Rabu, 21 Oktober 2009

terCalaR SPRM yang dah calaR2

banyak benda dah terjadi dalam negara kita nie, bila pakai pakar tempatan je mesti ada benda silap..dulu masa highlandTower runtuh pun kena pakar Asing baru laaa jumpa mangsa tetimbus, dulu masa ekonomi merudum pun kena guna khidmat pakar ekonomi asing, nak beli heli pun kena pakai pakar asing,... kes mendiang teoh beng hock, bila pendedahan dibuat pakar forensik asing barulah nampak kesamaran yang selama ini ditutup....apa nak jadi dengan 1Malaysia..

SHAH ALAM, 21 Okt [8.35 pm] - Seorang ahli patologi terkenal Thai, Dr Porntip Rojanasunan memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa terdapat 80 peratus kemungkinan homisid dan 20 peratus kemungkinan bunuh diri dalam kes kematian pembantu politik Teoh Beng Hock (foto). Ketika memberi keterangan dalam bahasa Inggeris, wanita itu berkata Teoh mengalami beberapa kecederaan sebelum jatuh dan mati selepas disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor. Beliau berkata kecederaan ke atas Teoh termasuk tusukan di bahagian dubur, kesan melelas di paha dan lebam cekek di leher, dan ini tidak sejajar dengan keadaan jatuh dari tempat tinggi. Pakar berusia 54-tahun itu, yang diminta oleh kerajaan Selangor untuk memberi keterangan mengenai sebab kematian Teoh, berkata hasil siasatannya berdasarkan laporan autopsi, Dr Khairul Azman dan Dr Prashant Naresh Samberkar serta gambar bedah siasat yang dibekalkan kepadanya. Teoh, pembantu politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, dijumpai mati pada 16 Julai di tingkat 5, Plaza Masalam selepas memberi kenyataan dalam kes mengenai dakwaan salahguna peruntukan negeri di pejabat MACC Selangor yang terletak di bangunan yang sama. Dr Porntip kini Ketua Pengarah Institut Sains Forensik Pusat, Kementerian Kehakiman, Thailand, dan mempunyai 27 tahun pengalaman dalam bidang sains forensik. Pakar Thai itu tiba di mahkamah pada jam 8.50 pagi. Beliau turut mengadakan tayangan slaid bagi membantu mahkamah memahami keterangannya. "Dari gambar post-mortem, saya dapati ada kesan lebam di bahagian kanan leher, yang kami (pakar patologi) panggil ''handle bruise'', dan kecederaan ini selaras dengan kecederaan disebabkan cekekan," kata Dr Porntip yang telah mengendali lebih 10,000 bedah siasat. Beliau berkata kecederaan itu tidak dinyatakan dalam laporan autopsi disediakan oleh Dr Khairul Azman dan Dr Prashant, yang telah diberikan kepadanya untuk diperiksa.

dari :pahangonline.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan