Jumaat, 20 November 2009

ARAK JUDI PUSAT HIBURAN di KEDAH


PAGI tadi hujan turun xbrenti, nak gi motong tak boleh, rasa tringin plak nak gi lepak di kedai kopi..dah sebulan xjumpa member2 yang dok lepak di kedai kopi, kedai kopi kampung aku jadi tempat media alternatif bagi golongan yang dahagakan maklumat tepat terkini..isu yang dibincangkan plak punya laa bnyak..dari isu kampung, isu kubur, isu masjid sampai lahhh isu negara, isu subsidi beras.. sampai laa isu luar negara pun dibincangkan... sampai isu bonos xde pun dibincangkan juga,, walaupun yang dok sembang tu penoreh getah, pak guard, buruh, penebas rumput... itulah kelebihan kedai kopi kampung..... terasa menarik pagi ni..apa yang dibincangkan ialah berkaitan arak, judi, pusat hiburan di kedah...

persoalanyang ditimbulkan..bila nak tutup kedai nombor ekor judi di kedah... belanjawan baru nie pun xsentuh pun nak tutup kedai judi dan pusat hiburan.. dah dekat dua tahun PAS dan PR perintah KEDAH...arak plak bersepah di mana2 boleh dapat, kawalan yang macamana tak tau laaaa... aku dok dengar saja...sekali sekala tumpang sekaki...pasai dalam bab arak judi pusat hiduran nie aku tak berkompromi dengan mana2pihak..Maksiat haram tetap maksiat...

kenaikan hasil balak..keuntungan GLC..perolehan batubatan meningkat..semua tu dipuji malahan ada orang UmNgok yang puji YAB Us Azizan perintah kedah.....

bila dengar perbincangan hangat nie, tambah pulak ujan2 renyai..kena plak teh tarik 2gelas..semakin rancak... aku pun xreti nak explain kat depa pasai benda nie.. sapa yang boleh jawab silakan....

bila sampai umah terus aku online..tengok balik perbentangan bajet kedah 2010.. antara yang aku dapat untuk kita kongsi bersama dengan tujuan memperkasakan PAS dari sudut amali dalam memerintah..sama kita bagi cadangan yang membina dan bertujuan baik untuk mendapat keredhoan Allah..

antara kandungannya...
(a) Pihak berkuasa tempatan memperketatkan proses pengeluaran lesen premis perniagaan yang berunsur negatif.
(b) Polis memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kegiatan pusat-pusat hiburan
(c) Jabatan Agama Islam memperkasakan aktiviti pencegahan maksiat.

Perniagaan yang berunsur negetif tu pada bacaan aku laaa..mesti pusat karoke yang ada minah dangdut..kenapa nak diperketatkan..dah tau negatif jangan bagi lesen. jangan buka pintu kepada aktiviti yang berunsur negatif...bukankah pusat2 hiburan negatif tu adalah penyumbang besar kepada jenayah dan keruntuhan moral rakyat.. nak bina insan lagumana kalau satu pihak dok bina..satu pihak lagi peruntuh..sampai bila pun tak siap binaan tu...tolong bagi cadangan dan komen

Jabatan agama kena tangkap sapa yang buat maksiat..pada masa yang sama lesen pusat maksiat dibuka..diberi..diketakan..Jenuh laaa JHEAIK...

apa yaang diharapkan oleh rakyat yang setia kepada PAS kepada kerajaan negeri KEDAH ialah...
1. tutup kedai nombor ekor..jangan diberi lesen opersinya lagi.
2. perketatkan jualan arak, kalau boleh satu kedai untuk satu pekan, ataupun satu kedai untk satu daerah untuk orang bukan islam sahaja.
3. Pusat hiburan seperti pub, kelab malam ditutup terus..jangan perbaharui lesen permis mereka
4. Memeberi perhatian yang serius kepada institusi masjid dan perananya.

HARAP PEMBACA MEMBERI KOMEN..

SyGPAS4eVer

Tiada ulasan:

Catat Ulasan