Khamis, 17 Disember 2009

HIJRAH MEMIMPIN UMAT


HIJRAH MENGINGATKAN UMAT YANG LALAI….
Saban tahun…kita menyambut kedatangan tahun baru hijrah dengan penuh meriah, terutama di masjid2 dan surau2.. sambutan ini amat baik bagi mengingatkan masyarakat mengenai peristiwa hijrah yang berlaku pada Rasulullah dan Sahabat baginda..perjuangan dan perjalanan hidup Rasulullah dan para sahabat wajib ditelusuri oleh mereka yang berada di landasan islam dan perjuanganya…

Hijrah ke Madinah al Munawwarah adalah kemuncak peristiwa pelengkap kepada syariat islam yang terlaksana selepas itu syariat Allah secara teori amali dan praktikal…Islam itu agama cara hidup dan daulah pemerintahan.. islam bukan diperintah tetapi islam itu memerintah, mentadbir dan mengusai alam dengan peraturan perundangan syariat Allah..

Kesempatan ini dinyatakan sedikit intipati daripada kitab ‘an nafahat an Nuraniah’ karangan Syeikh Yusuf Khattar Muhammad :
1. Hijrah daripada negara kuffar kepada negara islam. Hijrah dalam bentuk jasad dan rohani, rohani berhijrah dari amalan syirik, kurafat, keparat kepada menyembah Allah yang Esa. Manakala jasad ialah berhijrah dari tempat yang kotor kepada tempatyang diredhoi Allah.
2. Hijrah daripada sistem jahiliyyah kepada perundangan islam..hijrah ini adalah hijrah yang berterusan yang menjadi kewajipan umat islam berusaha ke arah itu. Hijrah inilah yang dilakukan oleh Rasulullah sejak menerima wahyu pertama di Gua Hira’. Membebaskan manusia daripada menjadi hamba abdi kepada sistem jahiliyyah kepada mengabdikan diri hanya kepada syariat Allah.
3. Hijrah daripada dosa kepada pahala, daripada maksiat kepada kebajikan kebaikan islam.

Sambutan tahunan Maal hijrah ini sebagai hendak memperingati peristiwa yang berlaku dalam islam sebagai memaut hati manusia supaya kembali dan beramal dengan islam. Walaupun ianya bukan pesta atau keraian tetapi sebagai majlis ilmu, tazkirah , mauizah menyedarkan manusia yang seringkali alpa dengan mehnah kehidupan yang fana’ ini..

Apa yang penting… kembalilah kepada islam..beramallah dengan apa yang diajar..carilahlah ilmu syariat dari sumber asalnya. Perolehinyalah dari guru yang mursyid.. DAN YANG PENTING SEMPENA MAAL HIJRAH INI..MARILAH KITA BERUSAHA MENYEDARKAN UMAT ISLAM DARIPADA DOK DALAM UMNGOK KEPADA MENYOKONG DAN MENDOKONG PAS DAN PAKATANN RAKYAT.. takguna dok sambut Maal Hijrah tapi masih bersama UmnGoK…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan