Ahli Sunnah jadi-jadian walhal beliau di dalam As-Syifa’ jilid 2, hal : 290 menyatakan bahawa Syiah telah menjadi kafir (murtad) kerana menyatakan bahawa para imam adalah jauh lebih mulia daripada Nabi SAW!?

Adakah kita berani mengatakan bahawa Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a sebagai Ahli Sunnah jadi-jadian walhal beliau menerusi kitabnya yang tersohor Al-Ghunyah Lit Tolibil Haq, jilid 1, hal : 87&90 telah mengatakan bahawa : “Syiah adalah di antara golongan yang sesat daripada jalan petunjuk dan mereka telah mengikuti jejak langkah Yahudi kerana telah menyelewengkan Al-Quran”.

Adakah kita juga berani menuduh Imam Syeikh Waliyullah Ad-Dehlawi sebagai “Ahli Sunnah jadi-jadian” walhal Mujaddid Islam itu sendiri telah menyatakan di dalam Al-Musawwa-Syarah Muwattha’ Imam Malik, jilid 2, hal : 110, bahawa Syiah menyatakan bahawa Abu Bakar r.a dan Umar Al-Khattab r.a bukan ahli syurga, dan para imam itu sememangnya diutuskan oleh Allah kepada makhluk dan wajib ditaati, mereka terpelihara daripada dosa-dosa dan (terpelihara juga ) daripada berterusan di atas kesalahan dan kesilapan. Syiah itu adalah zindiq.

Kalaulah begitu, siapakah pula Ahli Sunnah yang sebenar? Adakah kita yang masih belum mengetahui mengenai aqidah Syiah itu sehingga kita boleh tertipu dengan dakwaan mereka sebagai satu golongan Islam lebih tahu akan Syiah ini ataupun golongan ulama’ kita dahulu yang telah diketahui ketokohan dan amanahnya mereka di dalam penyelidikan mereka!?

Tokoh dan ‘alim itu juga telah menyatakan bahawa Syiah yang mengkafirkan para sahabat r.a adalah “Syiah jadi-jadian”.Andainya benar dakwaan itu, adakah ini bermakna Al-Kulaiani, seorang yang dianggap sebagai “Tsiqatul Islam” di sisi Syiah sebagai “Syiah jadi-jadian atau tiruan?”. Al-Kulaini di dalam kitabnya yang amat mukatabar di sisi Syiah, Al-Kafi, iaitu sebuah kitab hadith yang kedudukannya di sisi Syiah, seperti kedudukan kitab hadith Sahih Bukhari di sisi Ahli Sunnah telah menyatakan bahawa Abu Bakar dan Umar merupakan dua orang yang dilaknat oleh Allah, para malaikat dan sekelian manusia, (Al-Kafi, jilid 8, hal : 246).

Adakah Syeikh At-Toifah Al-Imamiah, Abu Jaafar At-Thusi juga dianggap sebagai Syiah jadi-jadian walhal At-Thusi sendiri telah menulis dua kitab hadith sahih di kalangan Syiah dan pengarang kitab Rijal (biografi periwayat hadith) yang terutama dan yang tertua di sisi mereka? At-Thusi telah meriwayatkan di dalam kitabnya, Rijalul Kasyi, jilid 1, ms : 6 telah menyatakan bahawa semua sahabat telah murtad selepas kewafatan Nabi SAW kecuali tiga orang iaitu Miqdad bin Al-Aswad, Abu Dzar Al-Ghifari dan Salman Al-Farisi (selain daripada Saidina Ali, Hassan,Hussein dan beberapa orang lagi yang bilangannya tidak sampai 10 orang).

Adakah Khatimatul Muhadditsin di sisi Syiah iaitu Mulla Baqir Al-Majlisi turut sama dianggap Syiah jadi-jadian mengikut dakwaan alim tersebut, walhal Al-Majlisi telah meriwayatkan di dalam kitabnya, Haqqul Yakin, jilid 2, ms : 376 bahawa iblis (laknatullah ‘alaih ) terkejut besar tatkala mendapati bahawa dua orang yang lebih teruk daripadanya disiksa di dalam neraka adalah Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab!?

Sepatutnya kita meyelidiki sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum berucap berkenaan sesuatu perkara itu, biarlah ada sandaran dan rujukan yang muktamad apabila kita ingin berkata mengenai sesuatu. Jika tidak, bukankah berdiam diri lebih baik bagi kita sesuai dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun berdiam diri sahaja”.

Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Kemungkinan, ulama’ Ahli Sunnah yang “betul bendul” membenarkan muballigh-muballigh Syiah itu lantaran niat baik mereka hendak mempertemukan dan mendekatkan Sunni dan Syiah berdasarkan dakwaan-dakwaan (dakyah-dakyah?) Syiah sendiri. Namun perlu diingat dan diawasi, Syiah adalah satu golongan yang mengharuskan TAQIYYAH secara mutlak dan inilah senjata Syiah yang paling bahaya dan paling berkesan yang digunakan sehinggalah ke hari ini, hinggakan 9/10 daripada agama mereka dilaksanakan di atas dasar Taqiyyah ini, (Al-Kafi, jilid 2, ms : 217).

Tidaklah seharusnya kita melupai pesanan ulama’ seperti Imam Adz-Zahabi yang telah menyatakan : “Hari ini, saya tidak lagi menemui seorang yang benar daripada golongan Syiah dan yang boleh dipercayai (thiqah) kerana bohong telah menjadi syiar mereka, Taqiyyah dan nifaq pula telah menjadi selimut mereka”, (Mizanul I’tidal, jilid 1, hal : 5-6).

Jika kata-kata muballigh-muballigh Syiah itu diterima sebagai benar (tanpa Taqiyyah), tentulah golongan “Ahmaq” (bodoh lagi bingung) daripada kalangan Syiah yang disebutkan itu akan mengenai tokoh-tokoh Syiah sendiri seperti Al-Kulaini At-Thusi, Ibnu Babwaih Al-Qummi, Syeikh Mufid dan lain-lain lagi.

Andainya kita daripada Ahli Sunnah ini mempunyai hanya sedikit pengetahuan sahaja mengenai tokoh-tokoh yang menjadi rujukan Syiah, sudah pasti kita mampu berkata kepada mereka : “Andainya tokoh-tokoh kamu daripada golongan Ahmaq kerana menjadikan mereka sebagai rujukan dan sandaran kamu!!!

Dengan mengetahui siapakah sebenarnya golongan yang mengkafirkan golongan Syiah dan menghukumnya sekaligus sebagai sesat, secara automatiknya telah terjawablah tuduhan yang tidak berasas yang mendakwa bahawa golongan yang menentang Syiah adalah alat-alat musuh Islam / mustakbirin.

Andainya kita masih terus mendakwa bahawa golongan ulama’ dan amilin di dalam Islam yang menentang Syiah adalah alat musuh-musuh Islam, maka bererti sekaligus kita telah menuduh Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Bukhari dan selain mereka sebagai alat musuh Islam. Adakah kita sudah sampai ke tahap itu? Na’uzubillahi min dzalik…….

Isu Syiah ini sebenarnya adalah isu yang sudah terlalu lama dan sudah tidak tersembunyi lagi kepada para ulama’ Islam. Lantaran itu amatlah SALAH lagi keliru dakwaan yang menyatakan bahawa golongan yang menentang Syiah adalah tali barut Amerika dan upahan Arab Saudi, walhal para ulama’ Ahli Sunnah Wal Jamaah di zaman dahulu lagi telah menentang golongan Syiah ini secara habis-habisan sebelum ditemui benua Amerika dan sebelum terbentuknya kerajaan Arab Saudi di tanah Arab.

Seorang alim yang lain juga begitu terpesona dengan Khomeini sehingga menganggapnya sebagai “Imam” dan selalu juga mengucapkan kepadanya “Tarahhum” (Rahimahullah-Al-Marhum). Persoalannya sekarang, adakah layak orang seperti Khomeini diberikan tarahhum itu, walahal dia sendiri telah menuduh Abu Bakar As-Siddiq r.a sebagai pereka cipta hadith dengan menggunakan nama Rasulullah SAW (Kasyiful Asrar oleh Khomeini, ms : 115). Khomeini juga menuduh As-Siddiq sebagai seorang yang zindiq (Ibid, ms : 119) dan yang paling malang ialah Khomeini sendiri tidak percaya kepada Tuhan (Allah) yang tergamak melantik orang-orang yang zalim seperti Uthman, Muawiyah dan Yazid (Radiallahu ‘anhum ajama’in) sebagai pemimpin-pemimpin umat Islam!!!, (Ibid, ms : 107).

Bukankah mereka itu semuanya sebagaimana yang tertulis di dalam lipatan sejarah kegemilangan Islam sebagai orang-orang yang pernah memimpin umat Islam satu ketika dahulu? Maka siapakah yang melantik mereka itu selain Allah SWT? Adakah tuhan selainNya? Umat Islam wajiblah berfikir adakah mereka sanggup menggadaikan para khalifah yang mulia, Abu Bakar, Umar, Uthman dan sahabat-sahabat lain (Radhiallahu ‘anhum) hanya kerana kagum dengan seorang manusia yang mempunyai aqidah yang ganjil lagi menyeleweng seperti Khomeini ini?

Siapakah Abu Bakar As-Siddiqyang dicerca oleh Khomeini itu? Renungilah kata-kata Imam Muhammad Al-Baqir, yang dianggap sebagai Imam ke-5oleh Syiah sendiri, beliau berkata : “Saidina Abu Bakar adalah siddiq, siddiq, siddiq”, lalu berkatalah perawi kepadanya : “Tuan mengatakannya sebagai siddiq?”, lalu beliau menjawab : “Orang yang tidak mengatakan Saidina Abu Bakar sebagai seorang yang siddiq adalah orang yang tidak Allah benarkan – tasdiqkan – kata-katanya di dunia dan akhirat!!!”, (Kasyful Ghummal oleh Ali Bin Isa Al-Arbali, jilid 2, hal : 360).

Jelas, Imam yang mulia lagi berketurunan Rasulullah SAW itu sendiri telah menyatakan bahawa Abu Bakar adalah seorang yang siddiq sehingga diulangi sehinga tiga kali sebagai satu penegasan. Rasulullah SAW sendiri sebagaimana yang kita maklumi bersama, bagindalah yang telah memberikan gelaran “As-Siddiq” kepada Abu Bakar (r.a).

Siapakah Khomeini ini hinggakan dapat menawan hati kita dengan tuduhannya bahawa Abu Bakar adalah pencipta hadith-hadith palsu, walahal mereka – cipta hadith palsu lalu dilabelkannya sebagai hadith yang benar-benar datangnya daripada Baginda SAW merupakan jenayah dan pendustaan yang sangat besar di dalam Islam ini? Sekaligus ini membuktikan bahawa Khomeini sememangnya menuduh Abu Bakar (r.a) sebagai “Kazzab” (pendusta besar).

Sampai di sini, perlulah kita bertanya, siapakah di antara dua orang manusia yang ditabalkan sebagai tokoh Syiah yang lebih benar?, Imam Al-Baqir r.a ataupun Khomeini (l.a)?. Jika Imam Al-Baqir benar, sudah tentu Khomeini pendusta. Begitulah andainya sebaliknya. Tidak mungkin mereka berdua di pihak yang sama kerana mustahil yang amat sangat kita menghimpunkan dua perkara yang jelas bertentangan pada satu masa dan zat!!!

Sengaja dikemukakan riwayat dari Syiah sendiri yang turut sama menyaksikan kebenaran - siddiq – Abu Bakar r.a lantaran kedudukan Abu Bakar di sisi Ahli Sunnah telah jelas.

Khomeini sendiri di dalam bukunya, Al-Hukumah Al-Islamiyah menyatakan : “Para Imam mempunyai satu kedudukan yang tidak mampu dicapai oleh malaikat muqarrabun dan tidak juga oleh Nabi yang diutuskan. Inilah di antara teras aqidah kita, yang sama ditegakkan di atas fahaman kita, (Ibid, ms : 52).

Khomeini juga sebagaimana Syiah-Syiah lain turut sama beriman dengan kemaksuman para Imam iaitu tiada dosa, lalai dan lupa, (Ibid, ms : 91).

Sepatutnya, orang-orang yang berusaha mendekatkan Sunni dengan Syiah ini berfikir bagaimanakah mereka boleh menerima Khomeini yang telah jauh tersasul daripada landasan Islam yang benar.

Orang alim itu juga berpesan agar Syiah tidak disalah-mengertikan oleh umat Islam, menurutnya Syiah juga adalah satu fahaman yang suci dan diakui oleh Islam.

Benarkah begitu?, bagaimanakah Syiah boleh dianggap suci andainya sekelian Ahli Sunnah ini adalah anak zina melainkan Syiah?, (Al-Kafi, jilid 8, hal : 285).

Sucikah satu fahaman yang menyatakan bahawa darah Ahli Sunnah adalah HALAL ditumpahkan? (Al-Anwarun Nu’umaniyah oleh Ni’matullah Al-Jaza’iry, Jilid 2, hal : 307).

Sucikah sesuatu aliran feqh yang menyatakan bahawa pernikahan dengan seseorang wanita secara mut’ah (kontrak) adalah dibenarkan (malahan mempunyai fadhilat yang banyak) dan ianya boleh dilakukan tanpa wali, saksi dan pengisytiharan, tanpa perlu juga di soal sama ada wanita yang hendak dinikahi secara mut’ah itu isteri orang ataupun bukan!? (An-Nihayah oleh At-Thusi, ms : 489).

Bekas Syeikhul Azhar, Al-Imam Al-Akbar, Almarhum Syeikh Mahmud Syaltut (h.a) sendiri di dalam fatwanya telah menyatakan bahawa tidak masuk akal, Islam yang suci ini boleh menerima konsep perkahwinan seperti itu, (Fatawa, ms ; 274-275). Aneh sekali, beliau yang selalu dikatakan sebagai tokoh besar yang menerima Syiah Imamiah oleh golongan Syiah sendiri, tiba-tiba menolak ajaran Feqh Jaafariah ini dan menyatakannya sebagai bukan daripada ajaran Islam setelah beliau menerima Syiah Imamiah sebagai salah satu mazhab di dalam Islam!!! (Nyatalah di sini pembohongan Syiah).

Sucikah ajaran Syiah ini yang mendakwa kononnya merekalah “mazhab Ahli Bait” dan golongan yang amat menyintai Ahli Bait (r.a), walhal mereka sendiri “menikam Ahli Bait dari belakang!!?”.

Di dalam beberapa kitab Syiah yang muktabar tersebut bahawa Imam Muhammad Al-Baqir telah keluar ke khalayak umum dengan keadaan telanjang setelah beliau melumurkan kapur ke seluruh anggota tubuhnya hatta kemaluannya dan di anggap itu adalah menutup aurat, (Al-Furu’ Min Al-Kafi, jilid 6, ms : 502-503, Man La Yadhurruhul Faqih, jilid 1, ms : 117 dan Wasa’ilul Syiah, jilid 1, hal : 378).

Sucikah ajaran feqh mereka yang menyatakn bahawa seseorang yang bersetubuh dengan ibu kandungnya ataupun puterinya sendiri tanpa perkahwinan adalah zina, jika setelah berkahwin pula bukanlah zina tetapi “sifaah” dan anak yang lahir hasil hubungan itu bukanlah anak haram. Sesiapa yang menuduh anak itu sebagai anak zina, ia boleh dihukum hudud kerana telah melakukan jenayah Qadzaf!!?, (Al-Kafi, jild5 ms : 570-571).

Sucikah sesuatu ajaran yang menuduh Ahli Sunnah lebih najis daripada anjing dan babi!??, (Al-Kafi, jilid 3, ms : 14, Man La Yadhrruhul Faqih, jilid1, ms : 9, Al-istibsyar, jilid 1, ms : 18, Jamiul Akhbar, ms :185 dan Haqqul Yakin, jilid 2, ms : 382).

Adakah ajaran-ajaran seumpama ini yang telah diakui oleh Islam?. Islam yang mana satukah yang telah mengakui ajran-ajaran karut seperti ini???, tolong buktikan…….!!

Boleh jadi, bagi sesetengah pihak yang telah terpaut hatinya dengan Syiah ini akan terkejut dengan kenyataan-kenyataan ini, akan tetapi usahlah terkejut!!, bukankah semuanya yang telah tersebut itu telah dinyatakan sekali sumber-sumber pengambilannya dan rujukannya. Mereka bolehlah melihat sendiri!!

Adapun juga yang mengajak kita agar tidak memandang serong terhadap Syiah, lebih-lebih lagi kepada Khomeini kerana mazhab itu tidak pernah pun menghina dan menganggap Ahli Sunnah sebagai satu golongan yang telah terkeluar daripada Islam. Buktinya ialah Khomeini sendiri telah mengarahkan agar jemaah haji Iran berimamkan Imam Masjidil Haram apabila mereka menunaikan haji di Mekah, walhal Imam Masjidil Haram bukanlah bermazhab Syiah.

Jawapannya ialah, kita telah pun menjelaskan pandangan Syiah terhadap kita dan sejauh manakah benar dakwaan bahawa Syiah tidak pernah mendakwa kita sedemikian jelek. Oleh itu sudah tidak timbul lagi masalah ini apabila sudah jelas.

