Jumaat, 22 Julai 2011

HIBURAN diHARAMKAN di KEDAH pada RAMADHAN.. takrif hiburan mengikut enakmen

supaya kita memahami apakah makna hiburan di sisi enakmen kerajaan negeri...


Takrif 'Hiburan' mengikut Enakmen:-

1. Lakonan, opera, pentomin, anekaragam, persembahan muzik, nyanyian, tarian, gimnastik, pertunjukan seni mempertahankan diri, gerak akrobatik dan silap mata, pertandingan kecantikan, tablo, tunjuk cara, peragaan dan pawal, yang dalamnya orang hidup mengambil bahagian.

2. Pertunjukan bunga api, alatan set, perhiasan peringatan dan rupaan makhluk-makhluk benar atau khayalan.

3. Sarkas atau pameran binatang

4. Pameran model, bahan bacaan, gambar, fotograf, ukiran atau rupaan patung atau rupaan-rupaan lain berbentuk manusia atau binatang.

5. Pameran filem sinematograf, tayangan gambar video dan pertunjukan boneka.

6. Reproduksi atau siaran dengan apa-apa cara sekalipun selain daripada telefoni atau telefon radio, bagi apa-apa muzik, lagu atau ucapan, selain daripada yang berkaitan dengan sesuatu filem sinematograf.

7. Mesin atau peranti yang, jika dimanipulasi, memberi peluang untuk mendapati hadiah-hadiah dalam bentuk wang atau barang.

8. Meja pin atau permainan video

9. Apa-apa jenis pertandingan sukan antara apa-apa bilangan orang atau binatang.

10. Pertandingan terancang bagi permainan kemahiran atau nasib

11. Pesta perdagangan, pertanian atau industri yang terdiri daripada pameran, iklan atau jualan hasil atau bahan-bahan.

12. Permainan-permainan komputer.

13. Bagatelle, billiard, skittle pools dan snooker, miniature billiard dan lain-lain permainan seumpanya.

14. Taman ria dan pesta ria.

15. Bowling alley

16. Apa-apa kombinasi mana-mana bentuk hiburan yang tersebut di atas.

17. Apa-apa hiburan lain yang di istiharkan oleh Pihak Berkuasa Negeri dari masa ke semasa melalui perintah dalam Warta.

di mana-mana tempat orang ramai dibenar memasukinya dengan atau tanpa bayaran wang atau apa-apa balasan lain.

Setelah kita membaca keseluruhan, takrif hiburan dan bayangkan pula, kita adalah salah seorang pengusaha yang terlibat dalam salah satu industri hiburan yang tersebut di atas dengan terpaksa membayar gaji kepada 300 orang pekerja tetap serta sambilan dan perniagaan kita yang dikatagorikan sebagai hiburan itu tidak pula diharamkan di sudut Islam samada dalam bulan Ramadhan ataupun tidak.