KEMBALI KE DASAR PERJUANGAN KITA
Ketika berjaya menawan Baitul Maqdis di Ilya’ Palestin, tentera islam bergembira dan merayakan kemenangan tersebut dengan satu keraian, Panglima Tentera Islam, Abu Ubaidah A’mir Ibnu Jarrah menyedari bahawa Amirul Mukminin Saidina Umar Ibnu al Khattab tidak bersama mereka, lalu beliau keluar mencari Amirul mukminin, didapati Saidina Umar berada di kemahnya, sedang sujud, sujudnya sangat lama… setelah selesai, Abu Ubaidah menghampiri Umar.. yaa subhanallah.. amirul mukminin menangis…air mata membasahi pipi, Amirul mukminin menangis di malam kemenangan, kenapa menangis di malam kemenangan, impian orang islam untuk bersembahyang bertakbir bertahmid bertasbih di Masjid al Aqsa menjadi kenyataan pada hari ini… orang yahudi nasara serta pendita dan paderi mereka tunduk kepada pemerintahan islam di bawah kepimpinan Amirul Mukminin Umar al Khattab….. Amirul Mukminin sendiri yang membuka Baitul Maqdis….. kenapa tidak bergembira..
Abu Ubaidah bertanya, “kenapa engkau menangis di malam kemenangan ini wahai amirul mukminin”, jawab Saidina Umar, “aku bimbang jika sekiranya dibentangkan kepada kamu dunia, kamu leka denganya, menyebabkan kamu berbalah sesama sendiri”….khutbah pertama Saidina Umar di Baitul Maqdis, saya yakin sahabat semua pernah mendengarnya iaitu, “KITA ADALAH SATU KAUM YANG DIMULIAKAN ALLAH DENGAN ISLAM, JIKA SEKIRANYA KITA MENCARI SELAINNYA KITA AKAN MENDAPAT KEHINAAN DARI ALLAH”. Itulah dasar yang sangat jelas diletakkan oleh Saidina Umar memperingati tentera islam dan umat seluruhnya bahawa jangan sampai dengan anugerah kemenangan yang diberikan Allah kepada kita, menyebabkan kita lupa dasar perjuangan islam yang kita perjuangakan selama ini.
Dasar yang diletakkan oleh pimpinan kita dalam bahtera perjuangan PAS ini adalah jelas, Al Quran, Hadis, Ijmak & Qias. Ke arah menegakkan daulah islamiah, kerajaan islam, segala sistem yang memerintah dan mentadbir negara mestilah tunduk kepada Allah dan Rasul. Syariat islam memerintah dan memandu kehidupan manusia. Keyakinan kita, syariat islam yang terbaik, sistem islam yang paling sesuai, islam berjaya merentasi zaman dan waktu, islam is the way of life……
Di dalam berpolitik, kita mengejar kemenangan, bekerja bertungkus lumus memikat pengundi untuk menyokong perjuangan islam. Sokongan yang ramai akan memenangkan parti islam… kemenangan perjuangan kita adalah untuk memartabatkan syariat islam…. Kerana islam itu ad din dan ad daulah, agama yang mengatur kehidupan dan agama yang memerintah mentadbir… namun jangan sampai kita gadaikan dasar perjuangan setelah mencapai kemenangan… al Qardawi menyebutkan dalam risalah as sohwah al islamiah, “Uslub atau cara pendekatan dakwah berubah mengikut kesesuaian masa, zaman dan tempat. Tetapi prinsip dasar perjuangan islam yang di dokong ikhwan al muslimun tidak pernah berubah…”
Setelah kita Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh PAS memerintah kedah selama 3tahun, dan baru sahaja berlalu sambutan 3tahun kedah sejahtera… ahli-ahli PAS perlu menilai dengan sikap yang paling adil adakah kemenangan ini memberi keuntungan kepada nilai2 islam yang kita perjuangkan.. Peranan Masjid menggerakan agenda dakwah islamiah. Persatuan belia yang bertanggungjawab memimpin belia2 ke arah tunduk taat hanya kepada Allah.. terakhirnya.. renunglah ungkapan seorang aktivis PAS di era 70an & 80an.. “Ana mengambil sikap untuk tidak mahu menyalahkan.. tetapi banyak perkara yang ana terkilan dan kecewa.. tunggu dan lihat..ana mengharapkan perubahan itu…..” mendengar ungkapan ikhlas ini, saya terduduk melengung…merenung seketika… dan menulis catatan ini.. terima kasih kerana anda sudi membaca….
Oleh:sayangPAS4ever