Berhuubung dengan arahan Khomeini itu, ianya hanyalah satu arahan bertaktikkan “Taqiyyah” kerana hakikatnya, mereka sendiri beriman bahawa tidak ada bezanya solat Ahli Sunnah dengan dosa perzinaan yang dilakukannya, (Ar-Raudhah Minal Kafi, jilid 8, ms :162, Tafsir Al-Barhan, jilid 4, hal : 453) dan tidak sah sebenarnya solat di belakang Ahli Sunnah, (An-Nihayah oleh At-Thusi, hal : 112).

Menurut Syiah lagi, segala riwayat yang menceritakan berkenaan sembahyangnya Saidina Ali (r.a) di belakang Imam-Imam Ahli Sunnah seperti para khulafa’Ar-Rasyidin dan para sahabat (Radhiallahu ‘anhum) adalah dengan bertaqiyyah. Para Imam-Imam Syiah juga dipertanggungjawabkan untuk melakukan sembahyang secara taqiyyah ini apbila bersembahyang di belakang imam-imam yang bermazhab Ahli Sunnah, (Talkhisus Syafi oleh At-Thusi, ms : 354).

Bahkan, Syiah juga meriwayatkan bahawa bersembahyang di belakang dan bersama Ahli Sunnah dengan bertaqiyyah ini akan mendapat pahala 25 kali ganda. Di dalam riwayat lain juga menyebut pahalanya adalah seumpama pahala bersembahyang bersama Rasulullah SAW sendiri ataupun bersama para Imam mereka yang maksum!!, (Man La Yadhurruhul Faqih, ms : 250, Jaamiul Akhbar, hal : 108).

Amalan taqiyyah ini begitu penting lagi istimewa sekali di sisi Syiah hingga diriwayatkan bahawa Imam Jaafar As-Sodiq ada berkata : “Beramal dengan taqiyyah itu lebih afdhal daripada sedekah, zakat, haji dan jihad”, (Jaamiul Akhbar oleh Ibnu Babwaih Al-Qummi, ms : 108).

Perlu diingat, Khomeini sendiri adalah pengikut Syiah yang begitu setia. Segala amalan dan tindak tanduknya sudah tentu berhujjahkan amalan dan kitab-kitab Syiah yang muktabar di sisinya (selain itu, Khomeini juga dianggap sebagai naib Imam – 12). Bagaiamanakah kita mahu mengatakan bahawa Khomeini telah melakukan “Tabarruah” (berlepas diri) daripada segala pandangan Syiah dahulu walhal segala rujukan Syiah yang telah disebutkan dan dinyatakan sebalum ini dianjurkan oleh Khomeini sendiri untuk dijadikan rujukan dan pegangan mereka hingga ke saat ini. Mereka yang masih enggan mempercayai segala pendedahan sebenar pegangan Khomeini yang dianggap sebagai “Mujaddid” dan “Imam Ummah” (konon-kononnya) bolehlah merujuk sendiri kepada tulisannya di dalam kitab “Al-Hukumah Al-Islamiyah”.

Sabtu, 11 Februari 2012

SYIAH MUSUHKU......??????

saya kemukakan kertas kerja yg disediakan hasil perbentangan ustaz Muhammad asri yusuf sebagai panduan kita bersma menghadapi syiah di Malaysia.

SEKAPUR SIRIH DARIPADA PENGOLAH

Alhamdulillah, segala puji-puji hanyalah milik Allah SWT, Tuhan seru sekelian alam sejagat, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda r.a, para sahabat r.a dan para pendokong kebenaran sehinggaah ke hari akhirat kelak, Amin.

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan sedikit kelapangan dan kekuatan, dengan izinNya dapatlah dipersembahkan risalah ini di hadapan sidang pembaca demi menjaga aqidah kita daripada segala penyelewengan dan ajaran sesat yang tidak putus-putus menyerang Muslimin hingga ke hari ini.

Allah Taala melalui firmanNya di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 120 sendiri telah menjelaskan bahawa golongan Yahudi dan kristian sama sekali tidak akan redha kepada umat Islam selagi mana kemahuan dan ajaran mereka tidak dianuti. Ertinya mereka sentiasa mahu menghancurkan kita, sama ada menyerang dari luar mahupun dari dalam.

Allah Taala juga mengajar kita bahawa disamping kuffar dan musyrikin sebagai musuh kita, ada satu kelompok lagi yang lebih berbahaya dari mereka, yang juga tidak putus-putus mahu merosakkan keimanan dan kekuatan kita, mereka itulah golongan Munafiqin. Betapa bahayanya mereka ini sehinggakan Allah Taala mengkhususkan satu surah yang menerangkan sifat-sifat mereka di dalam kalamNya. Amatlah malang bagi umat Islam yang bersemanagat menentang kuffar musyrikin akan tetapi jahil pula di dalam mengenali golongan munafiqin ini.

Risalah ini menerangkan hakikat Syiah Imamiah Ithna Asyariah (Jaafariah) yang menjadi mazhab rasmi kerajaan Iran sekarang. Sememangnya risalah ini tidak mampu menghurai satu persatu ajaran mereka sedangkan sejarah mereka sahaja telah bermula semenjak lebih 1000 tahun dahulu, ianya hanya menyentuh sedikit persoalan mengenainya yang amat perlu diketahui oleh setiap umat Islam yang sayangkan agama Allah ini. Namun begitu, mengetahui sesuatu perkara itu dengan sedikit lebih baik daripada membiarkan diri terus tidak mengetahuinya.

Sengaja saya mengolah semula hasil penulisan Al-Fadhil Ustaz Muhammad Asri Yusoff di dalam rupa bentuk yang lebih mudah untuk dihaayti, khasnya oleh masyarakat Melayu yang berada di bumi Anbiya’ ini. Mesir ini agak terserlah betapa bahayanya dan sesatnya fahaman Syiah ini. Di samping itu, saya telah menyertakan sekali beberapa tambahan yang bermanfaat, agar kita tidak lagi meraba-raba di siang hari yang cerah disuluhi cahaya mnetari yang terang benderang hingakan kita tidak mampu menilai yang mana satukah permata, dan yang mana satukah kaca.

Secara ringkasnya, risalah ini ditulis oleh Ustaz Asri Yusoff untuk mneyentuh beberapa perkara berikut :

* Hakikat kesesatan Syiah Imamiah Ithna Asyariah (Jaafariah) yang sering dianggap sebagai Syiah yang sederhana oleh sesetengah umat Islam.

* Kegagalan Darul Taqrib Bainal Madzahib di dalam menyatukan kelompok Sunni-Syiah.

* Benarkah golongan yang anti Syiah itu adalah pro Amerika dan Arab Saudi?

* Apakah pegangan sebenar Ayatullah Ruhullah Khomeini?

* Benarkah Syiah tidak memusuhi kita serta amat sayang kepada Ahli Bait r.a?

Saya mengaharapkan agar segala manfaat daripada risalah ini serta pahalanya dianugerahkan kepada mereka yang berjuang mempertahankan kebenaran ajaran Islam yang sebenar, khususnya kepada Al-Fadhil Ustaz Asri Yusoff selaku penulisnya, Amin Ya Allah.

Diharapkan selepas ini, tiada lagi yang tersasul lagi bertindak laksana orang yang nyanyuk di dalam masalah Syiah sehingga menyesatkan ramai manusia, sama ada disedari olehnya ataupun tidak.

FITNAH SYIAH : DI ANTARA KECUAIAN ULAMA’ DAN KEJAHILAN UMMAH

Merujuk kepada sebuah akhbar yang bertarikh Jumaat 9 Julai 1993 yang memuatkan liputan sekitar Seminar Antarabangsa Pendekatan Mazhab Sunni-Syiah Di Dalam Konteks Kebangkitan Islam dan juga liputan mengenai forum yang diadakan sempena majlis yang sama. Di sini inginlah saya memberi sedikit komentar mengenainya kerana didapati ada beberapa perkara yang menyentuh permasalahan aqidah umat Islam.

Adapun mengenai kenyataan-kenyataan dan beberapa kertas kerja yang dibentangkan, sejauh pemerhatian saya tidaklah boleh bukti-bukti yang boleh dipertanggungjawabkan serta tiada bukti-bukti yang kukuh selain daripada sentimen demi kesatuan umat yang selalu diungkit-ungkitkan.

Tajuk seminar iaitu Pendekatan Mazhab Sunni-Syiah Dalam Konteks Kebangkitan Islam adalah satu tajuk yang pada lahirnya kelihatan bergemerlapan, akan tetapi hakikatnya adalah pengulangan pengalaman pahit yang telah ditempuh oleh ulama’ Ahli Sunnah Wal Jamaah di zaman lampau.

Sejarah sendiri telah membuktikan bahawa di permulaan abad ini telah pun dilakukan usaha-usaha pendekatan di antara beberapa mazhab Islam, akan tetapi percubaan itu adalah percubaan yang mandul yang tidak membuahkan apa-apa hasil sebagaimana yang dijelaskan oleh Almarhum Dr. Mustafa As-Sibie : Usaha-usaha pendekatan itu hanya berlaku daripada kedua belah pihak –Syiah dan Sunni- di meja rundingan sahaja. Tetapi dari segi praktikalnya, jelaslah bahawa golongan Syiah termasuklah orang-orang yang bekerja keras mengeluarkan buku-buku ke arah pendekatan ini seperti Syarafuddin Abdul Hussein Al-Musawi dan selainnya, telah melanggar apa-apa yang telah diputuskan di dalam muktamar-muktamar yang diadakan oleh kedua belah pihak. Sikap ulama’ Syiah seperti itu tiada bezanya sama ada mereka di Iraq, Iran mahupun Lubnan (As-Sunnah Wa Makanatuha Fi tasyri’il Islamiy :ms 8-12). Ini bererti, para ulama’ Al-Azhar yang mewakili golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah telah kecundang di dalam usaha-usaha mereka pada peringkat awal lagi.

Kerana itulah, Al-Allamah Sayyid Muhammad Rasyid Redha setelah bertungkus-lumus bekerja keras untuk mendekatkan di antara aliran Syiah-Sunni, telah tidak mahu terlibat dengan usaha-usaha pendekatan ini lagi setelah mengetahui hakikat Syiah. Ini jelas diterangkan di dalam bukunya : As-Sunnah Wasy Syiah. Perkara yang sama juga telah disebutkan oleh Al-Ustaz Anwar Al-Jundi di dalam bukunya : Tarikhus Sohafah Al-Islamiyah, jilid 1, hal : 193 dan 144.

Satu perkara yang perlu direnung bersama ialah mengapakah usaha-usaha tersebut gagal? Dan sebenarnya bolehlah ditegaskan bahawasanya usaha-usaha tersebut adalah satu perkara yang mustahil dan membuang masa kerana perbezaan di antara kedua mazhab itu pada hakikatnya bukanlah menyentuh persoalan cabang (furu’) bahkan sebenarnya menyentuh persoalan-persoalan pokok (usul / aqidah). Tepat sekali kata-kata seorang tokoh Syiah di India, Imdad Imam yang berkata : “Sesungguhnya aliran Imamiah dan Ahli Sunnah adalah laksana dua mata air yang berlari ke arah yang berlainan dan sampai kiamat akan mengalir demikian dalam keadaan berjauhan. Kedua-duanya tidak mungkin akan bertemu sampai bila-bila pun” (Misbahuz Dzulam (مصباح الظلام) oleh Imdad Imam, halaman : 41-41).

Mungkin ada sesetengah golongan akan berkata bahawa setelah ada perkataan dan rancangan untuk mendekatkan dua aliran tersebut, “Bukankah menyingkap hakikat sebenar ajaran syiah ini hanyalah merupakan satu usaha untuk menghancurkan yang akan menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat dan fitnah, sekaligus sebagai satu cara untuk menghancurkan usaha-usaha ke arah pendekatan di antara Sunni-Syiah?”.

Perlulah diingat, menjelaskan sesuatu ajaran dan fahaman dengan disertakan sumber-sumber rujukannya yang cukup daripada ajaran itu sendiri TIDAKLAH satu perkara yang boleh dikatakan menyebarkan fitnah mengenainya, bahkan tetapi, usaha mendekatkan ajaran Islam dengan sesuatu ajaran yang sesat tanpa merujuk kepada kitab-kitabnya yang muktabar itulah sebenarnya menyebarkan fitnah, sekalipun slogan-slogan dan sentimen-sentimen seperti “Kesatuan Umat” dan “Bersama Menentang Musuh” itu sering dimain-mainkan.

Kalaulah tidak kerana kenyataan-kenyataan yang mengelirukan yang dikeluarkan oleh beberapa ulama’ (yang tertipu dengan permainan Syiah ini), selain daipada pemalsuan hakikat dan kedudukan mereka yang penting dan berpengaruh, tentulah saya tidak menulis artikel ini. Mungkin satu golongan ataupun satu parti boleh berpakat di atas sesuatu kesesatan, namun semua umat Islam tidak akan bersepakat di atas sesuatu kesesatan itu. Tulisan ini hanyalah untuk membuktikan kebenaran sabda baginda Rasulullah SAW yang bermaksud :

ا تجتمع أمتى على الضلالة

“Umatku tidak akan bersepakat di atas sesuatu kesesatan” (Hadith riwayat Thabrani, Ibnu Majah, Ibnu Abi Aasim)

Kenyataan-kenyataan mereka tersebut jelas menunjukkan bahawasanya mereka sebenarnya tidak mengetahui hakikat Syiah yang sedang dilakukan usaha pendekatannya dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kerana itulah sampai sekarang mereka masih tertipu dengan Syiah walaupun hakikat Syiah ini sebenarnya sudah jelas ibarat “sudah terang lagi bersuluh”, apatah lagi setelah berjayanya Revolusi Iran (1978) yang dipimpin oleh Ayatullah Khomeini Al-Musawi.

Namun bagi orang yang tidak berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah di zaman yang dipenuhi kegelapan ini serta tiada cahaya, tetap meraba-raba walaupun matahari berada di tengah langit. Masakan orang buta dapat menikmati cahayanya yang terang itu? Masakan juga manusia yang celik dapat melihat sesuatu yang ada di hadapannya andainya dia terus memejam matanya?

Al-Quran dan As-sunnah adalah cahaya nan terang-benderang yang dapat menyuluh kehidupan manusia, khasnya orang-orang Mukminin. Mengapakah kita masih lagi belum mengenali golongan Munafiqin, selain daripada golongan Musyrikin walhal sifat-sifat mereka sudah jelas diterangkan di dalam kitab Allah Taala.

Mungkin masyarakat yang jiwanya berlumuran dengan syirik, bid’ah dan duniawi tidak dapat menampung cahaya Allah itu sehingga dapat digunakan untuk menyuluh (mengenali) golongan Munafiqin itu, akan tetapi bagaimana pula dengan manusia yang suci jiwanya seperti Al-Imam Jaafar As-Sodiq yang tegas menyatakan : “Tiada satu ayat Al-Quran pun yang diturunkan berkenaan orang-orang Munafiqin melainkan kandungan ayat itu pasti ada pada orang-orang yang menganut fahaman Syiah”, (Rijal Al-Kasyi, hal : 299).

Adakah kita sedang berusaha mendekatkan umat Islam dari kelompok Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan golongan Munafiqin?

Mungkin ada yang mengatakan : “Kita hanyalah inginkan perpaduan di antara kedua-dua golongan Islam, Syiah dan Sunni”. Adakah kita lebih TAHU mengenai Syiah daripada Imam Jaafar As-Sodiq itu?

Bukankah Rasulullah SAW sendiri di dalam hadithnya telah menjelaskan berkenaan hal Syiah ini :“Akan timbul di akhir zaman nanti golongan yang digelar RAFIDHAH (رافضة), mereka menolak Islam (pada hakikatnya) tetapi mendakwa merekalah Islam. Perangilah mereka kerana merekalah sebenarnya golongan Musyrikin”. (Hadith riwayat Ahmad, thobrani, Abu Yaala dan Bazzar)

Saya tidak menafikan bahawa ulama’ yang terkeliru itu, di dalam ucapan-ucapan dan kenyataan-kenyataan pada kesempatan-kesempatan yang berlainan telah mengeluarkan pendapat yang menghentam Syiah dan menyatakan ketidak-setujuan mereka terhadap penyebaran ajaran Syiah di negara kita ini, di samping mereka juga menyatakan ketiadaan minat mereka terhadap Syiah, tetapi YANG DIKESALI kerana di samping kenyataan seumpama itu telah didapati juga kenyataan mereka yang kurang jelas dan boleh mengelirukan orang awam lantaran ajaran-ajaran Syiah itu sendiri telah dianggap sebagai salah satu aliran (mazhab) di dalam Islam.

Larangan mereka itu daripada menyebarkan ajaran Syiah ini bukanlah lantaran kesesatannya dan penyelewengannya dari sudut aqidah, tetapi hanya kerana ia akan menimbulkan kekecohannya di kalangan masyarakat yang sempit pemikiran tidak sesuai disebarkan mazhab Hanafi di kalangan pengikut-pengikut mazhab Syafei walaupun mazhab Hanafi itu bukanlah sesat.

Kesimpulan yang dapat saya buat mengenai sikap beberapa ulama’ yang tidak tetap pendirian mereka terhadap Syiah ini, merupakan kejayaan besar Syiah di dalam memerangkap para ulama’ Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan menggunakan umpan yang bersalutkan Taqiyah (تقية ) iaitu tipu muslihat tanpa ada sebab dharurat).

Syiah berjaya memerangkap ulama’ tersebut dan berjaya di dalam misi mereka, sekurang-kurangnya menjadikan para ulama’ itu serba salah di dalam menyatakan sikap mereka secara tegas berhubung masalah Syiah ini.