Khamis, 5 November 2009

PERHATIAN....PESERTA SEMINAR POLITIK PAS



Saya tertarik dengan tulisan seorang rakan kita di Kubang Pasu, semoga cacatanya memberikan sesuatu kepada peserta seminar nanti, kita ada kekuatan kita tersendiri, kekuatan itu tidak ada pada orang lain. anugerah kekuatan ini anugerah Allah kepada perjuangan Islam.. jangan sampai kita mendahulukan orang yang tidak pernah merasai kemanisan perjuangan ini menyentuh keyakinan kita pada pimpinan.. sayangilah perjuangan ini..selamat membaca

Seminar Politik Pas Pusat yang akan diadakan pada hari Sabtu, 7 November depan yang menghimpun seluruh kepimpinan parti semua peringkat adalah suatu tindakan pro aktif yang boleh menjadi medan perbincangan strategik parti bagi mengharungi cabaran di masa kini dan akan datang. Di samping pastinya ia juga sebagai landasan yang terbaik dalam usaha menyatupadukan kepimpinan dan ahli-ahli Pas serta memperkasakan tubuh badan Pas itu sendiri.

Namun disebalik kebaikan penganjuran program tersebut terdapat sedikit kepelikannya, apabila pihak penganjur mengundang orang luar yang telah membuat pengakuan secara terang bahawa dia bukan ‘orang parti’ untuk memberi ucapan maupun wacananya di program tersebut selama 30 minit. Orang yang dimaksudkan membuat pengakuan bahawa bukan ‘orang parti’ tersebut ialah Dr Abddul Aziz Bari.

Dalam kontesk Pas, siapakah Dr Abdul Aziz Baru ini ? Adakah dia seorang individu yang telah diberi tanggungjawab oleh parti ataupun pemimpin-pemimpin Pas tertentu untuk memberi pandangan dan mengkritik pemimpin tertinggi dan pemimpin kanan Pas secara sesuka hati. Kuasa kritikan yang ada kepadanya sehingga memperlekehkan Presiden Pas, di samping mengaitkan kekalahan Pas di Bagan Pinang adalah disebabkan oleh beberapa kepimpinan Pas yang lain.

Walaupun Pas secara prinsipnya mengalu-alukan serta mendukong konsep kebebasan bersuara kepada seluruh manusia termasuklah Dr Aziz Bari, namun apakah tindakan Dr Aziz Bari yang memperlekehkan kepimpinan Pas dengan hanya memberi hujah yang dangkal dan naïf melalui media massa boleh dipandang ringgan oleh ahli Pas yang berfikiran waras dan rasional. Sehinggakan kritikannya tersebut hampir mencetuskan krisis kepimpinan dalam Pas.

Di sini saya cuma nak menimbulkan persoalan kepada pihak penganjur apabila menjemput Dr Aziz Bari datang ke seminar untuk memberi pandangan maupun wacananya. Apapun alasan yang bakal diberikan oleh pihak penganjur, saya tetap mengatakan keterlibatan Dr Aziz di dalam seminar tersebut adalah tidak wajar dan sama sekali tidak diperlukan oleh Pas kerana ia bukan sahaja bukannya ‘orang parti’ tetapi secara jelas ia bersikap negative kepada beberapa kepimpinan Pas termasuklah Presiden dan Timbalan Presiden Pas.

Perlekehannya ke atas Presiden Pas, saya kira cukup mendukacitakan ahli-ahli Pas kecuali bagi mereka-mereka tertentu yang mungkin mahukan Dr Aziz Bari ataupun pihak luar berbuat begitu kepada Presiden Pas. Ahli Pas yang rasional saya yakin ia amat tersentuh dengan perbuatannya itu.

Oleh itu, saya juga beranggapan bahawa kesediaan pihak penganjur mengundang Dr Aziz Bari adalah suatu kesilapan besar serta berpotensi menimbulkan masalah baru kepada Pas di masa depan.

Perlu diingatkan kepada pihak penganjur bahawa Pas tidak perlu kepada wacana ataupun kritikan dari ‘orang bukan parti’ seperti Dr Aziz Bari terhadap kepimpinannya kerana ahli-ahli Pas sendiri mampu untuk memikir dan menilai kepimpinannya sendiri. Dalam sejarah Pas, belum pernah berlaku ‘orang bukan parti’ begitu berkuasa dalam memberi pandangan dan teguran kepada Pas sehinggakan menyebabkan Mursyidul Am Pas melenting dan hampir- hampir mencetuskan krisis kepimpinan serta perpecahan dalam parti.

Nampaknya, kritikan dan perlekehan terhadap Presiden Pas dan pemimpin kanan Pas lain yang dilakukan oleh Dr Aziz Bari begitu berkuasa sekali sehinggakan ia diajak sama turut serta dalam seminar politik Pas pada Sabtu ini. Mungkinkah seminar politik ini nanti memberi kesempatan kepadanya untuk memperlekehkan pemimpin Pas di depan para peserta yang terdirin kepimpinan Pas dari seluruh negara.

Akhirnya, pihak penganjur sewajarnya membatalkan undangan tersebut, sebaliknya mengundang tokoh-tokoh dan kepimpinan PAS itu sendiri di dalam memberi pandangan maupun kritikan di atas apa jua isu di dalam seminar politik yang akan diadakan tersebut. Biarlah tokoh dan pemimpin Pas sahaja yang memberi pandangan mereka, barulah pengisian seminar tersebut benar-benar menghasilkan suatu perbincangan dan keputusan yang tulen dan memenuhi matlamat ia diadakan.

Oleh Bashir Hj Ismail
Ahli PAS Kubang Pasu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan