Ahad, 1 November 2009

TELADANI SEJARAH IKHWAN al MUSLIMUN



Selepas 80 tahun IKHWAN al MUSLIMUN sebagai peneraju GERAKAN ISLAM seluruh dunia.
Peluang yang ada ini, ingan saya berkongsi bersama sahabat seperjuangan tentang tulisan Prof. Dr Yusuf Abdullah al Qardhawi yang bertajuk “Ikhwan al Muslimun ba’da murur thamanina a’aman yurashidus sohwah al harakah al Islamiah al A’lamiah”.. yang bermaksud Ikhwan al Muslimun setelah 80 tahun mengerakkan kebangkitan gerakan islam dunia”..

Buku yang saya beli hampir 7 tahun dulu dibelek2 semula, maklumlah isu hangat yang diperkatakan di waktu ini menyebabkan runtunan hati saya terpanggil untuk membaca dan berkongsi bersama rakan seperjuangan..apakah ikhwan al muslimun pernah berhadapan dengan mehnah dan isu kepimpinan, kepercayaan, tohmahan, ahli yang bermacam2 kepala otak..dan lagi..dan lagiii..

Di awal muqaddimah Dr al Qardawi mencerikan detik bagaimana beliau tertarik untuk mengetahui seorang lelaki yang sering dikunjungi ayahnya setiap hari selasa.. al Qardawi mencerikan, “sewaktu aku bersama bapaku di sebuah masjid di Ismailiah (nama tempat), seorang lelaki duduk dikelilingi orang ramai, hampir2 memenuhi masjid ismailiah yang besar itu, aku mendengar ucapannya…sangat menarik, bahasa yang mudah difahami segenap lapisan…setelah selesai orang ramai bersalaman, aku juga turut bersalaman….itulah kali pertama aku melihatnya…” setelah aku mendapat tempat di Ma’ahad Azhar (Sek Men Azhar Kaherah) aku tidak lagi berpeluang mendengar syarahannya pada setiap selasa…

“Sehinggalah sampai waktu cuti..aku berpeluang mendengar syarahanya lagi, harapan ku hampa, apabila aku mengetahui dari bapaku, bahawa lelaki itu ditembak….dan beliau gugur sebagai syahid”.

Lelaki itu ialah Imam Hasan al Banna..sejak itulah al Qardawi sangat berminat untuk mengenali lelaki ini, siapa dia sebenarnya, apakah kesalahanya sehingga dia ditembak..apakah yang diperjuangkan… apakah setelah beliau dibunuh perjuangannya juga berkubur…..

Awal Muqaddimah menceritakan ketabahan, keyakinan, kesabaran, thabat (teguh pendirian) yang dimiliki oleh as syahid mengamit ingatan bacaan saya berkaitan ketabahab kesabaran juga yang dimiliki oleh pejuang PAS terdahulu menubuhkan PAS… al qardawi menyenaraikan di muqaddimah beberapa perkara penting yang pernah dilalui oleh ikhwan muslimun sepanjang 80 tahun berlalu…

1. IKHWAN MUSLIMUN pernah dicabar untuk membuktikan dasar dan perjuangan yang dibawanya adalah benar..
2. IKHWAN MUSLIMUN pernah digelar sebagai pengganas
3. IKHWAN MUSLIMUN pernah cuba dihancurkan oleh talibarut israel arab yang menyelinap masuk menjadi ahli yang baik kononya, tetapi membuat propaganda melagakan pimpinan serta menghilangkan kepercayaan ahli kepada pimpinan dan jamaah.
4. IKHWAN MUSLIMUN pernah diharamkan, dan pemerintah mesir menyenaraikannya sebagai pengkhianat negara.
5. IKHWAN MUSLIMUN pernah dihalang menyertai pilihanraya dengan kuasa mahkamah atas alasan pertubuhan tidah sah, manakala penubuhanya tidak pernah dibenarkan.
6. IKHWAN MUSLIMUN terpaksa menggunakan tiket parti lain untuk menyertai pilihanraya, menggunakan parti bebas, pasti buruh (hizbul amal), menggunakan lambang tapak tangan dengan slogan “al islam huwal hal” islam adalah penyelesaian….
7. IKHWAN MUSLIMUN menggunakan pendekatan yang berbeza bertepatan kesesuaian masa dan tempat tetapi tidak pernah mengadaikan dasar dan prinsip..
8. IKHWAN MUSLIMUN pernah dikhianati kawan.. seperti Jamal Abdul Nasir yang dulunya pernah bersama ikhwan, tetapi berubah setelah ditawarkan jawatan penting tentera, kemudian sebagai ketua tertinggi tentera seterusnya sebagai presiden mesir.. semasa beliau menjadi presiden banyak pimpinan ikhwan yang ditangkap dipenjara dan ada yang dibunuh..

Ini adalah sebahagian perkara yang pernah ditempuh ikhwan muslimun sebagai sebuah gerakan yang mantap..ujian yang datang sebagai proses mematangkan perjuangan yang suci ini serta sebagai azimat yang sangat penting menghadapi cabaran semasa yang lebih mencabar…

Oleh itu jangan bimbanglah…apabila PAS diuji.. PAS menghadapi sesuatu isu, kerana perjuangan yang benar2 suci akan diuji oleh Allah..Sunnatullah untuk pejuang agamaNya.
insyaAllah… huraian satu persatu akan menyusul untuk dikongsi bersama..pahit maung yang pernah dihadapi ikhwan akan menjadi azimat menyalakan obor perjuangan supaya ianya sentiasa menyala dan menyinari Alam dengan NUR Allah….Cahaya hidayah Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan