Ahad, 29 September 2013

PIMPINAN PAS BALING, KEDAH 2013-2015, HARAPAN AKAR UMBI UNTUK PERUBAHAN


Ustaz Abdul Rahman Yahaya dan Brigadier Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad adalah muka baru yang telah memenangi jawatan Yang DiPertua dan Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Baling bagi sesi 2013-2015.Mereka berdua adalah masing-masing anak kepada Tuan Guru Yahaya Thoha dan Haji Ahmad JP merupakan pengasas kepada pusat pendidikan Islam yang terkenal di daerah ini iaitu Yayasan Khairiyah Pokok Pisang Kupang.Manakala YB Cikgu Md Zuki Yusof yang juga Adun Kuala Ketil menang untuk jawatan Naib Yang DiPertua.Jawatan Ketua Urusan Ulamak pula berjaya dimenangi oleh Ustaz Zawawi Ibrahim dalam pertandingan yang penuh harmoni dan tenang.

Dengan hasrat untuk mengembalikan Parlimen Baling dan DUN Kupang yang berjaya dirampas oleh UMNO/BN dalam PRU-13 yang lalu ,menyaksikan 43 orang ahli menawarkan diri untuk menjadi ahli jawatankuasa bagi menyuntik semangat ahli dan gerakerja PAS Kawasan yang mantap .Berikut adalah senarai penuh ahli jawatankuasa yang dipilih untuk sesi 2012-2015(mengikut undi tertinggi)

1. Marzuki Yusof
2. Mohd Rafil Mat Hassan
3. Ahmad Zakaria
4. Mansor Zakaria
5. Nordin Md Isa
6. Mahmud Yaacob
7. Hamdan Dzauddin Abdul Wahb
8. Saidin Husin
9. Mustafa Salleh
10. Zulkifli Abu Osman
11. Nasir Idris
12. Mohd Helmi Wahab
13. Mohd Zainol Ariffin
14. Md Saad Hassan
15. Abdullah Isa Hamid
16. Nawawi Ahmad

sumber

-peneranganpaskedah

Sabtu, 19 Januari 2013

PENGURUSAN FELDA MENGELABAH

Salam perjuangan kepada sahabat2
kami ahli dan penyokong PAS FELDA TELOI KANAN ingin berkongsi maklumat kepada seluruh rakyat yang cintakan KEBANGKITAN RAKYAT dalam PRU 13 nanti.
kami peneroka felda telah menerima notis dari pihak Pengurusan FELDA TELOI KANAN yang memberi amaran kepada seluruh warga FELDA supaya tidak mengadakan aktiviti seperti ceramah, seminar, bengkel dan lain-lain dengan makksud untuk menjatuhkan kerajaan BN. mana2 aktiviti dengan mnaksud sedemikian akan dihalang oleh pengurusan FELDA. alasan yang dikemukakan oleh FELDA ialh kerana aktiviti tersebut memecah belahkan masyarakat FELDA...

kami ahli-ahli PAS FELDA TELOI KANAN sebulat suara untuk tidak mengendahkan amaran dan arahan tersebut.. aktiviti seperti usrah mingguan akan dilaksanakan seperti biasa
satu penghalang gate atau pengadang gate telah dibina di laluan masuk felda teloi kanan untuk menghalang kembara oren yang akan dilancarkan di felda teloi kanan pada 2 februari nanti.kami mengalu-alukan kembara oren pimpinan sdr MAZLAN ALIMAN meredah masuk ke felda kami yang menjadi denyut nadi umno selma ini.. kami akan memberi kerjasama Penuh...