Khamis, 1 April 2010

ADA YANG LEBIH TINGGI DARI HUKUM ALLAH????


"Sultan Pahang berkenan meringankan hukuman terhadap bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, daripada hukuman sebat kepada melakukan khidmat masyarakat, atas sebab-sebab perikemanusiaan, titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah."
HUKUMAN SEBAT KE ATAS KARTIKA MENGIKUT PERUNTUKAN YANG SEDIA ADA DI PENTADBIRAN AGAMA PAHANG DIGAGALKAN... WALAUPUN HUKUMAN TERSEBUT BELUM LAYAK DISEBUT HUKUM ISLAM TETAPI PELAKSANAANYA MENUJU KE ARAH ITU PUN DI KIRA TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN...

KARTIKA SEORANG WANITA MULIA...YANG MEMILIH PELAKSANAAN HUKUMAN SYARIAH TERHADAP KESALAHAN YANG DILAKUKAN.. SESUATU YANG SANGAT MULIA...

APA YANG PERLU DIKETAHUI..
1. UMNO telah memperbodohkan rakyat selama ini dengan menempelkan perkataan syariah islam pada undang-undang kesalahan syariah yang bukan dari sandaran asal syariah itu sendiri iaitu alQuran Sunnah Ijmak Qias.. sehinggakan hukuman yang diambil dari Majlis Agama islam Negeri walaupun bertentangan dengan Syariah Islam sebenar dianggap sebagai hukum islam contohnya seperti kesalahan zina yang dikenakan bayaran denda tertentu terhadap pesalah dianggap sebagai hukum syariah islam.. sedangkan kesalahan zina tidak mempunya denda tertentu berbentuk kewangan bagi menebus kesalahan yang dilakukan..

2. UMNO Meletakan kuasa manusia lebih tinggi dari undang-undang syariah islam sehingga berkemampuan memberikan keampunan, melepaskan hukuman yang dikenakan... sedangkan ini bercanggah dengan sistem kehakiman islam.. ALHAKIMIAH ITU MILIK ALLAH BUKAN MILIK MAKHLUK..

3. terbukti UMNO tidak menjaga agama dan ketuanan islam apabila hukuman yang mirip-mirip kearah pelaksanaan itu pun digagalkan..inikan pula untuk mendaulatkan islam..

SEHEBAT MANA PUN KEKAYAAN, JAWATAN PANGKAT, HARTA BENDA, PENGARUH, KUASA. MANUSIA ITU TIADA HAK MENGATASI HUKUM ALLAH.. SEMUA MANUSIA WAJIB TUNDUK PATUH TAAT KEPADA ALLAH...SAMAADA RAJA. PERDANA MENTERI. MENTERI2, MENTERI BESAR.. MUFTI2, PEGAWAI2 TINGGI RENDAH.. SEHINGGA TUKANG SAPU SAMPAH..SEMUANYA PERLU SUJUD KEPADA ALLAH
"JIKA HAMBAKU TIDAK REDHO DENGAN KETENTUANKU.....CARILAH TUHAN SELAINKU..DAN KELUARLAH KAMU DARI BUMI DAN LANGITKU...." maksud hadis qudsi

ISLAM ITU MILIK MUTLAK ALLAH...
jadilah DIRI KITA PERINDU..PECINTA YANG INGIN MELIHAT SYARIAT ALLAH MENTADBIR MENGURUS URUSAN MANUSIA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan