Isnin, 9 November 2009

MEMAHAMI UCAPAN PRESIDEN TGHA



Sabtu 7hb November 2009 menjadi titik sejarah pertemuan dengan tujuan merongkai kemelut yang berlaku.. siapa puncanya..tak tahu...apa sebabnyaa...tak tahu,,,macam mana boleh terjadi..tak tahu... tak tahu bukan bermakna tak tahu apa benda yang berlaku, tak tahu dengan maksud bermacam2 cerita kedengaran dari pelbagai sumber media..media IT, media blog2, media haramjadah.. media politik... entah mana satu yang betul.. sukar untuk mempercayai berita sekarang nie walaupun ianya datang dari teman rapat..memang benarlah di akhir zaman ini banyak fitnah dan kabar angin yang membinasakan diri, keluarga, masyarakat dan negara termasuk jamaah..

oleh itu, sempena seminar yang diadakan itu, marilah kita berlapang dada, membuka fikiran, menutup ruang fitnah, mulakan hidup baru memastikan jamaah dan perjuanganya terhindar dari tangan2 jahat dan hati2 yang busuk.. baru 2hari berlalu, masih ada yang bercakap bersembang tentang UG, selcat, dll... SUDAH LAAAAAAAAAAAAAAAA

oleh itu saya mengajak diri dan teman2 untuk kita menghayati ucapan Datok Seri Presiden Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang....semoga kita mencapai memperoleh titik pertemuan....

TGHA memulakan ucapan dengan memetik ayat al Quran surah al Maidah, maksudnya..."Wahai orang2 yang beriman, sesiapa yang menyeleweng di kalangan kamu dari agamaNya (iaitu ISLAM) nescaya Allah akan mendatangkan satu golongan yang mengasihi Allah dan Allah mengasihi mereka, mereka bersifat merendah diri terhadap orang2 yang beriman, dan menunjukan kemulian kehebatan terhadap orang2 yang menentang islam, mereka berjihad menegakan agama Allah, mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela, itu adalah kurnia Allah kepada sesiapa yang dihendakinya, sesungguhnya Allah maha Luas kurniaNya dan Maha mengetahui. dan seseungguhnya yang menjadi wali (pembantu) kamu ialah Allah, RasulNya, dan orang2 yang beriman yang mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan tidak takut melainkan Allah. dan sesiapa yang berwalikan Allah dan Rasulnya serta orang2 yang beriman mereka itulah golongan Allah (parti Allah) sesungguhnya parti Allah itulah akan beroleh kemenangan.."

PAS telah didirikan atas dasar dengan ciri2 berikut...
1. menegakan islam dan mnyeru kearahnya seperti yang dilakukan oleh Rasulullah, mengislamkan masyarakat dan negara dari pelbagai sudut.
2. mewujudkan saf kumpulan islam yang teguh, ukhuwwah islamiah yang jitu.
3. sedia berjihad secara fahaman dan tindakan
4. memberikan wala' sepenuhnya kepada Allah dan RasulNya.

Di ketika ini PAS dilihat dari segenap penjuru oleh semua golongan, samada rakan sahabat, atau musuh.

menjadikan seluruh ahli bertanggungjawab memperkasakan Jamaah dengan mengajak orang islam menyertai jamaah kitadan mengajak bukan islam untuk menjadi penyokong. bertenaggungjawab memperkenalkan keadilan islam dalam masyarakat.

1. Majlis Syura Ulama.. menjaga jamaah supaya tidak menyimpang dari ajaran ISLAM.
2. Dewan Harian..jentera pentadbiran parti dan kepimpinan
3. Lajnah2 .. sebagai agihan gerakerja jamaah dengan melihat keperluan yang berlaku untuk melebar luaskan dakwah dan kefahaman islam dalam gerakerja
4. kelab penyokong..sebagai wadah mengeratkan PAS dengan masyarakat bukan islam untuk memahamkan mereka berkaitan keadilan islam. dan islam tidak pernah menzalimi rakyatyangbukan islam serta wajib memberikan hak kepada mereka..

PAS parti yang berpengalaman luas dalam politik negara, tidak pernah tunduk kepada tukaran harta benda dan kemewahan demi memperjuangkan islam...PAS pernah bersendirian berhadapan musuh, PAS pernah dikhianati kawan, PAS pernah bergabung dengan parti lain seperti Angkapan Perpaduan Ummah, dan diwaktu ini bersama dengan Pakatan Rakyat.. kita bersama2 parti lain kerana PAS memilih Muwajahah Silmiah dan kita telah menegasakan bahawa kita akan memperkasakan parti jamaah PAS dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pakatan Rakyat..

muhasabah pada seminar ini dikumpulkan atas 4 perkara.
1 berdiri di atas kekuatan yang ada
2. menguatkan kekuatan PAS
3. keterbukaan mengadakan hubungan dengan semua Pihak
4. menjadikan setiap teguran dan kritikan sebagai mematangkan kita

SEkalilagi TGHA mengulangi kenyataan muktamar IPOH dan SHah Alam untuk kita memperkuatkan hubungan PAKATAN RAKYAT

ulasan gua : CANTIK UCAPAN PRESIDEN... kita amati betul2...yangsudah tu sudah laa..bina kekuatan kita..masa bekerja..semua ada kelemahan..olehitu uruskan kelemahan yang ada dengan bijak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan