Sabtu, 20 Mac 2010

NASIHAT US. NIK ABDUH NIK ABD AZIZI DI PERASMIAN MESYUARAT PEMUDA BALING






Bertempat di Dewan Masjid Ridwaniah Pekan Baling...DEwan Pemuda PAS Kawasab Baling berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke28...Perasmian disempurnakan oleh Ybhg. Ustaz Nik Mohd Abduh Bin Nik Abdul Aziz, AJK Dewan Pemuda PAS Pusat merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Pengkalan Chepa Kelantan.. kehadiran beliau dinanti ramai pemuda2 yang datang dari segenap pelusuk Baling yang memenuhi Dewan Ridwaniah sejak pagi2 lagi...

Ucapanya dinanti...ketika berucap suasana dewan senyap sepi
Antara intipati Ucapan Beliau :
1. Amru bil ma'ruf nahyu anil mungkar (menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran) adalah tanggungjawab mukmin..
2. Di dalam membawa tugas besar ini, kita tidak akan dibiarkan senang dan selesa bersama jamaah. Pelbagai halangan dan rintangan akan dilalui adalah proses tarbiah untuk setiap pejuang.. pelbagai masalah di waktu ini telah meletakan PAS di atas landasan perjuangan yang sebenar.
3. Pelik dan hairan jika dikalangan pendukung gerakan islam bercakap islam atas nama bebas, takut meletakan diri sebagai pendakwah PAS, tetapi sebaliknya lebih selesa dengan gelaran pendakwah bebas.. bercakap dan berdakwahlah atas nama PAS kerana ianya akan memberikan kredit yang besar kepada individu (pahala dan ganjaran Allah) dan perjuangan...
4. tugas kita membetulkan kefahaman masyarakat berkaitan islam.. dengan mengenangahkan islam yang sebenar dan syumul dalam kehidupan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan