Selasa, 4 Januari 2011

harga BARANGAN NAIK UNTUK PENYOKONG PAKATAN RAKYAT JE.. ORANG UMNO BN BELI HARGA LAMA DISKAUN LAGI TUUUUU


harga barang naik lagi... minyak masak plak tak dak.. nak naik harga laaa tuu, bukannya orang tatau.. bila harga minyak masak naik.. tup tup dan dan ada penuh kedai supermarket... macam laa orang tak tau perangai huduh pimpinan umnGoK Bend... tapi untuk penyokong PR je.. geng2 umno bn tetap beli harga baru bahkan kasi diskaun lagi tuuuu... tunjuk je kad umno

Ahad, 2 Januari 2011

KOLAM YANG DIKATAKAN TENANG KEMBALI BERKOCAK..

aku cedok dalam blog aris awang..paparan yang menarik, yang perlu bibaca oleh anak muda pakatan rakyat

Tuhan Yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu.


Masalah dalaman tidak elok di perbincangkan hadapan khalayak, itulah pegangan yang sepatutnya dipegang dalam kontek Amal Jamaie'. Apabila masalah dalaman itu diibaratkan seperti sebuah kolam yang tenang, tidak ada riak atau kocakkan dipermukaannya, menandakan tiada ikan di dalamnya, maka sudah tentu tidak ada manusia yang akan menebarkan jala atau melontar kail.

Walaupun sebenarnya, di bawah permukaan kolam itu bapak haruan sedang membaham, anak-anaknya dengan rakus sehingga hampir habis, dan ada yang lari bercempera ketakutan dengan penuh meluat kepada bapak mereka sendiri. Apabila kejadian itu dapat dilakukan dengan sempurna tanpa perlu timbul dipermukaan, maka pengail, dan penjala ikan tidak akan terghairah untuk melontar kail dan jala masing-masing.

Ketika disituasi itu, walaupun anak-anak ikan dan ibu haruan resah dan gelisah, namun keadaan masih selamat kepada keseluruhan koloni ikan di dalam kolam itu dari gangguan penjala dan pengail.

Namun, apabila keghairahan sibapak haruan itu sudah tidak dapat dibendung lagi, ia meluncurkan badannya sehingga menyebabkan anak-anak haruan dan ibu haruan yang cuba mempertahankan diri terpaksa timbul kepermukaan dan kadang-kadang terpancul keluar dari permukaan. Suasana ini akan menarik perhatian penjala dan pengail untuk menangkap keseluruhan ikan-ikan yang ada di dalam kolam, kerana mengetahui ikan banyak dengan melihat kocakkan air yang memercik disana-sini.

Itulah gambarannya, sekarang ini...

Kocakkan air, seperti ikan menangkap selepas hujan telah berlaku di blog-blog, media cetak dan percakapan umum mengenai masalah yang melanda PAS Kedah dan pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah. Perlu diingat semua masalah itu tidak boleh disembunyikan lagi.

Ikan sudah menangkap........... penjala dan pengail akan menjalankan kerja mereka, itulah adat dunia.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjpAOgMBTohcqIQDWJMZG_d3sQST3MpDdNvXyMkmfPqrWNz-gRqDAYp5WXZd4IzyP0OU6LXNZVBz0QNa1my5uJYAGySifOWUTwOcINLJudmvl00VBHLxwiAmvpshQaw1VxSAWBC_gKMFwE/s1600-r/logo+resize.jpg
1. Bermula dengan kocakan kecil iaitu, PAS Pendang... yang dirasakan ini, insyaAllah dapat diselesaikan dengan penuh ukhwah oleh sahabat seperjuangan di Pendang. Pendang yang memulakann kocakan dan Pendanglah yang dirasakan mampu menenangkannya dengan formula terbaik mereka.

2. Demontrasi Isu Kenaikkan Harga Air oleh Hj Najib Fahmi Hj Yahaya Junid dan 13 orang anak muridnya, masih dirasakan bukan sebagai kocakkan, tetapi hanyalah riak anak-anak haruan yang belajar bernafas menggunakan insang baru. Dibiarkan ianyanya berlalu begitu sahaja dengan kenaikan harga air sebanyak 10 sen setiap meter padu telah di signboardkan dengan bangganya di jalan utama dan lebuhraya.

3. Buku Mohammad Sabu, Air Mata Dibumi Memali karya Cikgu Zainol, dilihat telah menarik perhatian penjala dan pengail bahawa di bawah air kolam yang tenang, telah terdengar bunyi kocakkan. Walaupun sebenarnya bagi aku yang turut terlibat menguruskan Tabung Mangsa Memali peringkat Badan Perhubungan PAS Kedah sejak 1986 lagi. Aku sehingga hari ini, masih sependapat dengan Al-Marhum Ustaz Hj Fadzil Mohd Noor bahawa tidak berlaku penyalahgunaan wang tabung tersebut. Amat berharap, janganlah seluruh balu syuhada dan mangsa Memali merasakan Ust Hj Fadzil Mohd Noor telah mengkhianati kepercayaan yang di berikan kepadanya dahulu.PAS Kedah dan PAS Baling telah menguruskan wang yang di dermakan dengan penuh ketelusan, sehinggalah apabila ada report polis dibuat mengenai penyelewengan tabung di peringkat Kawasan dan natijahnya polis cawangan Jenayah Perdagangan telah turun melakukan siasatan dan didapati tiada unsur salah guna kuasa dan penyelewengan.

Oleh itu, bagi AJK Harian dan Badan Perhubungan PAS Kedah ketika itu termasuk aku merasakan ianya telah ditutup dan tidak berbangkit lagi. Masalah itu di anggap adalah perselisihan individu antara Cikgu Zainol Ismail dan Muhammad Yusof Husin. Kedua-dua mereka adalah sahabat aku. Namun apabila buku karangan Cikgu Zainol telah berada di pasaran dengan tulisan yang baik dan cukup terperinci dari segi jalan penceritaannya (belum tentu kepada faktanya), permukaan kolam yang tenang telah mula berkocak semula menandakan di dalamnya banyak ikan yang di idamkan oleh penjala dan pengail. Ia bukan lagi kocakan atau riak kecil, tetapi ia adalah kocakan nasional, kerana Memali adalah isu nasional, yang mampu memberi kocakan ke setiap negeri Pakatan Rakyat.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjm7PqMSYf5PYHfahwR8g06DN3wR8KEX67GCXq5LOUif20qIkdkyJQkeHIkEkZsxrBH9twCFzbq3kdCbU_texKYrid_GRbKRxvHNkcYOnnEOa6_fd1VKYft0auFmu4CFjV8WcZGmp4kgkxL/s1600/0240450063db099e120f6cfdb06aa562.gif
4. WR. Hj Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS dan juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Kedah Sato Sdn Bhd, adalah kocakan yang terbesar terjadi setakat ini. Bagi aku ini akan menarik perhatian ramai penjala dan pengail, kerana sudah tentu mereka dapat menjangka dengan kocakkan yang besar itu, ikan yang mencurus di musim hujan sudah tentu banyak dan besar-besar, kerana ikan yang sudah timbul dipermukaan kolam pun besar, yang di dalam air sudah tentu ada yang lebih besar lagi. Akibat kocakan yang besar itu bukan sahaja penjala dan pengail, tetapi memerang akan berpusu-pusu datang tanpa mengira siang malam.

Maka ketika itu, semua ikan akan diangkut keluar dengan cukup mudah, mengakibatkan kolam akan kosong. AWAS!!!. Kedua-dua pihak ada hujah, satu pihak hendak cepat siap sebelum habis penggal pilihanraya dan satu pihak ingin tender secara terbuka dan telus.

Oleh itu, aku menyeru kepimpinan PAS Pusat, sekurang-kurangnya 2 orang Naib Presiden, selain Mahfuz dapat memastikan pengail, penjala dan memerang yang mula cuba mengerumuni kolam yang sudah berkocak tidak dapat menghampirinya. Ketika keadaan begini, aku yang juga berada di dalam kolam itu tidak dapat membuat apa-apa yang berkesan, kerana terlalu dekat, dan pandangan pula semakin kabur dengan kekeruhan akibat kocakan yang terlalu kuat.

Oleh itu, PAS Pusat sebagai tuan kolam mestilah melakukan sesuatu. Kenal pasti puncanya terutama kocakan ke 3 dan ke 4 yang aku sebut di atas. Perlu diingat masa pantas berjalan, kocakan yang terjadi mampu melemparkan ikan-ikan kecil kedarat, jika lama dibiar ia akan mati kekeringan. Janganlah malu mata dengan ikan-ikan besar dan yang lebih tua dari tuan kolam, kerana jika perasaan itu timbul akan mengakibatkan kolam menjadi keruh pekat, di selongkar semaunya oleh memerang dan penjala yang sentiasa menunggu peluang.

Carilah puncanya........ walaupun terpaksa sedikit basah kerana turun dan menyelam kedasar kolam, kerana itulah kerja tuan kolam jika ingin melihat hasil kolamnya membuahkan hasil yang banyak untuk tuaian kali ke 13 nanti (PRU13).

Datanglah ke kolam kami dan kenal pasti kocakan itu dan bertindaklah dengan bijaksana untuk menghentikan kocakan yang mengundang penjala, pengail dan memerang bila masa sahaja sekarang ini. Selamat menjalankan amanah kepada 2 Naib Presiden dan menguji keupayaan kepimpinan mereka sebelum menjelangnya muktamar yang ada pemilihan 6 bulan dari sekarang.

Semoga Allah memberi pertolongan kepada kita dan memberikan kepimpinan yang Muttaqin dalam usaha menegakkan kehidupan berlandaskan akhlak mulia baginda Rasulullah saw berpandu kitab yang diturunkan kepadanya iaitu Al-Quranul Karim.
http://arisawang.blogspot.com

Sabtu, 1 Januari 2011

SEKOLAH BUKA : SERONOK BERTEMU RAKAN2 SEMBANG POLITIK


2011 Membuka tirai sesi persekolahan pada isnin nie, tapi sekolah aku tetap buka ikut jadual asal iaitu pada hari ahad... banyak sebabnya... ramai ibubapa yang dah amik cuti nak daftar anak ke sekolah.. so demi menghargai waris2 pelajar sekolah dibuka seperti jadual ditetapkan,

sudah penat merehatkan diri dari menulis blog, aku akan cuba untuk menulis semula dengan tema 2011 masa untuk berubah, apa yang nak berubah pun tatau.. rasanya dah banyak yang berubah.

Sabtu, 13 November 2010

Sabtu, 2 Oktober 2010

BAKUL SAMPAHKAN pandangan ahli & petugas bawahan


bakul sampahkan pandangan ahli & petugas parti....
Buat PERINGATAN UNTUK KIta SEMua...

BAKULSAMPAHKAN PANDANGAN AHLI DAN PETUGAS PASRTI BAWAHAN.. PANDANGAN GOLONGAN INI TAK PENTING DALAM URUSAN PENTADBIRAN KERAJAAN.. DEPA KEJA DOK PIKIR BAB MARKAZ SUDAH LAAAA.. URUSAN KERAJAAN SERAH KE KAMI...

PENDEDAHAN EKSLUSIF AKAN MUNCUL DENGAN PAPARAN HANGAT... SEBELUM IANYA PARAH DAN MEREBAK... NANTIKAN.....

Jumaat, 1 Oktober 2010

15 AJK PAS PENDANG LETAK JAWATAN.. KENAPA..MENGAPA..


UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA... KENAPA???? MENGAPA??? APA SEBABNYA???? JALAN PENYELESAINYA????

DI CILOK DARI BLOG KARAT e-JAU bLOGSPOT.COM

Jumaat, 2010 Oktober 01
Panass..AJK Pas Kawasan Pendang Letak Jawatan..??
Hampir separuh daripada kepimpinan Pas kawasan Pendang meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Kerajaan Negeri yang dikatakan gagal menyelesaikan beberapa masalah atau cadangan yang diketengahkan sebelum ini.

Sumber-sumber memberitahu Sinar Harian, tindakan itu diambil sebagai menyatakan bantahan kerana suara akar umbi tidak didengar oleh pihak atasan parti yang kini mentadbir negeri dengan tujuan memperkemaskan dan memantapkan jentera pentadbiran.

Menurutnya, pengumuman peletakan jawatan itu dipercayai dilakukan pada 27 September lalu dan suratnya diserahkan kepada Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Pendang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tokai, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul kelmarin.

“Ahli jawatankuasa yang terlibat mengumumkan meletak jawatan dalam satu mesyuarat yang diadakan di Pejabat Pas Pendang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran kepimpinan negeri.

“Isu ini sudah menjadi heboh dalam kalangan ahli parti dan penduduk di sekitar Pendang,” katanya.

Sumber itu berkata AJK yang terlibat bertindak sedemikian selepas berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dikatakan gagal menyelesaikan masalah yang diutarakan oleh mereka. .

“Mereka ada meminta Kerajaan Negeri memperbetulkan pentadbirannya kerana perjalanannya sekarang ini tidak mencapai matlamat yang diidamkan oleh kebanyakan pemimpin Pas di peringkat kawasan,” katanya.

Usaha Sinar Harian untuk mendapat ulasan daripada Taulan gagal kerana telefon bimbitnya ditutup manakala pegawai di pusat khidmatnya ‘tutup mulut’ mengenai pergerakan atau aktiviti yang dihadiri pemimpin berkenaan.

Bagaimanapun, Sinar Harian berjaya mendapatkan Bendahari Pas Pendang, Datuk Mohd Hayati Othman yang juga Ahli Parlimen Pendang yang mengesahkan peletakan jawatan itu melibatkan 15 daripada 30 AJK kawasan.

“Mereka menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai AJK itu bermula dari 27 September sehingga semalam (kelmarin) kepada Datuk Taulan.

“Antara yang meletak jawatan terdiri ialah Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua, Setiausaha, Ketua Penerangan dan AJK lain,” katanya.

Sehingga kini, beliau dan Taulan belum mengetahui atau dapat mengesahkan punca peletakan jawatan itu kerana tidak menyatakan sebab mereka berbuat demikian.

Mohd Hayati juga juga menafikan peletakan jawatan itu berpunca daripada perasaan tidak puas hati terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri seperti yang didakwa beberapa pihak.

“Sehingga kini, saya belum mengetahui punca mereka bertindak sedemikian kerana gagal menghubungi mereka untuk mendapat penjelasan lanjut.

“Beberapa kali saya menghubungi mereka namun gagal dan dimaklumkan mereka tidak berada dalam kawasan dan kemungkinan ingin berehat selepas meletak jawatan,” katanya

Sehubungan itu, beliau akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat membincangkan isu itu. Pada masa ini, seorang pegawai ditugaskan di pejabat Pas untuk mengendalikan urusan orang ramai.

“Kami akan mengaturkan satu pertemuan dengan semua AJK yang meletakkan jawatan untuk mendapatkan gambaran sebenar. Mengikut perlembagaan Pas, mana-mana AJK yang ingin meletakkan jawatan perlu mendapat kelulusan dalam mesyuarat terlebih dahulu.

“Bagaimanapun, peletakan jawatan itu tidak akan menjejaskan Pas Pendang atau mana-mana cawangan kerana ia biasa dalam parti. Perkara ini pernah berlaku sekitar 1980-an apabila kesemua AJK mengundurkan diri dan parti terus bergerak seperti biasa,” katanya

Juragan :Tak puas hati,letak Jawatan..Itu namanya Anak Jantan..Tapi kalau tak puas hati sampai keluar parti maka itu namanya termakan hasutan kumpulan Syaitan.


Nukilan Oleh Juragan pada 18:13

Rabu, 18 Ogos 2010

APA YANG KEHILANGAN SELEPAS MERDEKA.. SATU RENUNGAN


SELEPAS MERDEKA.. SEHINGGALAH PADA HARI INI.. CUBALAH KITA RENUNGKAN..APA YANG TELAH KITA KEHILANGAN SETELAH 52 TAHUN MENGECAPI KEMERDEKAAN.. UMNO YANG BERTENGGUNGJAWAB TERHADAP YANG HILANG DARI KITA SETELAH KEMERDEKAAN.. TUJUAN PENDEDAHAN INI HANYALAH SEBAGAI RENUNGAN KITA BERSAMA.. UNTUK BEKERJA, BERAMAL, UNTUK TIDAK MENGIZINKAN ORANG MELAYU MENGUNDI UMNO PADA PRU 13 NANTI..
NAK SOH PASANG BENDERA PUN PAKSA2...
PASANG BENDERA TU BARU ADA RASA SAYANG KE NEGARA...
ABIH TU SAYANG KE NEGARA HANYA SEBULAN JE KAAAA...
YANG LEBIHNYAA MASA UNTUK MUSNAHKAN NEGARA SENDIRI..
NANTIKAN PENDEDAHANYAAAA...

3O PPERKARA YANG HILANG DARI ORANG MELAYU ISLAM SETELAH KEMERDEKAAN MALAYSIA.. UMNO BERTANGGUNGJAWAB???????????

TUNGGU DAN LIHAT KEMUNCULANYAA