Ahad, 2 Januari 2011

KOLAM YANG DIKATAKAN TENANG KEMBALI BERKOCAK..

aku cedok dalam blog aris awang..paparan yang menarik, yang perlu bibaca oleh anak muda pakatan rakyat

Tuhan Yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu.


Masalah dalaman tidak elok di perbincangkan hadapan khalayak, itulah pegangan yang sepatutnya dipegang dalam kontek Amal Jamaie'. Apabila masalah dalaman itu diibaratkan seperti sebuah kolam yang tenang, tidak ada riak atau kocakkan dipermukaannya, menandakan tiada ikan di dalamnya, maka sudah tentu tidak ada manusia yang akan menebarkan jala atau melontar kail.

Walaupun sebenarnya, di bawah permukaan kolam itu bapak haruan sedang membaham, anak-anaknya dengan rakus sehingga hampir habis, dan ada yang lari bercempera ketakutan dengan penuh meluat kepada bapak mereka sendiri. Apabila kejadian itu dapat dilakukan dengan sempurna tanpa perlu timbul dipermukaan, maka pengail, dan penjala ikan tidak akan terghairah untuk melontar kail dan jala masing-masing.

Ketika disituasi itu, walaupun anak-anak ikan dan ibu haruan resah dan gelisah, namun keadaan masih selamat kepada keseluruhan koloni ikan di dalam kolam itu dari gangguan penjala dan pengail.

Namun, apabila keghairahan sibapak haruan itu sudah tidak dapat dibendung lagi, ia meluncurkan badannya sehingga menyebabkan anak-anak haruan dan ibu haruan yang cuba mempertahankan diri terpaksa timbul kepermukaan dan kadang-kadang terpancul keluar dari permukaan. Suasana ini akan menarik perhatian penjala dan pengail untuk menangkap keseluruhan ikan-ikan yang ada di dalam kolam, kerana mengetahui ikan banyak dengan melihat kocakkan air yang memercik disana-sini.

Itulah gambarannya, sekarang ini...

Kocakkan air, seperti ikan menangkap selepas hujan telah berlaku di blog-blog, media cetak dan percakapan umum mengenai masalah yang melanda PAS Kedah dan pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah. Perlu diingat semua masalah itu tidak boleh disembunyikan lagi.

Ikan sudah menangkap........... penjala dan pengail akan menjalankan kerja mereka, itulah adat dunia.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjpAOgMBTohcqIQDWJMZG_d3sQST3MpDdNvXyMkmfPqrWNz-gRqDAYp5WXZd4IzyP0OU6LXNZVBz0QNa1my5uJYAGySifOWUTwOcINLJudmvl00VBHLxwiAmvpshQaw1VxSAWBC_gKMFwE/s1600-r/logo+resize.jpg
1. Bermula dengan kocakan kecil iaitu, PAS Pendang... yang dirasakan ini, insyaAllah dapat diselesaikan dengan penuh ukhwah oleh sahabat seperjuangan di Pendang. Pendang yang memulakann kocakan dan Pendanglah yang dirasakan mampu menenangkannya dengan formula terbaik mereka.

2. Demontrasi Isu Kenaikkan Harga Air oleh Hj Najib Fahmi Hj Yahaya Junid dan 13 orang anak muridnya, masih dirasakan bukan sebagai kocakkan, tetapi hanyalah riak anak-anak haruan yang belajar bernafas menggunakan insang baru. Dibiarkan ianyanya berlalu begitu sahaja dengan kenaikan harga air sebanyak 10 sen setiap meter padu telah di signboardkan dengan bangganya di jalan utama dan lebuhraya.

3. Buku Mohammad Sabu, Air Mata Dibumi Memali karya Cikgu Zainol, dilihat telah menarik perhatian penjala dan pengail bahawa di bawah air kolam yang tenang, telah terdengar bunyi kocakkan. Walaupun sebenarnya bagi aku yang turut terlibat menguruskan Tabung Mangsa Memali peringkat Badan Perhubungan PAS Kedah sejak 1986 lagi. Aku sehingga hari ini, masih sependapat dengan Al-Marhum Ustaz Hj Fadzil Mohd Noor bahawa tidak berlaku penyalahgunaan wang tabung tersebut. Amat berharap, janganlah seluruh balu syuhada dan mangsa Memali merasakan Ust Hj Fadzil Mohd Noor telah mengkhianati kepercayaan yang di berikan kepadanya dahulu.PAS Kedah dan PAS Baling telah menguruskan wang yang di dermakan dengan penuh ketelusan, sehinggalah apabila ada report polis dibuat mengenai penyelewengan tabung di peringkat Kawasan dan natijahnya polis cawangan Jenayah Perdagangan telah turun melakukan siasatan dan didapati tiada unsur salah guna kuasa dan penyelewengan.

Oleh itu, bagi AJK Harian dan Badan Perhubungan PAS Kedah ketika itu termasuk aku merasakan ianya telah ditutup dan tidak berbangkit lagi. Masalah itu di anggap adalah perselisihan individu antara Cikgu Zainol Ismail dan Muhammad Yusof Husin. Kedua-dua mereka adalah sahabat aku. Namun apabila buku karangan Cikgu Zainol telah berada di pasaran dengan tulisan yang baik dan cukup terperinci dari segi jalan penceritaannya (belum tentu kepada faktanya), permukaan kolam yang tenang telah mula berkocak semula menandakan di dalamnya banyak ikan yang di idamkan oleh penjala dan pengail. Ia bukan lagi kocakan atau riak kecil, tetapi ia adalah kocakan nasional, kerana Memali adalah isu nasional, yang mampu memberi kocakan ke setiap negeri Pakatan Rakyat.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjm7PqMSYf5PYHfahwR8g06DN3wR8KEX67GCXq5LOUif20qIkdkyJQkeHIkEkZsxrBH9twCFzbq3kdCbU_texKYrid_GRbKRxvHNkcYOnnEOa6_fd1VKYft0auFmu4CFjV8WcZGmp4kgkxL/s1600/0240450063db099e120f6cfdb06aa562.gif
4. WR. Hj Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS dan juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Kedah Sato Sdn Bhd, adalah kocakan yang terbesar terjadi setakat ini. Bagi aku ini akan menarik perhatian ramai penjala dan pengail, kerana sudah tentu mereka dapat menjangka dengan kocakkan yang besar itu, ikan yang mencurus di musim hujan sudah tentu banyak dan besar-besar, kerana ikan yang sudah timbul dipermukaan kolam pun besar, yang di dalam air sudah tentu ada yang lebih besar lagi. Akibat kocakan yang besar itu bukan sahaja penjala dan pengail, tetapi memerang akan berpusu-pusu datang tanpa mengira siang malam.

Maka ketika itu, semua ikan akan diangkut keluar dengan cukup mudah, mengakibatkan kolam akan kosong. AWAS!!!. Kedua-dua pihak ada hujah, satu pihak hendak cepat siap sebelum habis penggal pilihanraya dan satu pihak ingin tender secara terbuka dan telus.

Oleh itu, aku menyeru kepimpinan PAS Pusat, sekurang-kurangnya 2 orang Naib Presiden, selain Mahfuz dapat memastikan pengail, penjala dan memerang yang mula cuba mengerumuni kolam yang sudah berkocak tidak dapat menghampirinya. Ketika keadaan begini, aku yang juga berada di dalam kolam itu tidak dapat membuat apa-apa yang berkesan, kerana terlalu dekat, dan pandangan pula semakin kabur dengan kekeruhan akibat kocakan yang terlalu kuat.

Oleh itu, PAS Pusat sebagai tuan kolam mestilah melakukan sesuatu. Kenal pasti puncanya terutama kocakan ke 3 dan ke 4 yang aku sebut di atas. Perlu diingat masa pantas berjalan, kocakan yang terjadi mampu melemparkan ikan-ikan kecil kedarat, jika lama dibiar ia akan mati kekeringan. Janganlah malu mata dengan ikan-ikan besar dan yang lebih tua dari tuan kolam, kerana jika perasaan itu timbul akan mengakibatkan kolam menjadi keruh pekat, di selongkar semaunya oleh memerang dan penjala yang sentiasa menunggu peluang.

Carilah puncanya........ walaupun terpaksa sedikit basah kerana turun dan menyelam kedasar kolam, kerana itulah kerja tuan kolam jika ingin melihat hasil kolamnya membuahkan hasil yang banyak untuk tuaian kali ke 13 nanti (PRU13).

Datanglah ke kolam kami dan kenal pasti kocakan itu dan bertindaklah dengan bijaksana untuk menghentikan kocakan yang mengundang penjala, pengail dan memerang bila masa sahaja sekarang ini. Selamat menjalankan amanah kepada 2 Naib Presiden dan menguji keupayaan kepimpinan mereka sebelum menjelangnya muktamar yang ada pemilihan 6 bulan dari sekarang.

Semoga Allah memberi pertolongan kepada kita dan memberikan kepimpinan yang Muttaqin dalam usaha menegakkan kehidupan berlandaskan akhlak mulia baginda Rasulullah saw berpandu kitab yang diturunkan kepadanya iaitu Al-Quranul Karim.
http://arisawang.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan