Sabtu, 24 Oktober 2009

USTAZ NASHA BERSUARA


Kemelut yang melanda jamaah kini semakin mendapat perhatian, ianya bermula dari tulisan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang mengkritik dan mencadang beberapa perubahan yang perlu dilakukan oleh PAS, tulisannya dijawab oleh Naib presiden PAS Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Ustaz Idris, Setiausaha Agong Dato’ Mustafa Ali serta beberapa pimpinan yang lain.. setelah itu, perkara ini menjadi lebih hangat dengan kenyataan Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz mencadangkan supaya PAS mengadakan Mesyuarat Agung Khas EGM dengan beberapa cadangan perubahan pimpinan PAS peringkat Pusat dan menentukan halatuju isu Kerajaan Perpaduan UG...

Kami ahli-ahli PAS peringkat cawangan telah lama memerhati perkara ini, namun tidak pernah mengenengahkan isu yang sememangnya akan meninggalkan kesan buruk kepada jamaah. Memberikan sepenuh keyakinan kepada pimpinan tertinggi untuk membuat keputusan terbaik untuk jamaah, meletakan harapan besar kepada Majlis Syura Ulama’ untuk memandu jamaah ke jalan kebaikan dengan keilmuan kepakaran, pengalaman dan situasi politik semasa. Lagipun pimpinan tertinggi lebih memahami apa yang berlaku jika nak dibandingkan dengan kami yang berada di cawangan.

Namun pada hari ini kami terpaksa bersuara setelah melihat gelagat yang tak menyenangkan, meluahkan perasaan kami yang menghadapi pelbagai karenah rakyat bawahan, demi mengembalikan kecerian, mawaddah kasih sayang sesama ahli jamaah, luahan kami ini juga beralasan sama dengan alasan Tuan Guru Nik Aziz demi menyelamatkan jamaah, Bermula sebelum muktamar tahunan lagi perkara ini menjadi kecoh ribut… antara kesalahan pimpinan tertinggi yang ahli bawahan cawangan perhatikan:

1. Mengeluarkan pandangan yang menyentuh dasar parti atau perkara penting melibatkan jamaah tidak melalui musyawwarah. Kenyataan atas dasar indivdiu dengan mengenepikan kebersamaan yang menjadi tunjang jamaah. Sehinggakan ianya menjadi liputan hangat yang diambil kesempatan oleh musuh.
2. Mempertikaikan pimpinan tertinggi dengan kenyataan terbuka.
3. Ketidakpuasan hati didedahkan tanpa merujuk kepada pihak yang selayaknya serta mengapi-apikan permusuhan sesama sendiri.
4. Hilangnya thiqah (kepercayaan atau husnuzzon) kepada pimpinan.
5. Tidak menggunakan saluran mesyuarat untuk menyatakan pandangan pribadi terhadap sesuatu isu serta membuat pendedahan melaui media yang menyebabkan semakin keroh hubungan.
6. Perkara yang perlu ditutup semasa mesyuarat didedah kepada khalayak dengan menyebarkan kepada kawan2 teman2 atau bersembang di kedai kopi.
7. Menerima maklumat pimpinan atau jamaah di kaki lima jalan, tepi longkang atau di kedai kopi untuk pendedahan umum.


Ini hanyalah sebahagian yang terpaksa dinyatakan atas alasan menjaga jamaah.

Hari ini baru saya terbaca kenyataan Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang ingin mengurai kemelut yang berlaku. Saya amat tertarik dengan kenyataan beliau yang menyebutkan bahawa keputusan yang melibatkan dasar jamaah mestilah diputuskan dalam majlis syura ulama’. Jamaah ini bukan hak individu….sejuk hati mendengarnya….mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan kepada beliau untuk menghadapi situasi ini dengan tarbiah dan kepakaran yang dimiliki…

Sebagaimana sayangnya pimpinan kepada Jamaah begitulah juga dengan kami yang berada di cawangan2 seluruh Malaysia, sayangnya kami kepada PAS, bekerja memastikan PAS adalah peneraju kebangkitan rakyat… Ketika UmNgok membina kekuatan parti dan organisasi memancing semula hati rakyat..di kala itu kita bergelut bertikam lidah memukul sahabat seperjuangan sendiri.. kenapa perkara ini berlaku dalam jamaah yang kita sayangi…sama-samalah kita fikir usaha bekerja untuk ISLAM dengan wadah jamaah PAS….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan