Khamis, 8 Oktober 2009

PENGHARAMAN PURDAH

PENGHARAMAN PURDAH ATAS ALASAN KESELAMATAN…

“Pengharaman purdah atas alasan keselamatan dan kesempatan yang diambil oleh pihak tertentu untuk memalsukan identiti”

Menggunakan istilah pengharaman adalah suatu yang sangat perlu diteliti, ianya akan menyebabkan pandangan serong masyarakat terhadap muslimah yang memakai purdah. Walaupun isu ini remeh bagi sesetengah orang, namun perlu diingat bahawa syariat Allah yang berkaitan halal haram serta melonggarkan hukum ini bersesuaian masa tempat perlu dilihat kepada maslahah untuk islam.. bukanya hanya memberikan alasan sahaja.
Berkaitan purdah.. fokuskan mengenai muamalah lelaki dan perempuan dan keharusan yang diletakan oleh syariat supaya mengenali antara satu sama lain dalam memudahkan urusan dengan maksud boleh melihat wajah perempuan ketika bermuamalah seperti berjualbeli, sewaan, gadaian, wasiat, kehakiman dan sebagainya..namun perlu dingingat keizinan ini hanyalah untuk melihat wajah sekadar mengenali tuan empunya badan untuk berurusan untuk mengelak berlakunya penipuan atau pemalsuan, setelah dikenali dan diyakini tiada penipuan dengan tuan empunya urusan maka ketika itu, muslimah itu berhak untuk menutup kembali wajahnya.. tidak boleh dipaksa untuk membuka wajah sepanjang masa berurusan..
Sebagai contoh yang disebutkan oleh al Qardawi, bahawa seorang hakim boleh memerintahkan seorang wanita yang terlibat dalam perbicaraan berkaitan kehakiman supaya mempamerkan wajahnya untuk mengenal pasti identiti individu yang terlibat dalam kes..setelah dikenal pasti, wanita itu berhak menutup kembali wajahnya tanpa halangan, hak wanita tersebut untuk mendedahkan wajahnya atau membukanya sepanjang perbicaraan.
Persoalan ini diketengahkan supaya kita tidak terseret dengan kehendak mainan musuh global yang melabelkan muslimah yang berpurdah jahat, jumud, tidak bertamadun serta sangat mengerikan.. fukaha’ telah menjelaskan terperinci persoalan ini supaya kita sebagai muslim mukmin menyanjungi menghormati kehendak muslimah yang ingin menjaga pandangan kita dari panahan iblis laknatullah..

“masyarakat merasa kurang selesa dengan wanita berpurdah”.
Adakah alasan ini sesuai untuk menyalahkan wanita berpurdah, sangat dangkal, sepatutnya masayarakat itu yang perlu disalahkan, masyarakat yang tidak memahami perkara yang sepatutnya mereka fahami,
Patutkah kita menghalang muslimah yang berpegang dengan agamanya daripada memakai purdah sedangkan di sana masih ramai wanita2 islam yang mendedahkan aurat, menampakan tubuh mereka yang tidak diizin oleh syariat. Sedangkan pakaian2 yang menampakan tubuh, atau menyifatkan tubuh badan wanita atau tidak menutup selain dari muka, tangan, kaki yang terdiri daripada anggota badan yang lain merupakan pengharaman secara ijmak. tidak berani menegur mereka atas alasan kebebasan individu (bidu-bidu), padahal soal muslimah yang berpurdah tidak pula dinyatakan kebebasan. Berpurdah adalah kebebasan yang diberikan oleh syarak..terpulang nak memakainya atau tidak, jangan meletakan diri kita lebih besar dari syariat…

Bersambung esok..insyaAllah
Wanita berpurdah datang menemui Rasulullah SAW mengadu hal mengenai anaknya yang terbunuh..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan