Isnin, 1 Mac 2010

RASULULLAH MENGHADAPI PELBAGAI KARENAH UMMAH


Ungkapan pepatah arab ada menyebut….”manusia itu tetap manusia, di mana dia berada atau di di waktu mana dia hidup”.. manusia tetap manusia.. yang berbeza zaman, pakaian, masa dan tamadun kebendaan berubah..tapi yang dinamakan manusia itu tetap manusia.. tak pernah berubah.. kerenah dan pengangai kelakukan watak manusia berterusan tak berubah-ubah….

Sebab itulah JAHILIYYAH adalah satu ungkapan dari segi bahasanya adalah masa waktu sebelum dibangkitkan Nabi Muhammad menjadi rasul.. maksud jahiliyyah yang melibatkan zaman dan masa, namun maksud JAHILIYYAH dari segi jahiliyyah dan peradaban adalah watak manusia dan perangai kelakuan manusia yang menolak kebenaran keadilan dengan memilih kebatilan kepalsuan kezaliman.

Oleh itu..tidak heran pelik dan ajaib lah apabila watak perangai JAHILIYYAH itu muncul di zaman ini seperti bunuh anak sendiri, zina menjadi perkara biasa, arak diteguk tanpa rasa bersalah dsgnya.. WATAK JAHILIYYAH ITU AKAN ADA ORANG YANG MEMPERJUANGKANYA…. Orang memilih pilihan yang salah walaupun pilihan itu memang benar2 salah dan mendapat kejian… semata-mata hendakan matlamat tercapai… matlamat kecelakaan… bahkan di masa ini watak jahiliyyah semakin melampau2 melebihi jahiliyyah dan lebih dasyhat dari jahiliyyah… sehingga super jahiliyyah pun ada…

Oleh kerana manusia itu akan terpesona dengan kehidupan jahilyyah maka Allah berikan kitab panduan kepada umat islam dan mengutus rasul untuk membimbing mereka menuju kejayaan yang sebenar di dunia dan kebahagian di hari akhirat…

Rasulullah telah dididik oleh Allah dan memperelokkan didikanNya kepada Baginda..Empat golongan manusia didampingkan mereka dengan Rasulullah sebelum baginda dilantik menjadi Rasul..

1. Keluarga Halimatul Saadiah.. yang hidup di pendalaman, taraf pendidikan yang sangat rendah, miskin serbaserbi….
2. Dikembalikan kepada Bonda tercinta Saidatina Aminah..seorang ibu tunggal yang hidup sederhana
3. Abdul Muthalib.. seorang yang berpelajaran, pengarauh yang besar di semenanjung arab, pemimpin makkah yang sangat berkuasa..digeruni ketegasanya..dihormati, keputusannya tidak boleh dibantah…
4. Abu Thalib..seorang yang sederhana, berpengaruh, mempunyai tangungan yang ramai..Baginda banyak membantu pertanian dan perniagaan Abu Thalib…

Empat manusia ini mempunyai latar belakang yang berbeza, taraf pendidikan, harta benda , pengaruh dan kuasa…Oleh yang demikian, Allah yang Maha Bijaksana telah mendidik Nabi Muhammad untuk memdampingi 4 golongan ini sebagai persiapan Baginda menghadapi karenah manusia yang pelbagai, Oleh itu dalam menyampaikan Rislah Islam, Baginda berjaya menghadapi semua golongan, apa jua taraf mereka, kedudukan mereka, taraf pendidikan mereka… baginda berjaya menghadapimereka dan berjaya menyampaikan risalah Allah kepada semua manusia…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan