Ahad, 19 Februari 2012

SYIAH MUSUHKU......??????sir i2


Kesimpulan yang dapat saya buat mengenai sikap beberapa ulama’ yang tidak tetap pendirian mereka terhadap Syiah ini, merupakan kejayaan besar Syiah di dalam memerangkap para ulama’ Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan menggunakan umpan yang bersalutkan Taqiyah (تقية ) iaitu tipu muslihat tanpa ada sebab dharurat).

Syiah berjaya memerangkap ulama’ tersebut dan berjaya di dalam misi mereka, sekurang-kurangnya menjadikan para ulama’ itu serba salah di dalam menyatakan sikap mereka secara tegas berhubung masalah Syiah ini.

Mengapakah kita “pandai-pandai” pula berusaha mendekatkan Sunni dengan Syiah?, walhal Raulullah s.a.w. yang lebih tahu bahkan lebih menyayangi umatnya telah berpesan dan memerintahkan umatnya agar memerangi golongan Syiah Rafidhah ini, kerana merekalah sebenarnya golongan musyrikin yang berpura-pura memeluk Islam.

Nampaknya kita inilah umat Rasulullah s.a.w. yang paling malang kerana mendakwa berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah tetapi hakikatnya membelakangkan kedua-duanya sekali. Rasulullah s.a.w. sendiri menyatakan bahawa merekalah sebenarnya Musyrikin, tetapi kita pula menyatakan : “Tidak!!! Merekalah penganut-penganut daripada mazhab-mazhab yang suci dan diakui oleh Islam”.

Apa yang menghairankan ialah bagaimanakan mereka yang ber‘title’kan ulama’ ini rupa-rupanya masih tidak tahu membezakan di antara percanggahan aqidah dengan percanggahan mazhab (furu’). Padahal hanya satu hakikat sahaja andainya diletakkan di hadapan mereka, tentulah mereka tidak akan terkeliru sehingga boleh berusaha menyatukan dua fahaman yang jelas bertentangan dari sudut aqidah.

Perbezaan dari segi mazhab tidaklah membenarkan penganut sesuatu mazhab untuk mengkafirkan orang-orang yang bukan daripada mazhabnya. Orang-orang bermazhab Syafei, tidak pernah menuduh pengikut-pengikut mazhab Hanafi apatah lagi mengkafirkan mereka. Begitu juga sebaliknya. Inilah dia PERBEZAAN MAZHAB!!

Keadaan seperti ini (perbezaan mazhab secara harmoni) tidaklah didapati di kalangan Sunni dan Syiah kerana Syiah sendiri mengatakan orang yang tidak beriman kepada Imam dua belas ataupun salah seorang daripada mereka adalah LEBIH SESAT daripada iblis!! (Ikmaluddin oleh ibnu Bawaih Al-Qummi, hal : 13).

Menurut syiah juga, orang yang tidak menerima Imam dua belas sebagai Imam, bermakna dia masih belum mengenal Allah dan sesat, (Al-Usul Min Al-Kafi oleh Al-Kulaini, jilid 1, hal : 180-181). Lebih daripada itu, golongan Syiah juga beriman bahawa tidak akan masuk syurga sesiapa yang tidak mengenali (mempercayai) Imam dua belas, (Al-Kafi, jilid 1, hal : 184).

Sedangkan Ahli Sunnah pula tidak mempercayai semua ini menganggap bahawa beriman kepada kemaksuman orang lain – sesudah Nabi Muhammad SAW adalah SESAT !! Ertinya, Syiah menuduh Ahli Sunnah sebagai golongan yang sesat manakala Ahli Sunnah pula menuduh mereka sebagai golongan yang sesat. Bagaimanakah mereka daripada kedua-dua kelompok yang bersengketa ini boleh didamaikan dan diperdekatkan?

Ahli Sunnah menyatakan bahawa para sahabat r.a adalah generasi contoh. Mereka semuanya adil, tidak perlu lagi disiasat latar belakang mereka sebaik sahaja diketahui mereka adalah golongan sahabat r.a, malahan apa sahaja yang diceritakan oleh mereka akan diterima. Sebaliknya, Syiah pula menyatakan bahawa semua sahabat telah murtad sepeninggalan Nabi SAW, kecuali beberapa orang sahaja, (Rijalul Kasyi oleh At-Thusi, jilid 1, hal : 6 dan Al-Kafi oleh Al-Kulaini, jilid 8, hal : 246).

Sesungguhnya usaha mendekatkan Sunni dengan Syiah bermakna mengumpulkan dua perkara yang mustahil untuk dikumpulkan. Alasannya ialah, Ahli Sunnah menyatakan bahawa SYIRIK andainya sesuatu sifat Allah Taala itu diberikan kepada selainNya, sedangkan Syiah pula tidak demikian. Mereka mengatakan bahawa para Imam itu mengetahui segala perkara ghaib sama ada yang dahulu ataupun sekarang (Al-Kafi, jilid 1, hal : 261).

Para Imam juga boleh menghalalkan apa yang diharam oleh Allah Taala dan juga boleh mengharamkan apa yang diharuskan oleh Allah Taala, (Al-Kafi, jilid 1, hal : 441 & jilid 6, hal : 208)

Para Nabi adalah terpelihara daripada melakukan syirik kepada Allah menurut keyakinan Ahli Sunnah, walhal Syiah menyatakan di dalam kitab Usul Al-Kafi, bab : Usul Wa Arkan bahawa Nabi Adam a.s memiliki dua rukun syirik iaitu tamak dan dengki, manakala iblis la’natulllah hanya memiliki satu sahaja rukun syirik iaitu takbur, (Usul Kafi jilid 2 halaman 289 dan Kitab Hayatul Qulub jilid 2 halaman 49).

Syiah juga menyatakan bahawa Rasulullah SAW telah melakukan syirik (semoga Allah melaknat syiah). Diriwayatkan bahawa Imam Al-Baqi’ telah disoal mengenai maksud firman Allah SWT di dalam Surah Az-Zumar ayat 65 yang bererti :

“Andainya kamu hai Muhammad melakukan syirik!…”. Maka dijawab olehnya : Tafsirannya ialah andainya kamu hai Muhammad menentukan wilayah-kekhalifahan-orang selain walayah Ali sesudahmu, maka akan terhapuslah amalanmu dan pastilah engkau akan masuk daripada kalangan mereka yang rugi. (Al-Kafi, jilid 1, hal : 427, Tafsir Shafi, jilid 2, hal : 474, Tafsir Al-Qummi, jilid 2, hal : 25, Nurul Tsaqalain, jilid 4, hal : 112 dan Tafsir Al-Burhan jilid 2, hal : 25).

Dan telah terbukti sendiri di dalam kitab-kitab Syiah bahawa Nabi SAW telah bersabda kepada Saidina Hafsah r.a : “Bahawa Abu Bakarlah yang akan memegang jawatan khalifah selepasku, selepasnya pula adalah ayahmu………”, (Tafsir Al- Qummi jilid 2 hal : 386, Tafsir As-Shafi, jilid 2, hal : 716). Ertinya mereka sendiri menuduh Nabi SAW sebagai seorang musyrik dengan sabda tadi (hakikatnya itu adalah hadis palsu).

Bukankah dengan menerima konsep mereka dan menerima mereka (Syiah) sebagai satu aliran di dalam Islam dengan menerima konsep syirik itu di dalam Islam dengan tuduhan sedemikian rupa terhadap kekasih Allah, Rasulullah SAW telah melakukan syirik sedangkan Islam adalah agama Tauhid yang tulen!!??

Ahli Sunnah menyatakan bahawa (كنتم خير أمة أخرجت للناس) ertinya: “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan………..”. Akan tetapi Syiah telah mengubah kalimah (أمة خير) yang bererti “umat” kepada kalimah (خير أئمة ) iaitu “para imam”. Ini bermaksud bahawa Syiah mempunyai Al-Quran selain daripada Al-Quran yang kita imani pada hari ini. Andainya kita mahu menerima Syiah ini maka kita juga mestilah menerima qiraat mereka kononnya!!? Walhal tiada satu aliran pun di dalam qiraat di sisi Ahli Sunnah hatta qiraat Syadzzah sekalipun yang menerima cara pengubahan kaimah tersebut.

Mengapakah alim ulamak kita tidak menyebut qiraat Jaafariah mereka andainya benar qiraat mereka dianggap sah? Apakah kita menyangka ulamak kita begitu jahil sehingga tidak mengerti dan mengenali qiraat Imam Jaafar As-Sodiq sampai sanadnya kepada Rasulullah SAW ataupun alim ulamak kita itu sememangnya tidak menerima perubahan kalimah sebagai satu qiraat yang sah?, ataupun sememangnya ianya dianggap satu penyelewengan yang dilakukan oleh Syiah !!??

Ini hanyalah satu contoh sahaja dan terlalu banyak lagi contoh yang seumpama ini boleh dikemukakan dari kitab-kitab Syiah sendiri. Jadi dengan menerima syiah sebagai salah satu aliran Islam bererti secara tidak langsung kita telah memperbodohkan para ulamak Islam terdahulu yang menjadi tempat rujukan golongan Ahli Sunnaj wal Jamaah. Adakah ini yang sepatutnya kita lakukan walhal kita mendakwa bahawa kitalah Ahli Sunnah wal Jamaah sedangkan kita baru sahaja beberapa tahun mengenali Syiah lalu memandang semua pendapat ulamak Islam yang menjadi sandaran dan rujukan Ahli Sunnah sekian lama itu sebagai suatu yang tidak layak dianggap sebagai rujukan dan panduan di dalam methodologi ilmu-ilmu Islam !!??

Lihatlah betapa beraninya seorang yang dipanggil sebagai orang alim tersohor menyatakan bahawa sesiapa dari kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah yang berfatwa bahawa Syiah adalah kafir dia adalah Ahli Sunnah jadian!!

Adakah alim itu berani menuduh bahawa Iman Baihaqi r.a sebagai Ahli Sunnah celup atau jadi-jadian walahal Imam yang mulia itu menerusi kitabnya Al-Asma’ wa Sifat hal : 192 telah menyatakan : “Syiah yang mengkafirkan para sahabat r.a adalah kafir!!??”.

Adakah Qhadi Iyadh r.a akan kita labelkan sebagai Ahli Sunnah jadi-jadian walhal beliau di dalam As-Syifa’ jilid 2, hal : 290 menyatakan bahawa Syiah telah menjadi kafir (murtad) kerana menyatakan bahawa para imam adalah jauh lebih mulia daripada Nabi SAW!?

Adakah kita berani mengatakan bahawa Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a sebagai Ahli Sunnah jadi-jadian walhal beliau menerusi kitabnya yang tersohor Al-Ghunyah Lit Tolibil Haq, jilid 1, hal : 87&90 telah mengatakan bahawa : “Syiah adalah di antara golongan yang sesat daripada jalan petunjuk dan mereka telah mengikuti jejak langkah Yahudi kerana telah menyelewengkan Al-Quran”.

Adakah kita juga berani menuduh Imam Syeikh Waliyullah Ad-Dehlawi sebagai “Ahli Sunnah jadi-jadian” walhal Mujaddid Islam itu sendiri telah menyatakan di dalam Al-Musawwa-Syarah Muwattha’ Imam Malik, jilid 2, hal : 110, bahawa Syiah menyatakan bahawa Abu Bakar r.a dan Umar Al-Khattab r.a bukan ahli syurga, dan para imam itu sememangnya diutuskan oleh Allah kepada makhluk dan wajib ditaati, mereka terpelihara daripada dosa-dosa dan (terpelihara juga ) daripada berterusan di atas kesalahan dan kesilapan. Syiah itu adalah zindiq.

Kalaulah begitu, siapakah pula Ahli Sunnah yang sebenar? Adakah kita yang masih belum mengetahui mengenai aqidah Syiah itu sehingga kita boleh tertipu dengan dakwaan mereka sebagai satu golongan Islam lebih tahu akan Syiah ini ataupun golongan ulama’ kita dahulu yang telah diketahui ketokohan dan amanahnya mereka di dalam penyelidikan mereka!?

Tokoh dan ‘alim itu juga telah menyatakan bahawa Syiah yang mengkafirkan para sahabat r.a adalah “Syiah jadi-jadian”.Andainya benar dakwaan itu, adakah ini bermakna Al-Kulaiani, seorang yang dianggap sebagai “Tsiqatul Islam” di sisi Syiah sebagai “Syiah jadi-jadian atau tiruan?”. Al-Kulaini di dalam kitabnya yang amat mukatabar di sisi Syiah, Al-Kafi, iaitu sebuah kitab hadith yang kedudukannya di sisi Syiah, seperti kedudukan kitab hadith Sahih Bukhari di sisi Ahli Sunnah telah menyatakan bahawa Abu Bakar dan Umar merupakan dua orang yang dilaknat oleh Allah, para malaikat dan sekelian manusia, (Al-Kafi, jilid 8, hal : 246).

Adakah Syeikh At-Toifah Al-Imamiah, Abu Jaafar At-Thusi juga dianggap sebagai Syiah jadi-jadian walhal At-Thusi sendiri telah menulis dua kitab hadith sahih di kalangan Syiah dan pengarang kitab Rijal (biografi periwayat hadith) yang terutama dan yang tertua di sisi mereka? At-Thusi telah meriwayatkan di dalam kitabnya, Rijalul Kasyi, jilid 1, ms : 6 telah menyatakan bahawa semua sahabat telah murtad selepas kewafatan Nabi SAW kecuali tiga orang iaitu Miqdad bin Al-Aswad, Abu Dzar Al-Ghifari dan Salman Al-Farisi (selain daripada Saidina Ali, Hassan,Hussein dan beberapa orang lagi yang bilangannya tidak sampai 10 orang).

Adakah Khatimatul Muhadditsin di sisi Syiah iaitu Mulla Baqir Al-Majlisi turut sama dianggap Syiah jadi-jadian mengikut dakwaan alim tersebut, walhal Al-Majlisi telah meriwayatkan di dalam kitabnya, Haqqul Yakin, jilid 2, ms : 376 bahawa iblis (laknatullah ‘alaih ) terkejut besar tatkala mendapati bahawa dua orang yang lebih teruk daripadanya disiksa di dalam neraka adalah Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab!?

Sepatutnya kita meyelidiki sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum berucap berkenaan sesuatu perkara itu, biarlah ada sandaran dan rujukan yang muktamad apabila kita ingin berkata mengenai sesuatu. Jika tidak, bukankah berdiam diri lebih baik bagi kita sesuai dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun berdiam diri sahaja”.

Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Kemungkinan, ulama’ Ahli Sunnah yang “betul bendul” membenarkan muballigh-muballigh Syiah itu lantaran niat baik mereka hendak mempertemukan dan mendekatkan Sunni dan Syiah berdasarkan dakwaan-dakwaan (dakyah-dakyah?) Syiah sendiri. Namun perlu diingat dan diawasi, Syiah adalah satu golongan yang mengharuskan TAQIYYAH secara mutlak dan inilah senjata Syiah yang paling bahaya dan paling berkesan yang digunakan sehinggalah ke hari ini, hinggakan 9/10 daripada agama mereka dilaksanakan di atas dasar Taqiyyah ini, (Al-Kafi, jilid 2, ms : 217).

Tidaklah seharusnya kita melupai pesanan ulama’ seperti Imam Adz-Zahabi yang telah menyatakan : “Hari ini, saya tidak lagi menemui seorang yang benar daripada golongan Syiah dan yang boleh dipercayai (thiqah) kerana bohong telah menjadi syiar mereka, Taqiyyah dan nifaq pula telah menjadi selimut mereka”, (Mizanul I’tidal, jilid 1, hal : 5-6).

Jika kata-kata muballigh-muballigh Syiah itu diterima sebagai benar (tanpa Taqiyyah), tentulah golongan “Ahmaq” (bodoh lagi bingung) daripada kalangan Syiah yang disebutkan itu akan mengenai tokoh-tokoh Syiah sendiri seperti Al-Kulaini At-Thusi, Ibnu Babwaih Al-Qummi, Syeikh Mufid dan lain-lain lagi.

Andainya kita daripada Ahli Sunnah ini mempunyai hanya sedikit pengetahuan sahaja mengenai tokoh-tokoh yang menjadi rujukan Syiah, sudah pasti kita mampu berkata kepada mereka : “Andainya tokoh-tokoh kamu daripada golongan Ahmaq kerana menjadikan mereka sebagai rujukan dan sandaran kamu!!!

Dengan mengetahui siapakah sebenarnya golongan yang mengkafirkan golongan Syiah dan menghukumnya sekaligus sebagai sesat, secara automatiknya telah terjawablah tuduhan yang tidak berasas yang mendakwa bahawa golongan yang menentang Syiah adalah alat-alat musuh Islam / mustakbirin.

Andainya kita masih terus mendakwa bahawa golongan ulama’ dan amilin di dalam Islam yang menentang Syiah adalah alat musuh-musuh Islam, maka bererti sekaligus kita telah menuduh Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Bukhari dan selain mereka sebagai alat musuh Islam. Adakah kita sudah sampai ke tahap itu? Na’uzubillahi min dzalik…….

Isu Syiah ini sebenarnya adalah isu yang sudah terlalu lama dan sudah tidak tersembunyi lagi kepada para ulama’ Islam. Lantaran itu amatlah SALAH lagi keliru dakwaan yang menyatakan bahawa golongan yang menentang Syiah adalah tali barut Amerika dan upahan Arab Saudi, walhal para ulama’ Ahli Sunnah Wal Jamaah di zaman dahulu lagi telah menentang golongan Syiah ini secara habis-habisan sebelum ditemui benua Amerika dan sebelum terbentuknya kerajaan Arab Saudi di tanah Arab.

Seorang alim yang lain juga begitu terpesona dengan Khomeini sehingga menganggapnya sebagai “Imam” dan selalu juga mengucapkan kepadanya “Tarahhum” (Rahimahullah-Al-Marhum). Persoalannya sekarang, adakah layak orang seperti Khomeini diberikan tarahhum itu, walahal dia sendiri telah menuduh Abu Bakar As-Siddiq r.a sebagai pereka cipta hadith dengan menggunakan nama Rasulullah SAW (Kasyiful Asrar oleh Khomeini, ms : 115). Khomeini juga menuduh As-Siddiq sebagai seorang yang zindiq (Ibid, ms : 119) dan yang paling malang ialah Khomeini sendiri tidak percaya kepada Tuhan (Allah) yang tergamak melantik orang-orang yang zalim seperti Uthman, Muawiyah dan Yazid (Radiallahu ‘anhum ajama’in) sebagai pemimpin-pemimpin umat Islam!!!, (Ibid, ms : 107).

Bukankah mereka itu semuanya sebagaimana yang tertulis di dalam lipatan sejarah kegemilangan Islam sebagai orang-orang yang pernah memimpin umat Islam satu ketika dahulu? Maka siapakah yang melantik mereka itu selain Allah SWT? Adakah tuhan selainNya? Umat Islam wajiblah berfikir adakah mereka sanggup menggadaikan para khalifah yang mulia, Abu Bakar, Umar, Uthman dan sahabat-sahabat lain (Radhiallahu ‘anhum) hanya kerana kagum dengan seorang manusia yang mempunyai aqidah yang ganjil lagi menyeleweng seperti Khomeini ini?

Siapakah Abu Bakar As-Siddiqyang dicerca oleh Khomeini itu? Renungilah kata-kata Imam Muhammad Al-Baqir, yang dianggap sebagai Imam ke-5oleh Syiah sendiri, beliau berkata : “Saidina Abu Bakar adalah siddiq, siddiq, siddiq”, lalu berkatalah perawi kepadanya : “Tuan mengatakannya sebagai siddiq?”, lalu beliau menjawab : “Orang yang tidak mengatakan Saidina Abu Bakar sebagai seorang yang siddiq adalah orang yang tidak Allah benarkan – tasdiqkan – kata-katanya di dunia dan akhirat!!!”, (Kasyful Ghummal oleh Ali Bin Isa Al-Arbali, jilid 2, hal : 360).

Jelas, Imam yang mulia lagi berketurunan Rasulullah SAW itu sendiri telah menyatakan bahawa Abu Bakar adalah seorang yang siddiq sehingga diulangi sehinga tiga kali sebagai satu penegasan. Rasulullah SAW sendiri sebagaimana yang kita maklumi bersama, bagindalah yang telah memberikan gelaran “As-Siddiq” kepada Abu Bakar (r.a).

Siapakah Khomeini ini hinggakan dapat menawan hati kita dengan tuduhannya bahawa Abu Bakar adalah pencipta hadith-hadith palsu, walahal mereka – cipta hadith palsu lalu dilabelkannya sebagai hadith yang benar-benar datangnya daripada Baginda SAW merupakan jenayah dan pendustaan yang sangat besar di dalam Islam ini? Sekaligus ini membuktikan bahawa Khomeini sememangnya menuduh Abu Bakar (r.a) sebagai “Kazzab” (pendusta besar).

Sampai di sini, perlulah kita bertanya, siapakah di antara dua orang manusia yang ditabalkan sebagai tokoh Syiah yang lebih benar?, Imam Al-Baqir r.a ataupun Khomeini (l.a)?. Jika Imam Al-Baqir benar, sudah tentu Khomeini pendusta. Begitulah andainya sebaliknya. Tidak mungkin mereka berdua di pihak yang sama kerana mustahil yang amat sangat kita menghimpunkan dua perkara yang jelas bertentangan pada satu masa dan zat!!!

Sengaja dikemukakan riwayat dari Syiah sendiri yang turut sama menyaksikan kebenaran - siddiq – Abu Bakar r.a lantaran kedudukan Abu Bakar di sisi Ahli Sunnah telah jelas.

Khomeini sendiri di dalam bukunya, Al-Hukumah Al-Islamiyah menyatakan : “Para Imam mempunyai satu kedudukan yang tidak mampu dicapai oleh malaikat muqarrabun dan tidak juga oleh Nabi yang diutuskan. Inilah di antara teras aqidah kita, yang sama ditegakkan di atas fahaman kita, (Ibid, ms : 52).

Khomeini juga sebagaimana Syiah-Syiah lain turut sama beriman dengan kemaksuman para Imam iaitu tiada dosa, lalai dan lupa, (Ibid, ms : 91).

Sepatutnya, orang-orang yang berusaha mendekatkan Sunni dengan Syiah ini berfikir bagaimanakah mereka boleh menerima Khomeini yang telah jauh tersasul daripada landasan Islam yang benar.

Orang alim itu juga berpesan agar Syiah tidak disalah-mengertikan oleh umat Islam, menurutnya Syiah juga adalah satu fahaman yang suci dan diakui oleh Islam.

Benarkah begitu?, bagaimanakah Syiah boleh dianggap suci andainya sekelian Ahli Sunnah ini adalah anak zina melainkan Syiah?, (Al-Kafi, jilid 8, hal : 285).

Sucikah satu fahaman yang menyatakan bahawa darah Ahli Sunnah adalah HALAL ditumpahkan? (Al-Anwarun Nu’umaniyah oleh Ni’matullah Al-Jaza’iry, Jilid 2, hal : 307).

Sucikah sesuatu aliran feqh yang menyatakan bahawa pernikahan dengan seseorang wanita secara mut’ah (kontrak) adalah dibenarkan (malahan mempunyai fadhilat yang banyak) dan ianya boleh dilakukan tanpa wali, saksi dan pengisytiharan, tanpa perlu juga di soal sama ada wanita yang hendak dinikahi secara mut’ah itu isteri orang ataupun bukan!? (An-Nihayah oleh At-Thusi, ms : 489).

Bekas Syeikhul Azhar, Al-Imam Al-Akbar, Almarhum Syeikh Mahmud Syaltut (h.a) sendiri di dalam fatwanya telah menyatakan bahawa tidak masuk akal, Islam yang suci ini boleh menerima konsep perkahwinan seperti itu, (Fatawa, ms ; 274-275). Aneh sekali, beliau yang selalu dikatakan sebagai tokoh besar yang menerima Syiah Imamiah oleh golongan Syiah sendiri, tiba-tiba menolak ajaran Feqh Jaafariah ini dan menyatakannya sebagai bukan daripada ajaran Islam setelah beliau menerima Syiah Imamiah sebagai salah satu mazhab di dalam Islam!!! (Nyatalah di sini pembohongan Syiah).

Sucikah ajaran Syiah ini yang mendakwa kononnya merekalah “mazhab Ahli Bait” dan golongan yang amat menyintai Ahli Bait (r.a), walhal mereka sendiri “menikam Ahli Bait dari belakang!!?”.

Di dalam beberapa kitab Syiah yang muktabar tersebut bahawa Imam Muhammad Al-Baqir telah keluar ke khalayak umum dengan keadaan telanjang setelah beliau melumurkan kapur ke seluruh anggota tubuhnya hatta kemaluannya dan di anggap itu adalah menutup aurat, (Al-Furu’ Min Al-Kafi, jilid 6, ms : 502-503, Man La Yadhurruhul Faqih, jilid 1, ms : 117 dan Wasa’ilul Syiah, jilid 1, hal : 378).

Sucikah ajaran feqh mereka yang menyatakn bahawa seseorang yang bersetubuh dengan ibu kandungnya ataupun puterinya sendiri tanpa perkahwinan adalah zina, jika setelah berkahwin pula bukanlah zina tetapi “sifaah” dan anak yang lahir hasil hubungan itu bukanlah anak haram. Sesiapa yang menuduh anak itu sebagai anak zina, ia boleh dihukum hudud kerana telah melakukan jenayah Qadzaf!!?, (Al-Kafi, jild5 ms : 570-571).

Sucikah sesuatu ajaran yang menuduh Ahli Sunnah lebih najis daripada anjing dan babi!??, (Al-Kafi, jilid 3, ms : 14, Man La Yadhrruhul Faqih, jilid1, ms : 9, Al-istibsyar, jilid 1, ms : 18, Jamiul Akhbar, ms :185 dan Haqqul Yakin, jilid 2, ms : 382).

Adakah ajaran-ajaran seumpama ini yang telah diakui oleh Islam?. Islam yang mana satukah yang telah mengakui ajran-ajaran karut seperti ini???, tolong buktikan…….!!

Boleh jadi, bagi sesetengah pihak yang telah terpaut hatinya dengan Syiah ini akan terkejut dengan kenyataan-kenyataan ini, akan tetapi usahlah terkejut!!, bukankah semuanya yang telah tersebut itu telah dinyatakan sekali sumber-sumber pengambilannya dan rujukannya. Mereka bolehlah melihat sendiri!!

Adapun juga yang mengajak kita agar tidak memandang serong terhadap Syiah, lebih-lebih lagi kepada Khomeini kerana mazhab itu tidak pernah pun menghina dan menganggap Ahli Sunnah sebagai satu golongan yang telah terkeluar daripada Islam. Buktinya ialah Khomeini sendiri telah mengarahkan agar jemaah haji Iran berimamkan Imam Masjidil Haram apabila mereka menunaikan haji di Mekah, walhal Imam Masjidil Haram bukanlah bermazhab Syiah.

Jawapannya ialah, kita telah pun menjelaskan pandangan Syiah terhadap kita dan sejauh manakah benar dakwaan bahawa Syiah tidak pernah mendakwa kita sedemikian jelek. Oleh itu sudah tidak timbul lagi masalah ini apabila sudah jelas.

Berhuubung dengan arahan Khomeini itu, ianya hanyalah satu arahan bertaktikkan “Taqiyyah” kerana hakikatnya, mereka sendiri beriman bahawa tidak ada bezanya solat Ahli Sunnah dengan dosa perzinaan yang dilakukannya, (Ar-Raudhah Minal Kafi, jilid 8, ms :162, Tafsir Al-Barhan, jilid 4, hal : 453) dan tidak sah sebenarnya solat di belakang Ahli Sunnah, (An-Nihayah oleh At-Thusi, hal : 112).

Menurut Syiah lagi, segala riwayat yang menceritakan berkenaan sembahyangnya Saidina Ali (r.a) di belakang Imam-Imam Ahli Sunnah seperti para khulafa’Ar-Rasyidin dan para sahabat (Radhiallahu ‘anhum) adalah dengan bertaqiyyah. Para Imam-Imam Syiah juga dipertanggungjawabkan untuk melakukan sembahyang secara taqiyyah ini apbila bersembahyang di belakang imam-imam yang bermazhab Ahli Sunnah, (Talkhisus Syafi oleh At-Thusi, ms : 354).

Bahkan, Syiah juga meriwayatkan bahawa bersembahyang di belakang dan bersama Ahli Sunnah dengan bertaqiyyah ini akan mendapat pahala 25 kali ganda. Di dalam riwayat lain juga menyebut pahalanya adalah seumpama pahala bersembahyang bersama Rasulullah SAW sendiri ataupun bersama para Imam mereka yang maksum!!, (Man La Yadhurruhul Faqih, ms : 250, Jaamiul Akhbar, hal : 108).

Amalan taqiyyah ini begitu penting lagi istimewa sekali di sisi Syiah hingga diriwayatkan bahawa Imam Jaafar As-Sodiq ada berkata : “Beramal dengan taqiyyah itu lebih afdhal daripada sedekah, zakat, haji dan jihad”, (Jaamiul Akhbar oleh Ibnu Babwaih Al-Qummi, ms : 108).

Perlu diingat, Khomeini sendiri adalah pengikut Syiah yang begitu setia. Segala amalan dan tindak tanduknya sudah tentu berhujjahkan amalan dan kitab-kitab Syiah yang muktabar di sisinya (selain itu, Khomeini juga dianggap sebagai naib Imam – 12). Bagaiamanakah kita mahu mengatakan bahawa Khomeini telah melakukan “Tabarruah” (berlepas diri) daripada segala pandangan Syiah dahulu walhal segala rujukan Syiah yang telah disebutkan dan dinyatakan sebalum ini dianjurkan oleh Khomeini sendiri untuk dijadikan rujukan dan pegangan mereka hingga ke saat ini. Mereka yang masih enggan mempercayai segala pendedahan sebenar pegangan Khomeini yang dianggap sebagai “Mujaddid” dan “Imam Ummah” (konon-kononnya) bolehlah merujuk sendiri kepada tulisannya di dalam kitab “Al-Hukumah Al-Islamiyah”.

2 ulasan:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

      Padam